5 March 2016

Film Review : Gods of Egypt


Salam Readers..


Review Filem Gods of Egypt | Ini first filem yang ditonton bagi tahun 2016 ! Yeahh.. tak berapa nak feeling happy sebab busy memanjang. Kali ni date dengan junior sekolah yang kaki wayang juga. Sep sikit :) Bulan-bulan seterusnya kerja mengatur movie. Hehe.. 


Gods of Egypt ialah filem berunsur dewa pada zaman firaun dan AMARAN tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak takut terpesong agama tapi ada juga unsur jenaka, ngeri dan scene pertempuran. 



Gods of Egypt Poster Movie


Sinopsis Gods of Egypt :


Berkisar di Mesir, di mana dewa tinggal bersama manusia. Dewa-dewa Mesir dibezakan dari manusia dengan ketinggian mereka yang lebih besar, darah berwarna emas dan keupayaan untuk mengubah badan ke bentuk dewa berkepala haiwan. Bek, seorang pencuri bersama cintanya, Zaya akan menghadiri pertabalan Horus oleh bapanya, Osiris. Dalam majlis itu, Osiris dibunuh oleh bapa saudaranya yang cemburu iaitu Set, yang merampas takhta dan mengisytiharkan undang-undang baru di mana orang mati perlu membayar dengan kekayaan untuk masuk ke dalam akhirat.



Horus bertempur dengan Set dalam bentuk haiwan dan semasa huru-hara, Bek terpisah dari Zaya. Hathor 'kekasih' Horus meminta supaya Horus dibiarkan hidup maka Set mengeluarkan kedua-dua mata Horus, yang merupakan sumber kuasa dan menghalau dia ke padang pasir.



Mesir sebelum masihi

Horus bakal raja yang pemalas dan kaki tidur

Bek dan isterinya, Zaya

Set mengambil kedua-dua mata Horus


Set berkahwin dengan Hathor dan membina tugu tinggi sebagai penghormatan kepada bapanya, Ra. Bek dijadikan hamba dan Zaya jadi hamba kepada arkitek, Urshu. Mempercayai Horus satu-satunya yang boleh mengalahkan Set, dia mencuri pelan lukisan dari perpustakaan Urshu bagi membantu Bek mencuri satu mata Horus dari bilik kebal Set.



Urshu memanah Zaya yang melarikan diri bersama Bek dan mati dalam perjalanan ke makam Osiris. Bek bertemu Horus, dia membuat tawaran cara untuk mendapatkan mata Horus yang di simpan oleh Set dalam pertukaran untuk membawa Zaya kembali dari dunia orang mati sebelum rohnya tiba di pintu akhirat dimana dia tidak mempunyai kekayaan untuk membayar. Horus bersetuju dengan syarat, walaupun tidak memberitahu Bek bahawa dia tidak boleh membangkitkan orang mati.




Set dan Hathor kekasih Horus yang menjadi isterinya

Bek bertemu Horus

Bek berusaha mengambil mata Horus



Dengan hanya sebiji mata, Horus tidak boleh bertukar menjadi dewa. Dia dan Bek ke sebuah kuil gunung untuk meminta pertolongan datuknya, Ra iaitu dewa matahari untuk ke kapalnya di langit. Horus tidak dapat menyakinkan Ra untuk memberikan kuasa sepenuhnya. Setiap hari Ra berperang dengan binatang Apophis, yang mengancam untuk menelan apa saja. Horus mengambil air dari kapal Ra yang dapat melemahkan Set.



Set mahu mendapatkan kuasa dewa lain. Mendapatkan mata Horus, hati Osiris dan sayap bekas isterinya, Nephthys untuk dirinya. Hathor melihat lokasi Horus secara rahsia tetapi Set melihat dan cuba membunuhnya. Dia melarikan diri dengan menanggalkan gelang yang melindunginya dari iblis. Hathor menyelamatkan Bek dan Horus dari pengikut Set yang memburu mereka. Kuil Set dilindungi oleh Sphinx Riddling. Mereka meminta pertolongan Thoth, dewa yang bijak untuk menjawab teka-teki Sphinx.



Bala tentera Set yang kejam

Melarikan diri dari orang buruan Set

Orang Set


Tiba di kuil Set, mereka dipintas, Set mendedahkan penipuan Horus yang tak dapat membawa Zaya kembali dari alam orang mati. Set mencuri otak Thoth dan meruntuhkan kuilnya. Hathor mengorbankan diri untuk pembayaran Zaya dengan memberi gelang pelindungnya sebelum diculik oleh iblis. Setelah memdapat kuasa dewa-dewa, Set berjumpa Ra untuk memerintah planet ini, mengambil tongkatnya dan membiarkan binatang Apophis memusnahkan alam yang tidak penting. 


Hathor sangat seksi okeh. hehee

Thoth dewa bijak tapi perlukah mengkaji kobis? Kelakar sangat sukakan hijau

Thoth perlu menjawab teka teki dari Sphinx Riddling, nasib bukan pantun

Set dengan tongkat bapanya


Bek melemparkan sebelah lagi mata kepada Horus tetapi terjatuh dan Horus pilih untuk selamatkan Bek. Ketika itu Horus mendapat kuasanya dan berlawan dengan Set, mengambil tongket dan kembalikan kepada Ra untuk menghalang Apophis. Horus dipulihkn tetapi Bek terbunuh. Ra membawa Bek dan Zaya kembali. Mengisytiharkan akhirat dibuka kepada sesiapa yang buat baik. Bek dijadikan penasihat, kembalikan gelang Hathor dan membiarkan Horus menyelamatkan kekasihnya.




3/5*

_____________________________________________________________________


Oleh kerana ini first date kami berdua. Biasalah zaman sekolah menengah dah bertahun tamat. Akceli dah nak dekat 9 tahun weyh baru nak lepak dengan junior ni. Sebenarnya tak tau pun dia junior batch tahun apa. What? Inilah namanya senior kerek mana aku nak tegur-tegur orang sangat bukan bermakna sombong. Maapkan kak Nina adik Sya :) Masih single rupanya.. Kalaulah ada abang...



Nina dan Seoul Garden tak dapat dipisahan

Dari kejauhan nampak pipi macam kembang. Sweetnya Sya ni

Jemput tengok. Hehehe


3 comments:

Kira Sakura said...

Memang tak boleh bawak uwais. Jenuh duk tutup mata dia nt bila part perempuan seksi2 tu hihihi

izzeyda said...

wah dating berdua ya.. mesti best kan boleh layan movie sama2 macam nih..

dear anies said...

mcm prince of egypt ka?

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com