12 June 2016

Review : Coffee Scrub With Essential Oils & Habbatussauda Herbal Soap


Salam Readers..


Kathy's Homemade Coffee Scrub with Essential Oils and Habbatussauda Herbal Soap | Time puasa pun rajin nak bersekerub satu badan tau. Kerajinan terlampau atau nak lawa di hari raya? Jawapannya ialah Coffee Scrub tu wanggiiiii !! Asyik nak cium kalau hari-hari mau batal puasa. Rasa nak makan pun ada. Godaan bau di bulan ramadhan. Jadi kita try guna sekali, lepas tu sayang nak guna. Hehee.. Review ke 2 dari produk homemade Kak Alia selepas Nina guna "Kathy's Homemade Shop Lemongrass dan Chamomile Honey



Coffee Scrub With Essential Oils & Habbatussauda Herbal Soap



Kathy's Homemade Shop Coffee Scrub with Essential Oils paling best dan 1st time pakai scrub dari kopi. Bau yang tenang dan berkesan untuk hilangkan stress kalau kita cium bau aroma kopi tu. Nina pakai di muka dan badan untuk hilangkan segala kekotoran atau daki yang ada. Untuk pakai di muka tambahkan scrub kopi + madu (sedikit madu nanti senang nak scrub) . Cuba la wangi muka tu. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali untuk scrub muka mesti nampak hasilnya kulit bersih dari bekas-bekas jerawat.



Scrub kopi buatan sendiri wangi lahh

Closed Up sikit

Sapu dengan perlahan untuk hilang kotoran, biar kering kejap, cuci guna air suam + facial foam sebelum bilas guna air biasa



Manfaat Kopi Untuk Kecantikan

- Mencegah dan mengurangi kedutan di kulit
- Menghaluskan kulit
Mencegah timbulnya jerawat
-Melembabkan kulit
Membantu menghilangkan sel kulit mati
- Menghilangkan bau badan
- Menghilangkan selulit
- Meneutralkan kulit yang terdedah kepada UV
- Memberi nutrisi pada kulit




Kathy's Homemade Shop Habbatussauda Herbal Soap mengandungi herba yang orang sedia maklum banyak digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Sabun Herbal Habbatussauda dapat mengatasi gatal-gatal diformulasi khusus untuk perawatan kulit muka dan seluruh kulit tubuh. Yang ada masalah kulit cuba try pakai sabun ni tengok mana tau berkesan. Setakat ni pakai tiada masalah, kalau nyamuk buat love bits terus sabun dan hilang gatal, takda kulit merah dan lembut. 



Habbatussauda Herbal Soap

Suka pakai sebab nanti keluar biji-biji tu dan wangi !


 Manfaat Herba Habbatussauda


-  Menghilangkan jeragat serta kedut di wajah
- Melindungi dari bakteria
- Menghaluskan kulit
- Menghilangkan gatal-gatal (kulit sensitif) dan sebagai anti bakteria


7 comments:

dear anies said...

lepas pakai bau kopi ke bau kapucino? ;-)

alia farhan Said said...

Tq nina...
Harap nina suka la kedua2 nyaa...
Muah ciked

Ahmad Hasif said...

nice info.. oo kopi boleh hilangkan kedutan ye.. boleh try ni, nak try la sapu serbuk kopi tgk cmner..

Blogwalking sini, jom baca

Uber Taxi Malaysia article....

Nurul Shahira said...

Tonyoh kopi kat muka, bestnyeeeee.
Berapa harga coffee scrub ni nina?

husna zahidi said...

dah laa husna nih peminat tegar kopi.. kang terbatal lak puasa.. hihihi..

alia farhan Said said...

Wewittttt....
Best kannnn

Shahida Dzulkafli said...

mesti ohsemkan bila pakai..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com