20 April 2016

Makanan Basi @ Secret Recipe, Bandar Sunway


Salam Readers..


Makanan basi di Secret Recipe? Eh jap resto ni di Penang bukan di KL. Balik dari tengok Huntsman haruslah ternak lemak. First time dalam hidup dihidangkan dengan makanan basi di restoran yang agak famous. Siapa tak kenal Secret Recipe (SR). Kalau dengar mesti orang terbayangkan kek-kek yang sedap tu. Mak rasa nak marah tapi tak tunjuk muka marah, mak rasa nak complain tapi sampai kaunter tak complain. Alhamdulillah, boleh sabar lagi. Tiada adegan cucuk chicken chop tu dengan garfu sambil buat perangai annoying. Hee..


Ayam kenapa engko basi haa? Den lapor ni


Sejak kes Secret Recipe dikatakan tak HALAL toyyiban tu, makin teruk pula service, ke SR branch sini je yang problem. Hurm itu kena selidik nanti. Apapun, geram jugak lah sebab orang tengah lapar dan serve makanan teruk, dari bau dah boleh tahu. Harga boleh tahan mahal, rasa tak berbaloi nak bayar sebab tak makan langsung kecuali minum air. Salad pun dah layu di tasik madu. Restoran ni masuk rejected list dah. Goodbye !


MENU :

1 Crispy Chic Salad - RM 16
1 Mushroom Chicken - RM 18
1 Iced Lemon Tea - RM 6.80
1 Strawberry Orange Splash - RM 8.80

SUBTOTAL (inc tax) - RM 46.79
GST 6% - RM 2.81

TOTAL = RM 49.60
*tak berbaloi nasib kawan tolong bayarkan. 
 

13 comments:

siti hazreen said...

eh, sis, kenapa tak komplen? sayangnya...maybe boleh dapat menu baru sis. saya ingat lagi masa minum dalam kedai airport Changi singapore, air minuman saya ada lalat, makcik kwn saya terus buat aduan kat kaunter. terus dia tukar baru dan tak kena cas pun...masa tu saya makan dengan makcik kawan saya (penduduk tetap) singapura. makcik tu ckp, orang singapore sangat alert dengan hak2 pengguna...pekedai2 sana mmg takut kalau kena komplen

Shafuhan Smab said...

Dahsyat ah. Tak complain ke? Hak pelanggan kot. Kita bayar. >,<

Shahida Dzulkafli said...

Kenapa x komplen?? Bahaya tuh..
Ish.. X kanlah xtahu makanan tuh dah basi..

Azlan Strider said...

Jarang kedai2 macam nie hidang benda yang basi sama macam jarang jarang lan update blog...hahahaha

Regards,
-Strider-

Farrah MF said...

Ayam basi? Bahayanya!

Hai, Nina. Akak baru baja reply Nina kat IG. Tu yang datang menyinggah :)

♥TheOnlyFarah♥ said...

kenapa tak complaint jer nina.. agak2 la bagi lauk basi..aduhaiii

Umi Nazrah said...

bismillah. Allahu. tumpang sedih atas kejadian ni :(

el said...

alahaiii nape x komplen je..sedap2 je depa bg yg basi tu
ini tidak adil tuk kita sebagai pelanggan yang bayar ok
lenkali sila komplen adik yang saborin haha

Nabila Syifa said...

mmg basi ke?

Kira Sakura said...

erkkk kenapa tak komplen???!!! alhamdulilah tak pernah lagi kena kes terus cenggini

Cik Ash said...

Nampak ayam tak terliur pun pelik jah tengok ayam tu

dear anies said...

saman kang!

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading all of your article. I wanted to
write a little comment to support you.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com