29 Jun 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Blue River Hotel

Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : BLUE RIVER HOTEL, DISTRICT 1


Sebelum raya menjelma, sebelum tuan blog cuti seminggu meh bersambung semula cerita HCM. Bolek klik 'Part 1' 'Part 2'. Sudi-sudi baca atau usha gambar pun jadi lah 😀 😀 😀 . Sebelum ke entry tour, meh nak share pasal hotel yang kami stay 3D 2N . Hotel ni di booked bersama tiket flight (return) lebih kurang dalam RM 400++ . Harap entry ni dapat membantu sesiapa yang 1st time ke Ho Chi Minh dan 'terbooked' hotel ni, boleh refer kan.



View hadapan hotel. Ada 4 tingkat dan tak ada lift



Di Vietnam, kebanyakan guna 'District' . Buat peminat filem Hunger Games Trilogy, harap HCM ni tak ada sampai District 14. Haha.. Kebanyakan akan cari hotel dalam area District 1 sebab dalam bandar. Kata tour guide, lokasi hotel ini menjadi tumpuan mat saleh. Kami keluar masuk hotel, memang terjumpa ramai mat saleh jalan area hotel. Tapi jangan risau kawasannya tak ada orang mabuk dan seangkatan. Baik-baik saja.



Mungkin kawasan hotel kami stay ni kurang familiar, masa tour guide cari hotel pun pening sikit. Rupanya hotel ni terletak di sebelah belakang bangunan. Ianya tak menghadap jalan utama. Kena jalan sikit masuk ke hotel. Hotel ni tak berapa jauh dari Ben Thanh Market.



Ada bilik yang mempunyai balkoni. Setiap bilik di depan dan belakang berbeza

Bilik Nina dan Anies sepanjang 3 hari di HCM. Di tingkat satu hanya ada satu bilik. Hanya kami berdua stay situ, naik tangga dah sampai :)

Kain sulam tu Nina jadikan sejadah. Nasib lah labu. Bilik ni bersih dan puas hati plus kami tidur dengan selesa

Semua kemudahan ada

Almari pun ok boleh tengok hotel sediakan kemudahan apa

Tandas yang bersih ! Ada heater, shower dan toiletries

Hotel ni ada 2 bangunan berhadapan. Kami stay hotel ke 2



Apa yang penting, receptionist 24 hours dan Wifi disetiap tingkat. Make sure, sebelum keluar jalan, ambil name card hotel dari receptionist tu. Supaya senang korang naik teksi Vinasun (teksi kerajaan), beri name card dan driver akan bawa ke hotel memandangkan driver teksi tak fasih bahasa English / Melayu. So far harga teksi pakai meter dan lebih kurang RM 3 (bayar Dong) saja. Kat Mesia ada ke teksi harga macam tu?



Kemudahan lain WiFi laju (government Vietnam BLOCK FB, IG dan BLOG setiap sabtu dan ahad), air cond, locker, safety locker, peti ais, towel, kettle, tong sampah, selipar. Hotel juga provide breakfast, tu pun kalau termasuk dalam pakej, breakfast tak sure halal ke tak. Kami prefer makan di luar. Hotel di sini tak ada penunjuk arah kiblat, kami ikut arah matahari terbenam. Well, musafir kan.



Lagi satu, diingatkan tinggal kunci kat receptionist bila nak keluar. Untuk keselamatan takut hilang kunci. Suasana malam di sini sangat tenang, tiada bunyi race kereta/moto, gejala melepak etc. Itu ja kot penjelasan panjang lebar bab hotel. Apa-apa pertanyaan boleh drop komen atau email 😀 😀


28 Jun 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Ben Thanh Market

Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : BEN THANH MARKET SHOPPING TIME DAY 1 (PART 2)


Masa yang ditunggu si kaki shopping telah tiba. Kita tahu maksud 'BENTAN' tu untuk orang tengah berpantang. Hahaha.. Takda kena mengena ok. Lepas kami selamat touchdown Saigon, airport HCM besar lah juga, WiFi pulak jenis pilih fon baru boleh connect, tandas takda pili, so prepare botol kosong sesiap. I is tak selesa main lap-lap. Haha 



Muka bahagia?

Menaiki van yang sangat selesa. Eh ada orang excited sampai mata terpejam



Dah selamat naik van, tour guide, En atau abang Soleh memberi berpatah-patah kata. Dia terangkan segala pasal HCM dan tips tengah untuk bershopping. Btw abang Soleh ni fasih juga cakap bahasa Melayu loghat Vietnam. Sebelum ke sana, survey blog-blog banyak cakap benda negatif jadi risau juga tapi kita tawakal jelah. Bila van masuk simpang di celah-celah rumah orang, hati dah cuak. Rupanya kami ke kilang kain. Kat sini semua baju dah siap jahit dan terima RM ! Bagi yang nak shopping tu, lega lah. Kami tak sempat tukar duit Dong.




KEDAI KAIN LINHDA




Linhda Wholesale, shop lot rumah 4 tingkat

Selfie di depan pintu masuk sementara nak keluar




Kilang kain ni tak lah bangunan macam kilang tapi macam shop lot juga di rumah 4 tingkat, setiap tingkat ada pelbagai jenis baju yang bisa membuatkan purse nipis. Rasanya kilang jahit tu jauh dari District 1. Bila kami sampai kat sini, ramai juga rakyat Malaysia yang shopping. Buat manusia berdua ini, bukan kain yang dicari tapi Wifi ! Haha.. Jenis tak boleh berpisah dengan teknologi. Biar gambar yang berbicara. Rambang mata kalau ke sini. Jangan terkejut kalau baju-baju yang dijual kat sini sebiji macam baju butik di Malaysia dan harga jauh lebih murah.




Jubah dan Kurta lelaki dengan pelbagai design dan harga

Baju kurung banyak pilihan

Kami yang tak shopping ni kalau dapat Wifi dok sibuk reply Whatsapp. Teruk perangai manusia yang tak boleh move on dengan teknologi. Hihihi

Baju manik memang lawa

Baju kurung siap jahit

Pilih jangan tak pilih

Juling mata tengok design




BEN THANH MARKET




Dah settle 3 orang kawan shopping, kami pun terus ke hotel untuk check in, lepas tu keluar ke Ben Thanh Market yang terletak di District 1. Ben Thanh ada 4 pintu masuk utama dan kalau terpisah memang susah nak cari kawan tu. Ini lah syurga membeli belah buat rakyat Malaysia ! Dalam perjalanan boleh tengok rakyat Vietnam pulang dari kerja menaiki moto saja ye cuma jalan berdebu dan sebab tu depa pakai face mask. Senario di sana, kurang kereta dan tak ada polis traffic.




Rakyat Vietnam balik kerja



Kami singgah shopping sikit di simpang jalan depan Ben Thanh dan dan benda pertama yang kami serbu bila abang Soleh tunjukkan kami 'Nealofar tepi jalan'. Omaii dari seberang jalan dah nampak tudung bergantung dengan pattern lawa. Kak Farah and the geng berebut-rebut tudung. Hahah.. Kelakar, gelak-gelak kat orang lepas tu diri sendiri tumpang beli 2 helai. Bayangkan dalam masa beberapa jam, kami dah berjaya angkut separuh tudung kecuali Anies. Nasib lah tour guide jenis sabar menanti. Dalam sibuk shopping pun dia still pesan jaga beg, takut juga kalau jadi apa-apa. 




Nealofar tepi jalan dah licin dikerjakan kami. Nampak ori

Sorang pegang cermin, sorang lagi belek apa tak tau

Kalau ke sana sila cari muka akak ni. Untuk kami dia bagi diskaun sebab borong banyak

Dah sampai wajib pekena tau. Kami serbu abang ni. Sila cari muka ini. Yang dah ke sana mesti kenal? Secawan RM 3 (20,000 VND)

Sengih dapat minum Kopi Susu Vietnam. Belakang tu Ben Thanh Market. Kata tour guide, ini Ben Thanh baru yang lama dah tak ada lagi.



Dah habis shopping tudung, sempat beli souvenir sikit di kedai sebelah, pujuk dengan lemah lembut dapat diskaun. Haha.. itu trick tau. Kalau ke Vietnam, WAJIB pekena Kopi Susu. Kami pun stay situ sampai ke malam. Baru teringat makan nasi masa dalam flight. Abang Soleh ajak makan di Restoran Hajah Basiroh dan dia tinggalkan kami. Balik ke hotel nanti naik teksi. Berapa kali dia pesan naik teksi VINASUN. Lebih mudah depan Ben Thanh bersepah teksi tu. Jangan tertipu pilih teksi sudah. Kalau takut sila cari staf VINASUN di tepi jalan yang memegang kertas dan pen. Pakai baju hijau lumut.



Restoran Halal banyak, cuma perlu pilih nak makan di mana, harga lebih kurang

Penantian satu seksaan dengan perut lapar, masak apa pun tak tau lah. Yang pelik dapur kat atas kedai. Haha



Sementara tunggu night market, nak tunggu nasi pon hampir sejam dengan perut lapaq, sempat selfie dengan tudung Nealofar, whatsapp kat kawan. Haa nangis bila ramai nak nak order. Benda paling mahal kat Vietnam ni ialah Nasi. Sepinggan sampai berbelas ringgit. Nangis tengok buku menu. Sob.. sob. Lupakan pasal nasi, nasib diri jenis tak makan nasi pon boleh hidup. Haha.



Sempat snap buku menu. Nangis tengok harga. Ini baru makanan, harga minuman tak termasuk

Nasi goreng udang 700 VND (RM 14) nasib air kopi masih ada


Perut dah kenyang meh kita balik

Night Market di Ben Thanh. Lebih kurang macam pasar malam sini


VIDEO SUASANA NIGHT MARKET




Malam tu baru kami tukar duit. Ini money changer. Sempat lagi Anies snap


Landing atas katil dan verangan jadi jutawan dengan sejuta VND


Dah selesai dinner, sambung shopping lagi. Rasa macam shopping kat jalan TAR. Majoriti 90% rakyat Malaysia datang shopping sini. Tak terasa langsung macam kat Vietnam. Nina dengan Anies dah surrender. Nasib disepanjang night market ada kerusi, bedal jelah. Sebelum balik hotel, kami singgah money changer. Merasa jadi jutawan malam tu. Haha.. Nak balik hotel, bagi je kad senang la hidup kami dan hidup driver teksi. Hehehe


VIDEO SUASANA HO CHI MINH WAKTU MALAM




Bersambung nanti, sibuk buat biskut raya. Hehe



27 Jun 2016

Kad Raya Dari Husna Zahidi

Salam Readers..


Kad raya kelima tahun 2016 dan yang pertama dari blogger adik manis Husna Zahidi. Terima kasih Husna, susah payah membalas kad raya dari tahun lepas. Hehe.. Tengok tulisan di sampul surat pun dah comel. Selamat menyambut hari raya bersama keluarga di Sungai Petani dan sentiasa gojes di pagi raya. All the best untuk final exam yang tak habis lagi tu 💌😘😚



Kad Raya Dari Deanna Morni

Salam Readers..


Kad raya keempat tahun 2016 dan yang pertama dari blogger Deanna Morni. Hari ini, terima 2 sampul kad raya serentak. Terima kasih D diatas ingatan ini, semoga persahabatan di alam maya berkekalan. Bila tengok setem dari Putrajaya dah boleh agak siapa pengirimnya. Semoga selamat pulang ke kampung halaman di Sarawak 😊✈💌





26 Jun 2016

De'Xandra Perfume Tahan Lama

Salam Readers..


De'Xandra Perfume Tahan Lama Dan Halal | Biasa lah kalau bekerja dalam satu office, macam-macam barang officemate jual termasuk lah De'Xandra Perfume ni. Seminggu sebelum raya terjebak juga beli perfume ni. First time nak try pakai perfume yang jadi viral sekarang ni and 100% tahan lama seperti yang dikatakan.


De'Xandra Perfume Tahan Lama Dan Halal. Beli yang original dengan sticker


Siapa kat sini penggemar perfume macam Nina? Sejak sekolah bermacam jenis minyak wangi dah try. Dari branded sampai la brand macam Silky Girl, Avon. Dirumah still ada baki perfume Estee Lauder dan Gucci tapi walaupun 100% still bau tak boleh tahan lebih dari 8 jam. Bila difikirkan perfume original tu mahal, terbantut nak beli. Dengan adanya De'Xandra Perfume tak perlu berbelanja ratusan ringgit hanya untuk sebotol perfume. Inspired perfume ! Bau favourite semua ada dalam list perfume De'Xandra.



Murah dan mampu milik. Dah try Ralph Lauren, bau tetap sama dengan ori. Dah try pakai sambil buat kerja-kerja mengemas rumah, serius bercampur dengan peluh pun still bau lagi. Hebatnyaa. Haha. Serius kami tak tipu. Harga RM 60 untuk sebotol ! Banyak pilihan kan. Kesemuanya list perfume yang top choices.



De'Xandra Perfume Tester Kit dengan perfume top

De'Xandra Perfume For HIM

List De'Xandra Perfume For HIM
De'Xandra Perfume For HER

List De'Xandra Perfume For HER

List De'Xandra Perfume For HER


Ciri-ciri De'Xandra Perfume :


  • Inspirasi jenama antarabangsa (Top Perfume)
  • Setanding produk antarabangsa
  • Produk Halal
  • Pati original, boleh di bawa solat
  • EDP, tahan lama (more than 8 hours)
  • Travel Perfume (I Loike ! 😍😍)
  • 35 ML (tidak terlalu kecil/besar)
  • Packaging menarik & cantik
  • Mengikut citarasa Malaysia


p/s : Boleh beli hadiah untuk suami/isteri, bf/gf  😙🙈  Sayangnya bf tetap setia dengan Mandarina Duck 🐤

25 Jun 2016

Kad Raya Dari Vee Sandi

Salam Readers..

Kad raya ketiga tahun 2016 dan yang pertama dari Vee Sandi . Terima kasih akak sayang ! First time dapat kad raya dengan FM. Hehe.. Lain dari yang lain. Alhamdulillah bertambah koleksi FM 😀 😀




24 Jun 2016

Ellie Field Model Kanak-Kanak

Salam Readers..


Siapa tu Ellie Field? Model kanak-kanak yang memperagakan koleksi baju raya Minaz. Buat peminat fesyen mesti kenal dan meminati model kanak-kanak ini. Ava dan Ellie Field, adik beradik yang aktif dalam modelling sejak kecil. Buat ibu-ibu mengandung elok tengok muka Ellie hari-hari. Memang comel ! Mana tau anak nanti iras-iras budak ni. Hahaha



Ellie Field model Minaz



Ellie Field, model kanak-kanak kelahiran Seoul Korea. Kacukan Amerika dan Korea. Berumur 6 tahun dan fasih berbahasa English dan Korea. Tengok budak ni cakap pon alahai dah melting. Comel dan besar mesti cantik. Minaz tahun ni banyak ambil model international peragakan baju raya 2016. Dah lama tengok Ellie Field dari usia 4 tahun. Nak tengok gambar-gambar Ellie boleh follow IG "Ava.Ellie.Field" atau terjah butik Minaz utnuk shopping baju raya !



Comelnya Ellie pakai baju kurung

Muka Ellie Field di Minaz Eid 2016 Catalog


23 Jun 2016

Kad Raya Dari Kathy Arbain

Salam Readers..


Kad raya kedua tahun 2016 dan yang pertama dari Kathy Arbain . Terima kasih dear ! Alhamdulillah tahun ni kad raya sampai juga dari Johor ke Penang dengan selamat. Tahun lepas kad raya hilang agaknya. Takda rezeki. Huhu




22 Jun 2016

Pemenang Kad Raya GA

Salam Readers..

Tahniah diucapkan buat semua pemenang Kad Raya GA by Nina ! Yang mana tak berjaya jangan risau tahun depan ada lagi dan kad raya akan di tambah. Nanti nak contact semua pemenang sebab nak pos kad raya sebelum jumaat ni. Kalau tak, jawabnya kad raya sampai selepas raya. Hehe.. Harap-harap sampai sebelum raya 😀 😀




 
#1 (DONE POST)
http://www.nooratikahramli.com/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#2 (DONE POST)
https://akukaudansesuatu.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#3 (DONE POST)
http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#4 (DONE POST)
http://lifesofkajiwara.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-ga-by-nina.html


#5 (DONE POST)
http://www.syahidahfadilah.com/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#6 (DONE POST)
http://hakmilikmyra.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html

#7 (DONE POST)
http://nims007.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#8 (DONE POST)
http://misskitty12.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#9 (DONE POST)
http://misszyaroses.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#10 (DONE POST)
http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#11 (DONE POST)
https://annalieyana.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-ga-by-nina.html


#12 (DONE POST)
http://bicaragadisbiasa.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#13
http://adna2029.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#14 (DONE POST)
http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#15 (DONE POST)
https://belogs.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#16 (DONE POST)
http://ehbloger.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html


#17 (DONE POST)

http://www.bondezaidalifah.com/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html



#18 (TAMBAHAN PEMENANG)

http://bluechoralpearl.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina.html

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com