1 Sept 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Shopping Ben Thanh Night Market Dan Sayonara Vietnam

Assalamualaikum Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : SHOPPING DI BEN THANH NIGHT MARKET & SAYONARA VIETNAM ! (PART 5)


Last shopping di Ben Thanh Night Market. Kalau dah nama ke HCM, tempat ni yang dituju tapi tak muak-muak bagi kaki shopping. Macam-macam ragam manusia a.k.a orang Mesia. Yang kelakar rata-rata semua pakai baju seluar yang dibeli di Ben Thanh. Hahaha.. Nampak sangat pi Vietnam tak bawak baju tido. Tipu kalau tak gelak.
  


Vietnamese Banh Mi Sandwich sedap ! Ada ayam hanya RM 3

Roti Vietnam HALAL. Wajib try kalau datang ke HCM. Cari peniaga wanita pakai tudung, muda lagi





Misi malam tu nak pekena tea susu dan roti sandwich Vietnam untuk dinner. Rasa sedih pulak nak balik dah. Tengah tunggu 4 orang shopping, Nina dan Anies duduk di kaki lima restoran Hajah Basiroh sambil curi WiFi Hotel Alagon, nampak hamba Allah tengah belek backpack. Terus serbu apek Vietnam tu. Tawar punya tawar dengan 3 orang rakyat Mesia dapat sorang RM 40 (55 L) !! Bapak murah.. tak ori janji tahan lasak.



Sila cari tokey beg Deuter ni. Meniaga naik moto. Boleh dapat backpack 55L (RM 40) tak ori yaa

Wajib terjah pekena nasi goreng Pataya dan roti telur yang sedap

Roti Telur Vietnam ! Tengok terus kami gelak tak hirau orang. Apa kejadah macam mangkuk jamban. Entah sapa cakap tu. Hahaha




Dah shopping singgah makan malam dan sambung shopping sampai pukul 1 pagi. Teman je dorang makan di Restoran Aysah, part kelakar bila tengok roti telur tapi nasi goreng Pattaya memang sedap. Nak order macam tak habis, balun (makan) kak Farah punya. Hahaha. Macam-macam makanan pelik ada. Habis makan sambung shopping di tepi-tepi jalan.




Seluar track ni RM 10. Patut la orang Mesia asyik pakai keluar. Hahaha

T-shirt Polo bundle RM 10

Bersepah shawl pashmina. Tak sure harga sebab tak minat beli. Hee

Siapa suka hias rumah wajib angkut beli. Harga dlm ratus jua

Alahai comelnya. Semua berasakan kayu

Kotak tisu dan pelapik gelas. Ingat nak angkut sekali kak Farah tawar sampai gadoh. Haha

Anies tengah ugut tokey kerek tu. Pandai dah peniaga Vietnam tak nak kurang harga

Fridge Magnet RM 10 sepapan dalam 8 biji lepas tawar, kedai lain RM 15

Singgah ke kedai ni kalau nak beli FM di atas. Budak tu peramah, boleh tawar kalau borong banyak




Keesokkannya sebelum pukul 12, kami dah check out terus tour guide hantar ke Airport. Sedih pulak nak berpisah, kami ada kutip sorang RM 10 sebagai tips untuk bagi Abang Soleh. Travel pon kena sedekah sikit ya. Flight pukul 1.30 petang tapi delay 1 Hours 40 Minutes tau 😂maklum lah AA kalau tak delay 20-30 minit tak sah. Dalam 2.45 pm kami masuk flight. Entah bila nak ke Vietnam lagi. Spesis Anies juga kalau dah ke sebuah negara tu, takkan ada repeat. Ada rezeki kami ke Hanoi, ibu negara Vietnam.



Delay kan dapat tengok Korean Air ni punggah kain, semua import dari sana. Haa patut la banyak pelancong Korea kat Vietnam ni


Bibik Vietnam tu tengah baca doa, kami muka bahagia tunggu makanan







11 comments:

  1. muka bahagia ea tunggu makanan ?? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Teringin nk mkn bahn mi sandwich tu..
    Alahai dapnya

    ReplyDelete
  3. tudia.. part 5 dah..
    bag deuter murah2 mesti tiruan ni.. heheh

    ReplyDelete
  4. eh, tak jumpa plak roti telur macam tu masa gi vietnam huhu

    ReplyDelete
  5. shopping laa syok kan.. itukan salah satu agenda ke sana..

    ReplyDelete
  6. banh mi tak makan pun masa kt HCM..tk jumpa yg halalan toyyiban..

    ReplyDelete
  7. syurga perempuan niiiii. seluar track tu dekat padang beso rm25 @ rm30 tauuuu

    ReplyDelete
  8. sandwich tu rm3 ? ^_^
    isi dier..heeee =D

    ReplyDelete
  9. gila tengok barang dalam entri ini hahhahahaha

    ReplyDelete
  10. kah kah kah ugut pun dia x jln jugakkk... nak gak harga tu... last2 gn cara psikologi... berkesan... kan farah?? ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com