24 April 2016

Review Novel : Awek Abang Poyo


Salam Readers..


Novel Awek Abang Poyo | Beli dah lama dan ambil masa setahun setengah nak habiskan sebuah buku. Hahaha.. sangat lawak. Yelah baca buku ON OFF memang gituw. Pertama kali nampak novel ni memang dah terpikat. Dengan ilustrasi menarik dengan kereta Volkswagen menarik hati tapi tahu novel ni memang best dan menarik. 



Mengisahkan Kasdina Alya yang membawa diri ke kota London kerana difitnah dan diaib malah perkahwinannya dibatalkan. Di kota London, dia bekerja sebagai tukang masak. Semangat yang kuat mendorong dia memajukan diri dan ditempat kerja yang sama, dia bertemu Anas Irfan yang bekerja part-time disitu. Walaupun kehadiran lelaki itu bukan setiap hari, namun cukup membuatkan Kasdina meluat dan rimas. Mereka sering bertelaga dan tak sependapat.

Dalam satu kejadian, Kasdina terhutang budi dengan Anas kerana menyelamatkannya dari dilanggar kereta. Pertolongan itu membuatkan Kasdina terpaksa membalasnya dengan berlakon menjadi kekasih Anas untuk ditunjukkan kepada ibu bapa Anas yang sedang bercuti di London. Dan lakonan itu nampaknya harus menjadi realiti disebabkan ibu bapa Anas sangat berkenan menjadikan Kasdina sebagai menantu. Selamba, mama Anas menyarungkan cincin tunang ke jari Kasdina. Sejak dari itu jadilah Kasdina tunang si abang poyo tu.

Kerana salah faham mereka terpisah dan masalah menjadi semakin rumit kerana Kasdina pulang ke Malaysia dan tidak dapat dihubungi. Demi keluarga Kasdina sanggup meninggalkan kerjanya dan pulang untuk mengubati penyakit ayahnya yang terkena buatan orang, malangnya gagal sehingga ke akhir hayat. Bagi Kasdina, dia yakin Anas tidak pernah menyimpan perasaan padanya.

Kasdina sekeluarga berhijrah ke Kuala Lumpur dan mencuba nasib dengan berniaga nasi lemak di tepi jalan dan mengambil katering untuk majlis perkahwinan. Tidak disangka, gerai nasi lemaknya dirompak sekumpulan lelaki sewel berlagak gangster. Rupanya Anas menjadi dalang di sebalik kegiatan 'rompak dan bayar'. Hantu punya mamat. Kasdina bersetuju menerima Anas sebagai tunang apabila keluarga Anas datang merisik dan kes di UK diketahui ibunya. Dua jejaka menagih cinta dan Kasdina memilih Anas sebagai suami walaupun Zafran, lelaki kacak yang tak kurang hebatnya.

Tajuk : Awek Abang Poyo
Penulis : Ummu Wafa
Halaman : 569 m/s
Harga : RM 22/RM 25


 *4/5



6 comments:

Kira Sakura said...

dah lama tak layan novel :D

Siqah Hussin said...

Setahun setengah baru habis baca. Hihi. Biasa dah tu.. Saya pun ambil masa yang lama nak habiskan satu novel..

el said...

novel ni sure kelakar kan hahaha

Cik Ash said...

Kak ekin novel beli lama dah ada lagi tak habis baca lagi

dear anies said...

b oleh angkat jd drama ni ;-)

ummuwafa67 said...

Assalamualaikum Cik Suka Taip. Ini Kak Ummu Wafa, Penulis buku Awek Abang Poyo.Mekasih bebanyak atas ulasan yg menarik. Akak suka. Sekarang akak dah keluar buku baru. buku yg ke 6. tajuk. SENGAL PUNYA MAMAT. Kalau Cik Suka Taip free, bolehler tarjah buku tu ya.


Menulis dari hati: Ummu Wafa.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com