28 February 2016

ESCAPE Penang - Time To Play (Part 3)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Akhirnya angan-angan nak main di ESCAPE tercapai walaupun ada juga beberapa games yang tak sempat nak cuba plus takda keyakinan. Hehe.. Nasib ada Zaf yang temankan Nina dan jadi photographer. Alhamdulillah.. Stay 2 hari 1 malam dapat lah bermain sepuas-puasnya dan gunakan peluang yang ada sebelum kami check out.



Entrance ESCAPE - bus stop

Lot parking yang unik 

Kaunter tiket ESCAPE untuk beli tiket, top up E-wallet



APA PERLU BUAT JIKA BERADA DI KAUNTER



Resit dan No Passcode ESCAPE


Sekiranya anda datang sebagai walk-in customer dan telah booking secara online boleh terus ke kaunter tiket. Setelah membuat pembayaran, akan diberi resit yang mempunyai 1 nombor PASSCODE. Nombor passcode ini akan diguna semasa nak masuk ESCAPE dan top-up duit E-Wallet untuk membeli makanan dan minuman di baverage counter. ESCAPE juga memberi gelang tangan yang ada barcode. Segala credit E-Wallet yang di top up akan di scam menggunakan barcode itu.



makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan


Disini makanan dan minuman dari luar adalah dilarang bawa masuk. Untuk membeli makan dan air di Beverage counter secara cash tidak diterima, hanya boleh menggunakan E-wallet. Semasa mendaftar di kaunter seeloknya terus top-up E-wallet. Sebelum balik jika baki E-wallet masih ada, boleh refund balik di kaunter.



CARA GUNA E-WALLET



E-wallet top up resit


Jika ingin membeli apa-apa di kaunter cafe cuma perlu masukkan Manual No yang ada dalam resit E-wallet di mesin scanner dan duit anda akan ditolak secara automatik. Kalau tak tahu nak guna E-wallet boleh tanya penjaga kaunter kafe tu. Pekerja Nepal tau.




FACILITIES / KEMUDAHAN FASILITI DI ESCAPE


Jangan risau di ESCAPE terdapat banyak kemudahan untuk pengunjung seperti kedai souvenir, perti untuk simpan barang, surau, bilik meeting, alat-alat pertolongan kecemasan, tandas yang bersih dan disediakan juga tong kitar semula. Semua lengkap dalam satu tempat. Mr Sim juga cintakan haiwan, no wonder lah akan ada reban ayam, itik dalam ESCAPE ni. Kesemua itik-itiknya pandai untuk pulang ke reban apabila tiba waktu petang. Sangat disiplin. Comel je tengok itik dan ayam peliharaannya. 



Tempat makan dan minum

Buaian pun ada 

Tengok air-air ni mesti rasa dahaga

Passcode untuk simpan barang

Bilik rehat juga disediakan beratapkan rumput supaya bilik sejuk 

Tong kitar semula pun ada

Itik dan ayam pulang ke reban 

comel je taman mini ni

Tengok video itik-itik yang comel ni


Agak-agak Mr Sim boleh produce telur masin tak hehe

Rumput yang ada di atas bumbung bertujuan untuk menyerap air ketika hujan dan di salurkan ke dalam tempayan. Air tu boleh diguna untuk menyiram pokok-pokok. Great idea Mr Sim ! 


Bersambung dalam entry seterusnya pengalaman bermain di Monkey Business :) 


8 comments:

Farah said...

Maju betul tempatnya. Ada e-wallet bagai :O

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk best ni..

el said...

kagum ngan enviroment diorg yg nature friendly

Zie Has said...

eh ada itik bagai ... dah macam mini zoo la pula :)

Zie Has said...

banyak kedai juga dalam dia kan ... patutlah makanan luar tak dibenarkan

Zie Has said...

tertarik dengan rumah rehat atap rumput tu ... unik :)

izzeyda said...

suka dengan konsep dia..

Kira Sakura said...

Memang konsep semulajadi betoi. Walau ciaca panas tp sebab sana byk pokok tak terasa sgt pun kan

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com