12 June 2016

Buffet Ramadan Park Avenue Hotel, Sungai Petani


Salam Readers..



LEBIH 300 JENIS HIDANGAN DI BUFFET RAMADAN PARK AVENUE HOTEL, SUNGAI PETANI

Alhamdulillah diberi kesempatan berbuka puasa bersama family PBU di Park Avenue Hotel pada Selasa (7 Jun) lepas. Pertama kali berbuka di Park Avenue dan pihak hotel menyediakan lebih 300 jenis hidangan buffet Ramadan kali ini. Kalau ada kelapangan atau yang sedia berada di Utara boleh bawa family berbuka di sini. Mesti tak rugi kerana makanannya semua nampak sedap dan menyelerakan.



Persembahan Ghazal oleh S.M Ahmad, Dores dan Zatul Mentor 6




Sesiapa saja yang tiba di hadapan lobby Park Avenue Hotel akan nampak banyak kiosk makanan di luar pintu masuk. Ofcos teruja bila terpandang Kambing Golek, Ayam Golek, Ikan Bakar dan Nasi Arab yang sedap dan fresh. Di sini Nina akan explain beberapa section makanan yang hotel sediakan. Harap bertabah ya, tuan blog pun tak henti mengalir air liur. Hahaha *tipu . Ingat iklan D'Herbs terlajak laris.




JENIS HIDANGAN DI KIOSK LUAR LOBBY PARK AVENUE HOTEL



Di bahagian kiri luar pintu masuk lobby ada kiosk Otak-Otak, Tandoori, Ikan Bakar pelbagai jenis, Ayam Golek, Kambing Golek dan Arabic Corner. Semuanya di masak secara LIVE di situ.


Otak-otak, Tandoori, Ikan Bakar siap cicah air asam

Ayam Golek, Kambing Golek dan beraneka Nasi Arab bersama sup dan sos

Ayam bergantungan berwarna keemasan



Di bahagian kanan pintu masuk lobby terdapat deretan kiosk seperti Rojak, Shawarma, Roti Jala, Roti Bakar, Udang Goreng panas-panas dan Char Koay Teow. Bagi yang suka berbuka di tempat terbuka pihak hotel ada mennyediakan meja di luar berdekatan kiosk-kiosk.


Rojak, Shawarma, Roti Jala, Roti Bakar, Udang Goreng, Char Koay Teow

Shawarma nampak sedap



 JENIS HIDANGAN DI LOBBY PARK AVENUE HOTEL



Masuk ke lobby Park Avenue Hotel, banyak lagi deretan makanan si serata tempat. Hanya perlu ronda dan pilih apa saja yang berkenan. Sebut saja makanan apa yang teringin semua tersedia. Hati manyak seronok.



Kiosk Nasi Ayam . Boleh tahan juga

Ayam Kalio, Gulai Daging Cincang Campur Rebung, Asam Rebus Ikan Pari Campur Bendi, Hati Lembu Goreng Kicap, Telur Goreng, Lala Masak Lemak Cili Padi, Gulai Nangka Muda, Sayur Kailan

Kiosk layan diri menyediakan Laksa, Bihun Sup dan 2 jenis Mee . Laksa sedap sebab kuah pekat. Hehe



Di sebelah kiri lobby tersedia meja makanan seperti Nasi Ayam, bermacam jenis lauk, Laksa, Bihun Sup, Mee Bandung, Roti John, Popiah dan bermacam jenis Bubur. Park Avenue ini banyak sediakan makanan berupa dessert untuk setiap pelanggannya. Wahhh.. bestnya !! Menu nasi ayam paling laku dikalangan kanak-kanak.


Roti John in the making dan Popiah . Kedua-duanya sangat lembut dan sedap

Bubur Lambuk (tiada gambar), Bubur Jagung Bersagu, Bubur Kacang Hijau, Bubur Kacang Merah, Bubur Pulut Hitam, Bubur Hitam, Pengat Ubi, Pengat Pisang, Sira Labu, Sira Pisang, Sira Ubi


Minuman sejuk dan panas . Air Jagung dan Asam Boi sedap . Refill berkali-kali


Di bahagian tengah lobby terdapat stage. Ketika berbuka puasa kami dihidangkan dengan persembahan ghazal oleh S.M Ahmad, Dores dan Zatul Mentor 6. Sedap muzik dan suara Zatul. Juga terdapat meja beraneka jenis minuman panas dan sejuk. Nak Sirap, Oren, Limau Nipis, Jagung, Soya, Bandung, Air Kosong, Teh Tarik, Kopi semua ada ! Rasa nak minum semua tapi tak boleh. Haha..



Ais Kacang dan ABC, Biskut & Jajan, Fish & Chips, Italian Pasta




Di bahagian sebelah kanan pintu masuk lobby terdapat beberapa kiosk makanan sehingga hujung lobby. Bagi penggemar masakan barat tak perlu risau. Sudut Kiosk paling colourful dengan biskut, coklat dan bermacam jenis ABC dalam balang kaca menarik perhatian. Ada kiosk Ais Kacang dengan bermacam jenis ABC sampai Z pun dok ada, biskut dan jajan untuk kanak-kanak, Fish & Chips, Italian Pasta.


Apam Balik, Pisang Goreng, Keledek Goreng, Murtabak, Yong Taufu bersama sos

Pelbagai lauk tambahan seperti Mixed Vegetable Chinese Style, Ayam Masak Kicap, Prawn Masala, Kari Ikan

Lemang dan ketupat serta Pecal, Rojak dan Jeruk Buah . Sedapnyaa


Berdekatan meja kami terdapat beberapa kiosk lagi. Senang lah kerja nak menternak lemak. Hehe.. Antara makanan yang ada ialah Apam Balik, Pisang Goreng, Keledek Goreng, Murtabak, Yong Tau Fu bersama sosnya. Di goreng panas-panas, begitu juga murtabak. Terdapat lagi beberapa lauk pauk tambahan yang disediakan Park Avenue. Hampir 17 menu lauk kesemuanya. Banyak bukan? Bukan itu saja menu yang ada, buat penggemar Jeruk Buah, Rojak dan Pecal ditambah Lemang serta Ketupat menambah selera sesiapa yang tengok.


Keropok, Papadam, Beraneka Kerabu, Ulam-Ualaman dan Sup

Dessert dan Buah

 


Bagi yang suka makan nasi dengan sup, pihak hotel telah menyediakan 3 jenis sup. Sup Cendawan Tiram, Sup Daging Kampung dan Sup Ayam Ala Mamak. Hahah.. See nama pun unik. Ulam-ulaman dan sambal ditambah kerabu bermacam rasa pun turut ada. Dah puas makan boleh jamu selera dengan dessert dan buah segar



Walaupun tak cukup korum tetap meriah. Hehe.. Masa untuk balik. Terima kasih buat Blogger Jemputan Eiqa Almond yang selamat menjadi warga Utara. Yeahh !! Akhirnya jumpa face 2 face. Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah berikan :)


Sebelum publish entri ni nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Park Avenue Hotel kerana menjemput kami Team Projek Blogger Utara berbuka puasa di sana. Layanan first class ! Meja pun selesa :) Jom pakat mai makan sini..





Bagi yang berminat boleh hubungi :


Waktu Buffet Ramadan
7 Jun - 4 Julai 2016
7.00 PM - 10.00 PM
 
Harga Voucher : 
RM 70+ Dewasa
RM 49+ Kanak-Kanak

Walk-in :
RM 75+ Dewasa
RM 53+ Kanak-Kanak

Untuk Tempahan :
Tel : 04-431 7777
 

8 comments:

♥TheOnlyFarah♥ said...

semua sedap kannnnnnn! terbaik =D

Mummy Julia said...

wow banyaknya menu. naik juling mata tengok.. hehehe

Mummy Julia said...

Suka tgk cara dorang display food tu.. menarik dan menggoda sungguh... hehehe

Aisya 사구라 said...

Uish makan tujuh keturunan pun belum tentu habis nii.
Nasib baik tatap gmbr ni lpas dh berbuka hehe

el said...

300 menu...terbaikk

Zizie Zack said...

uih maaaaaaaaaaak koooo... terliuqqqqqq.....

dear anies said...

perghhh kalu mkn semua ni mau pengsan kt situ hehehe

Shahida Dzulkafli said...

Ayam dan Kambing yang bergolek tuh memang ohsem..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com