27 February 2016

Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit


Salam Readers..

Cara berkesan untuk menyimpan duit | Misi tahun ni lebih kepada nak travel kahwin saja, sampai naik pening tak tau nak fly ke mana. Biasanya siapa yang cukup duit untuk diri dia memang mampu untuk savings. Bagus kalau begitu, anda manusia bijak ! Duit adalah keperluan manusia, cuba belajar simpan sedikit duit untuk masa depan, jadi haruslah simpan dari sekarang kan kan.. 


Try untuk simpan duit matawang asing yang lagi besar nilainya dari duit Mesia tercinta ni 


Ingatlah, orang yang kaya biasanya dia lebih banyak menyimpan di masa muda dan orang muda yang kaya adalah hasil dari simpanan mak bapaknya. Jika ada yang kaya dengan usaha sendiri bermakna dia seorang yang berjimat. 100% fakta yang betol :) 



1. Buka akaun ASB

Semua orang tau kan ASB bagus untuk simpanan masa depan. Jadi start simpan dari sekarang. Jangan terkejut kalau ada lagi manusia yang malas simpan duit dalam ASB. *kurang cerdik


2. Buka 1 akaun rahsia

Rahsiakan daripada sesiapa pun meskipun dari suami / isteri, boyfriend / girlfriend. Akaun itu untuk diri sendiri, jaminan jika mempunyai teman hidup yang kerjanya menghabiskan duit anda tak ke naya? (teraniaya, susah) . Itulah kepentingan 1 akaun rahsia :)


3. Jangan guna lebih daripada pendapatan

Kalau gaji cuma RM 2000 janganlah guna macam gaji RM 5000, kalau macam tu sampai bila pun tak dapat simpan.


4. Jangan apply kad kredit

Jangan ikut trend sangat, kawan pakai kredit kad 10 nak ikut juga, HELLO itu kad hutang, esok lusa kena bayar. Latih diri untuk bayar cash tak rugi


5. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan

Kenapa 10% ? Kalau gaji kecik maka 10% tu okay la, kalau gaji berjuta lemon suka hati la nak simpan berapa banyak pun.


6. Duit jangan simpan dalam tabung

Bukan tak tau diri sendiri macam mana kan ? tangan siapa tak gatal tengok duit banyak ? Jangan apply terlalu banyak ATM Card buat buku je, automatik duit selamat. Sebab malas beratur panjang untuk keluarkan duit


7. Kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit

Seperti wayang, karoke, bowling, shopping :) Ini paling azab sebab kena lawan nafsu shopping. Dah berjaya selama 5 bulan tak shopping baju, kasut etc :)


p/s: Itu saja petua try saving lama-lama seronok tengok duit yang dah disimpan. Terbukti berjaya :)


12 comments:

izzeyda said...

Setiap bulan mesti tarik duit gaji sbg simpanan.. tidak ketinggalan duit hijau rm5..tahun nih tak berapa mampu duit hijau rm5 tuh sebabnya kekadang dijadikan duit belanja sekolah anak2..

Pha Is said...

point last tu susah sikit.. hehehe

E'in said...

jgn simpan dlm tabung tu.. hahaha.. e'in kekadang korek blk syiling dlm tabung.. :p

Shahida Dzulkafli said...

Perkongsian yang menarik.. Ohsem..
Akak yang no 7 tu yang payah.. hehehe.. nafsu kan..

el said...

ok nina dah jadi finance consultant ye hehehe

Nurul Shahira said...

Sha buka 1 akaun bank yang setiap bulan auto debit dari gaji sikit masuk situ. Tapi takde kad. Sbb nk jadikan sbg akaun rahsia, hehe. Kalau ada kad tu asyiklah terkeluar hujung bulan, hehe :D

Zie Has said...

nombor 2 tu macam bahaya jer ... tak baik berahsia untuk pasangan suami isteri hehe :p

Zie Has said...

awat ada line kat perkataan wayang tu? jangan lupa simpan duit no hehe :p

Zie Has said...

anyway, nice info nina ... simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

izzeyda said...

hehehe ada boleh ikut, ada tak.. apapun alhamdulillah nak masuk 3 bulan kita di tahun 2016 nih dah banyak boleh menyimpan berbanding sebelum nih..

Kira Sakura said...

Mula simpan duit 5 ringgit tiap kali dapat pun berkesan tau nina

Siqah Hussin said...

hihi. Kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit yang sukar untuk dilakukan. ada je benda nak buat walaupun dah janji nak duduk rumah je on weekend. hehe

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com