26 March 2016

ESCAPE PENANG - Camping & BBQ | Thanks ESCAPE (Part 7)


Salam Readers..


ESCAPE ADVENTURE Penang | Camping And BBQ | Dua cerita berbeza dalam 1 entri lebih ringkas rasanya. Hari kedua di ESCAPE kami sambut birthday dan malam pula BBQ dan berkhemah dalam tu. Buat salah sorang team Projek Blogger Utara Selamat Hari Lahir yang ke 34 buat Kak Murni. Tak sampai hati nak buat adegan baling telur / tepung. Tahu semua penat. Hehe.. 



Brownies & Congo Bar dari 'EL' 

Blueberry Cheese Cake & White Chocolate Macadamia

With Manager on Duty Ms Winnie

With team Projek Blogger Utara 


Seumur hidup ini baru kali ke 3 tidur dalam khemah / berkhemah dalam tempat tak berapa nak hutan. Haha.. Janji ada jamban siap shower. Meh nak kongsikan pengalaman bermalam dalam hutan Base Camp ESCAPE Penang ni.. Ada yang berminat boleh lah cuba. Seharian bermain di ESCAPE dan lewat petang kami semua kembali ke Base Camp masing-masing. Sebelum tu berkumpul di Base Camp Reception di bawah bukit tapak khemah untuk dengar sedikit penerangan ringkas keselamatan, keadaan dan kedudukan khemah.



Base Camp Reception

Gaya macam orang lari rumah

Welcome to Base Camp Escape Penang


Di kawasan khemah tiada bekalan elektrik. Jadi di Base Camp Reception disediakan loker berkunci yang didalamnya ada port USB dan port elektrik untuk mengecas handphone dan power bank. Locker boleh dikunci dan password kita tetapkan sendiri. Make sure bawa torch lightkipas angin bateri, ubat nyamuktoto dan selimut sebab tidak disediakan.




Khemah biru 2 gadis single. Sebelah sana khemah Kak Farah

Setiap plot ada 2 khemah

Back to nature


Buat gadis single 2 orang macam Nina dengan Zaf ni dapat sorang 1 khemah. Perghhh seram jugak tidoq sorang. Jarak khemah memang jauh sikit. Diberi Plot D06 terdapat 2 khemah muat untuk 5 orang dewasa. Akhirnya tidoq berdua dengan Zaf di sebelah atas. Di depan khemah ada ruang untuk lepak dan santai. Ada buaian dan tempat unggun api, senang kalau nak BBQ juga sebuah peti besi berkunci jika ingin meninggalkan barang berharga.



Depan khemah ada tempat BBQ, buaian dan peti besi

Kalau datang dalam kumpulan boleh BBQ di sini malangnya haritu hujan

Menu BBQ yang disediakan

Gadis-gadis sedang membakar ayam !


Petang itu hujan renyai makan duduk rehat-rehat dalam khemah sementara tunggu waktu berBBQ nanti yang dibuat didepan Base Camp Reception sebab ada bumbung senang nak nyalakan unggun api oleh staf-staf Pinoy ESCAPE. Mereka rajin dan peramah. Fasih berbahasa English. Segala makanan dan peralatan untuk BBQ fully sponsor by ESCAPE seperti ayam, jagung, ubi keledek Jepun, sosej dan salad bersama sos. Sedap makan panas-panas baq hang ditambah hujan renyai. Kalau bercadang nak BBQ macam kami boleh request nanti. Harga boleh runding sebab tak tau pakej BBQ ni.



Pintu toilet di belakang khemah kami

Nampak tak bumbung pakai jaring je

sangat selesa dan bersih



Paling tekejut ialah TOILET ! Kalau khemah dalam real jungle kena mandi dan membuang dalam sungai, semak, celah pokok sambil cakap "Nenek/Tok, cucu tumpang mandi atau buang ya" kena mintak izin tapi ini hutan siap ada bilik mandi tak berpintu dan berbumbung. Bilik mandi toilet berkembar di setiap plot khemah masing-masing. Ada shower pipe dan bumbung hanya diletakkan jaring yang banyak daun-daun kering gugur. Time mandi malam tu terpaksa bawa lampu gasoline dan sangkut di dinding bilik air. Feeling romantik tau. Haha.. Nasib tak rasa nak membuang. Fuhh selamat, selesai mandi terus masuk khemah dan tidoq sampai pagi tanpa ada gangguan. 




Hari kedua sebelum sambung main, ada yang tak mandi lagi tau

Ready nak check out



PENGHARGAAN


Terima kasih kepada ESCAPE Penang especially Mr Sim Choo Kheng (The Founder and CEO) kerana sudi menjemput Team Projek Blogger Utara membuat review di sini. Also thanks to Ms Winnie as Manager On Duty that day. Tak lupa krew-krew yang bertugas. Next projek dari syarikat Sim Leisure adalah membina Water Play pulak (dalam pembinaan) dan dijangka siap penghujung tahun 2016 !! Disamping itu juga TREE TOP Hotel (hotel atas pokok).


Lagi info di sini :


ESCAPE Penang - Sejarah

Harga Tiket & Pakej Base Camp ESCAPE

Permainan di ESCAPE

Kemudahan di ESCAPE

Time To Play : Monkey Business

Time To Play : Jungle Swinger

Time To Play : Tubby Racer




ESCAPE EXTREME PARK

828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106

Email : info@escape.my
Website : escape.my
FB : escape.my

Operating Hours : Selasa - Ahad (Isnin Tutup) 9.00 pagi - 6.00 petang



5 comments:

Cik Ash said...

terbaikkk PBU

nuyui a.k.a miss YUI said...

bestnya tmpt ni..mnarik..

Nick Nashram said...

seronoknye camping..last camping tahun lepas kat gunung ledang..budak2 tido dalam khemah,cikgu tido kat chalet :)

♥TheOnlyFarah♥ said...

Ya Allah memang tak bole lupa..1st time tido dalam khemah.. best jugak rupanya kan nina..jom pi lagi!!! =D

dear anies said...

ada yg skodeng tandas tu x? hahahahahah

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com