22 Apr 2016

Review Filem The Huntsman : Winter's War

Salam Readers..


Review Filem The Huntsman : Winter's War | What's Up guys ! Dah tengok siri ke dua filem Snow White and the Huntsman? Kalau tak tengok memang tak berapa faham sikit sebab movie ini menceritakan kisah sebelum dan selepas dalam filem pertama. Mungkin penonton akan fikir Queen Ravenna hidup semula kan. Dalam seminggu movie ini berjaya box office 2 kali ganda dari budget sebanyak $134.6 million. Meh kita layan 3 heroin dan 1 hero ni. Tak berapa sesuai untuk kanak-kanak sebab ada scene sweet-sweet Chris Hemsworth dan Jessica Chastain







Sinopsis The Huntsman : Winter's War 



Sebelum kematiannya, Queen Ravenna yang jahat (Charlize Theron) mendapat tahu adiknya, Freya (Emily Blunt) bukan saja ada hubungan sulit dengan Andrew : Duke of Blackwood (Colin Morgan) malah mengandung dan anak itu bakal menjadi paling cantik antara mereka. Selepas Freya melahirkan seorang bayi perempuan, dia mendapati Andrew telah membakar anak mereka dan dengan perasaan sedih bercampur marah Freya membunuh Andrew dengan kuasa aisnya.



Raveena berkahwin dengan raja sebelum mengambil takhta

Selepas membunuh kekasihnya, Andrew

Sara sebelum menjadi pahlawan Freya



Freya meninggalkan kerajaan dan membina istana ais untuknya bersendirian jauh di utara, membunuh sesiapa saja yang menentangnya semasa menculik kanak-kanak untuk dijadikan tentera dan melatih mereka, membuatkan mereka lupa pada kasih sayang dan hati mereka akan selamanya keras tanpa cinta. Eric (Chris Hemsworth) dan Sara (Jessica Chastain), dua huntsman luar biasa Freya, jatuh cinta dan merancang untuk lari dan ditangkap olrh Freya. Dia mencipta dinding ais untuk memisahkan mereka sebelum memaksa Eric untuk menonton Sara dibunuh oleh rakan Huntsman.



7 tahun selepas kematian Ravenna, Raja William of Tabor mencari Eric dan memberitahu Cermin Ajaib telah dicuri ketika dalam perjalanan ke tempat yang dikenali sebagai "Sanctuary" . Eric berat hati dengan sekutu kerdil Snow White, Nion dan abang tirinya Gryff untuk mencari cermin ajaib. Eric menyedari Freya dalam diam mendengar perbualan mereka melalui topengnya dalam bentuk burung hantu Snowy dan memusnahkannya.




Eric dan Sara plan melarikan diri

Freya dan Huntsman nya

Topeng pemerhati

Menjejaki Mirror yang telah dicuri



Dalam perjalanan, mereka diserang oleh kumpulan Huntsman Freya, tetapi diselamatkan oleh Sara yang masih hidup. Sara percaya dia melihat Eric lari dari istana dan rasa dikhianati. Eric menyangka Sara telah mati dan merasa Freya telah menipunya. Eric tak pernah berhenti mencintai Sara dan mereka bersetuju untuk bekerjasama. Akhirnya mereka terjerat dalam perangkap orang perempuan kerdil Bromwyn dan Doreena dan mereka ingin mencari Mirror juga.



Kumpulan itu berjaya mendapatkan Mirror tetapi Freya merampas dan Sara selama ini telah mempergunakan mereka. Dalam keadaan huru-hara, Nion dan Doreena bertukar menjadi patung ais. Sara terpaksa memanah ke dada Eric atas arahan Freya, dia sengaja memanah di rantai medal Eric. Di istana, Freya membaca tulisan di Mirror dan cecair emas berubah menjadi Ravenna. Dia menghantar semangatnya ke dalam cermin sebelum Snow White membunuhnya.



Misi mendapatkan Mirror

Eric dalam usaha memujuk isterinya yang disangka mati

Freya merampas cermin

Semangat Ravenna muncul dari cermin


Eric menyusup masuk istana untuk membunuh Freya tetapi dihalang Ravenna. Eric menyakinkan beberapa Huntsman untuk melawan Raveena dan Freya tetapi Ravenna membunuh ramai Huntman hingga Freya membentuk dinding ais antara mereka. Ketika itu, Freya melihat memori Ravenna dan mengetahui Andrew tidak bersalah membunuh anak mereka. Freya begitu marah dan menyerang kakaknya sehingga meninggal dunia. Eric dan Sara bergabung tenaga. Eric membaling kapak untuk pecahkan cermin dan memusnahkan semangat Ravenna.


Ravenna cuba membunuh Sara sebelum dihalang Freya

Freya mengetahui Andrew dipergunakan oleh Ravenna untuk membunuh anaknya

Ravenna sebelum mati


Ending movie ini burung emas misteri terbang, membayangkan semangat Ravenna masih hidup. Haa adakah akan ada part 3, nanti kita saksikan :) Overall suka plot movie yang tak berapa sarat dan senang faham untuk siapa yang tengok sekuel pertama.



5/5*

2 comments:

  1. Best baca sinopsisnya nak kena download nanti ni suruh abang tunggu laptop dah ok

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com