14 Jun 2016

Biodata Niena Baharun

Salam Readers..


Siapa Niena Baharun? Biodata Niena Baharun | Pelakon Drama Sayangku Kapten Mukhriz (Slot Akasia TV3) | Siapa layan drama Rindu Awak 200% dan Hati Perempuan mesti perasan watak gadis yang berkawan dengan Mia Ahmad. First time tengok lakonan dia yang menjadi pelakon tambahan. Memula tertanya siapa pelakon putih gebu ni?



Masih ingat watak Jaesliyatul dalam 'Rindu Awak 200%' sebagai cikgu/kawan baik Esyana, drama 'Hati Perempuan' sebagai Maisara, teman baik Yuhanis. Heroin yang memegang watak Saidah dalam 'Cinta Teruna Kimchi' dan terbaru di Slot Akasia sebagai Dr Ariana. Kini giliran Niena Baharun pula yang dijadikan heroin drama. All the best !



Niena Baharun Pelakon Baru


Niena Baharun Pelakon Utama Drama Sayangku Kapten Mukhriz



Biodata Niena Baharun Heroin Drama Sayangku Kapten Mukhriz :



Nama Penuh : Amaniena Binti Kamarul Baharun


Nama Komersial : Niena Baharun



Tarikh Lahir : 14 April 1993


Umur : 23 tahun (2016)



Asal : Kota Bharu, Kelantan



Adik Beradik : Anak ke 2 dari 4 adik beradik (2 Lelaki 2 Perempuan)


Pendidikan : Jurusan Civil Engineering di Kuala Lumpur Infrastructure University Collage (KLIUC)


Kerjaya : Model, Pelakon dan Ahli Perniagaan


Drama : Demi Dia (2013), Rindu Awak 200% (2014), Hati Perempuan (2015), Cinta Teruna Kimchi & Sayangku Kapten Mukhriz (2016)



Profil Rasmi Instagram : https://www.instagram.com/nienabaharun/





Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/niena_baharun






Pelakon Utama Drama Sayangku Kapten Mukhriz






Fakta Menarik Niena Baharun



1. Selepas SPM, Niena mula bekerja sebagai model baju pengantin.

2. Penuntut KLIUC dalam jurusan kejuruteraan awam ini merancang untuk menyambung pengajiannya yang dihentikan buat seketika kerana tawaran lakonan yang banyak.

3. Tidak minat karaoke kerana tidak tahu menyanyi.

4. Filem terbaru yang ditontonnya di pawagam, 'Avengers : Age of Ultron'. Memilih untuk menonton tayangan tengah malam, malangnya, dia tertidur di pertengahan cerita tersebut.

5. Ciri-ciri lelaki idamannya - tinggi, chubby, good-looking dan paling penting, beriman

6. An animal lover. Mempunyai 4 ekor kucing dan tidak lama dulu, pernah memelihara seekor ular.

7. Suka makan terutamanya masakan Kelantan. Bila ditanya jika boleh memasak, jawabnya, "A little bit seperti ayam masak merah, ayam masak kicap, sayur campur."

8. Seorang yang gila kasut tak kira apa jenis, tumit tinggi mahupun flats, tidak cerewet tentang jenama asalkan cantik. Memiliki lebih 100 pasang yang mula dikumpul sejak sekolah menengah. Kasut paling mahal dimilikinya dari Louis Vuitton.

9. Disebabkan satu insiden ketika di Tingkatan 3, Niena tidak 'menyukai' bahagian pusatnya malah kurang senang jika ada yang tersentuhnya di bahagian itu atau menyebut perkataan 'tali pusat'. Lebih gemar merujuknya dengan singkatan 'P'.





No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com