3 July 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Sungai Mekong Kami Datang !


Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : SUNGAI MEKONG KAMI DATANG DAY 2 (PART 1)


Memang best makan angin tapi yang tak best kena up entry. Bersambung untuk hari kedua di HCM. Penyakit malas kalau ada dalam badan ni satu kerja pun tak siap. Sebelum tu    'Part 1'    'Part 2'    'Part 3'   jemput lah klik dengan senang hati 😆😇



Aktiviti hari kedua kami di HCM, jelajah Sungai Mekong. Rasanya yang pernah ke sini, kiranya ini aktiviti wajib. Sebelum tu, plan asal kami ke Chu Chi Tunnel tapi lepas dengar sepatah dua kata dari abang Soleh, kami tukar plan ke Sungai Mekong. Kami ada tanya juga, boleh ke lepas tour Sungai Mekong, kita ke Chu Chi Tunnel? 



Malangnya tak dapat buat dua aktiviti dalam satu hari sebab jarak dari Sungai Mekong ke Chi Chi Tunnel agak jauh, setiap aktiviti memakan masa lebih kurang 4 jam, campur perjalanan pergi balik hampir 4 jam, kiranya setengah hari baru dapat habiskan tour ni. Seawal 7.30 pagi, abang Soleh dah datang ke hotel untuk jemput kami. Lepas tu bawa kami bersarapan di Restoran Hajah Basiroh dulu. Nak berjalan jauh kena kenyang perut dulu.



Restoran Hajah Basiroh, agak fames di HCM di kalangan orang Malaysia

Harga nasi lemak tanpa telur mata (60 VND = RM 10++), nasi lemak telur mata Nina punya (70 VND = RM 12++)

Dalam perjalanan ke Sungai Mekong. Moto tak dibenarkan guna laluan highway. Si driver sorang saja tak faham BM. Di Vietnam stereng sebelah kiri ok

Masuk Highway atau Freeway Vietnam pun ada tol ok dalam 60 VND (RM10++). Lebih kurang macam tol Sungai Dua, Penang ke Alor Star (Selatan) makan masa 2 jam


Dalam van menuju ke Sungai Mekong, tour guide kami cakap nanti kita akan masuk 'Negeri Jelapang Padi Vietnam' sebab sepanjang kanan kiri highway ada sawah padi. Time tu baru nak membajak bendang/sawah. Kalau korang perasan setiap petak sawah ada kubur yang berchat dengan pelbagai warna. Dikatakan ibubapa yang meninggal kebumi di sawah supaya keturunan tak jual tanah pusaka. Anies perasan ada kubur Kristian, ada juga tak. Mungkin mereka berketurunan France.



Nampak kubur kaler putih tu? Ini salah satu tradisi orang Vietnam supaya waris tak jual tanah pusaka

Depan RnR, abang Soleh bagi tahu nama apa entah dah lupa. Haha

Kami stop disini, ada tempat makan, shopping dan tandas. Kaki shopping macam Nina sempat angkut 3 beg. Hehe.. Murah dan jimat dari Ben Thanh dalam RM 5. Di sini masih lagi terima RM. Selagi boleh tawar, tawar sampai peniaga tu muak nak layan. Hahaha. Kita tak kaki shopping sangat macam Anies cakap. Dia pun shop juga :P

Baju T-Shirt local hanya RM 7, HCM harga RM 10. Dah murah angkut 2 helai tapi kan seeloknya ambil saiz besar sikit dari saiz orang Malaysia. Takut tak muat

Dah sampai jeti . Van pun park elok dan driver sabar menunggu kami habis tour. Banyak juga bas2 dan van2 pelancong dari serata negara

Terminal feri tapi tak besar macam terminal feri Penang. Tak perlu beli tiket sebab termasuk dalam pakej (bagi yang guna tour guide)

Pemandangan di luar terminal. Laluan bot2 menjalankan aktiviti harian

Ready dah nak naik bot. Bukan boleh main pilih, kena ikut tour guide Moon

Sampai juga Sungai Mekong, sungai terpanjang di Asia. Flashback time belajar Geografi

Bot kami pun dah ada

Dah sampai Unicorn Island Mekong. Perjalanan dalam 30 minit



Nantikan sambungan tour di Unicorn Island Mekong River !


11 comments:

Siti Nurzafirah said...

mahalnya nasi lemak tu. dah macam makan kat hotel

dear anies said...

mn ada kite shopping heheheh kite rembat t-shirt je hahahah tu pon sbb murah...


moon mana? moon mana? hahahaha

Hafiza AizZawa said...

bestnya.. mst best membeli belah nie..

Farrah MF said...

Baru tahu tentang sawah bendang dan kubur tu. :)

Ashrafff Najib said...

Salam. Saya nak tanya berapa ringgit ye harga pakej tour ni?

n.i.n.a Mads TM said...

Ashraff : Waalaikmslm.. RM 150 (incl tiket bot, transport, lunch)

Zie Has said...

pergi dgn anies ke nina? nampak aniesnya watermark disitu :)

Zie Has said...

watermark nina pun dah upgrade nampaknya, simple and nice :)

el said...

mahal gak nasi lemak kat sana..igtkan murah dr kita hehe

Fatimah Mohamad said...

BERAPA TAMBANG TEKSI DARI AIRPORT KE HOTEL SEKITAR BEN THAN MARKET???
BERAPA CAJ TOURIST GUIDE DARI HOTEL KE SG MEKONG TRIP.

Nina Mads said...

Fatimah : teksi VINASUN pkai meter. bayar guna Dong. Tak naik teksi dr hotel ke Ben thanh sbb dh ambil tour guide

RM 150 per person (incl transport, lunch, boat ticket) . Apa2 pertnyaan blh email

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com