26 Jul 2016

Review Filem The Legend of Tarzan (2016)

Salam Readers..


Review Filem The Legend of Tarzan (2016) | What's up Guys! Dari cinonet dah baca buku Tarzan keluaran Disney and yes sampai sekarang buku tu ada dalam simpanan, sebahagian my childhood memories gituw. Terima kasih GSC bagi tiket free sempena birthday 😍🎁🎂🎈🎉🎊 15 Julai lepas !! Movie ni kelakar dan mencapai box office dari $180 million ke $312.2 million. Meh layan kehidupan John (Tarzan) dan Jane.


The Legend of Tarzan Poster 2016


SINOPSIS THE LEGEND OF TARZAN


Congo, terbahagi antara Belgium dan United Kingdom. Kerajaan Belgium di ambang bankrup. King Leopold II Belgium mengeluarkan sumber mineral yang kaya di Congo, menghantar utusannya, Leon Rom untuk dapatkan berlian. Rom membuat pertukaran dengan ketua puak Mbonga, membawa musuh lama Tarzan.



Di London, John Clayton III / Lord Greystoke (Alexander Skarsgard), lelaki yang dipanggil "Tarzan" telah lama meninggalkan Afrika dan bahagia bersama isterinya, Jane Porter (Margot Robbie), bangsawan Amerika. Mereka tinggal di kediaman keluarga John. Dalam tempoh 8 tahun, Tarzan menjadi lagenda di kalangan orang. Perdana Menteri Britain dijemput oleh King Leopold untuk melawat dan melaporkan keadaan Congo tetapi ditolak John. Duta Amerika, George Washington Williams (Samuel L.Jackson), mengesyaki Belgium sedang menghambakan penduduk Congo dan memujuk John untuk terima jemputan.


Ibu dan abang beruk John

Style Tarzan pujuk bini

John dan Williams tiba di Congo


Jane tidak dibenarkan ikut. John teringat kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat kekejaman hutan selepas kemalangan kapal mereka di sana - ibunya meninggal akibat penyakit, bapanya kemudian dibunuh oleh beruk jantan. John ketika bayi dijaga beruk "ibu" nama Kala dan "abang" Akut.



John, Jane dan Williams ke Congo. Mereka tinggal di perkampungan suku kaum yang dikenali John dan Jane semasa berada di dalam hutan. Jane menceritakan kepada Williams bahawa suaminya pernah dianggap roh jahat oleh puak Afrika. Jane dan bapanya tinggal di kampung itu membantu mengajar anak-anak tempatan. Bertemu Tarzan, menyelamatkannya dari beruk ganas tetapi cedera teruk, merawat Tarzan dan jatuh cinta.


Berjumpa kawan lama. Beraninyaa

John bergaduh dengan abang beruknya

Jane diculik Rom


Malam itu, Rom dan tentera upahan menyerang kampung. Menculik John dan Jane, membunuh ketua puak. Williams selamatkan John. Dengan bantuan puak, John dan Williams memintas kereta api tentera Belgium yang membawa hamba. Rom bercadang menggunakan berlian untuk membayar tentera upahan menjajah Congo, membolehkan Belgium melombong berlian untuk kepentingan Raja Leopold.


John menyerang puak Mbonga, musuh lama kerana anaknya bunuh ibu beruk John dan kemudian membunuh anaknya

Dilindungi abang beruknya, sayang juga kat adik manusia

Kem tentera upahan Belgium

John selamatkan Jane. Sweetnyaa

Selepas setahun, kembali hidup di hutan dan tinggalkan London


John berusaha menyelamatkan Jane, dan dikepung oleh puak Mbonga kerana John pernah membunuh anak lelaki tunggal Mbonga kerana membunuh Kala, ibu beruk. John dilindungi Akut, abang beruknya. Rom membawa lari Jane bersama berlian untuk diberikan kepada tentera upahan yang dalam perjalanan. John, William dan Akut mencetuskan rempuhan besar seladang, memusnahkan bandar dan tentera, membolehkan John selamatkan Jane. Rom melarikan diri, sebelum dibaham buaya. Williams kembali ke England dengan bukti perdagangan hamba di Congo. Setahun kemudian, John dan Jane menetap di Afrika bersama anak pertama mereka.


🌟🌟🌟🌟

______________________________________________________________________________________


Pon.. pon.. pon.. iklan sat. By the way, bagi peminat Subway, korang dah cuba roti baru ke? Chicken Tandoori ! Aumm.. nasib baik bukan limited edition, jadi available sepanjang masa tapi kalau ayam tu dah habis terpaksa order menu lama. Sob.. sob


Chicken Tandoori Subway

Jemput makan


6 comments:

  1. xtgk lg crita ni..hee. bdn dia..perghh.

    ReplyDelete
  2. cd cerita nih pon husna masih ada kak.. elok lg..

    ambihh sempat lg promote subway ye.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. ramai ckp cerita ni best rugi plak x tgk

    ReplyDelete
  4. dah tengok.. okay la.. nk kata best sangat tu, rasanya macam biasa2 je..

    ReplyDelete
  5. x tgk lg..tp rmai y kta best citer ni

    ReplyDelete
  6. kata nak tengok filem nih, sampai ke habis tak tengok pun..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com