8 September 2016

Jangan Upload Gambar Boarding Pass Di Laman Sosial! | Travel Tips


Assalamualaikum Readers..



JANGAN UPLOAD GAMBAR BOARDING PASS DI LAMAN SOSIAL



Samada korang percaya atau tidak, ia bergantung kepada diri sendiri. Menurut Adam Rodriguez, seorang blogger kembara, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri. Apa sebabnya?


Tahukah anda, terdapat maklumat tentang nombor pesawat dan rekod lokasi di setiap boarding pass untuk mana-mana syarikat penerbangan? Jika maklumat ini jatuh kepada individu yang berniat jahat, ia boleh menimbulkan huru-hara. Bagaimana? 



Berdasarkan maklumat ini, seseorang boleh menghubungi syarikat penerbangan dan menyamar menjadi anda. Dan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku kepada anda:



1. Dia boleh membuat panggilan palsu ke syarikat penerbangan, kononnya anda ingin membatal atau menukar flight. Akhirnya, anda tidak boleh terbang langsung. Ia macam panggilan hangit, tapi lebih parah.

2. Dia boleh membuat tuduhan palsu mengatakan anda membawa senjata, dan sekaligus meminta syarikat penerbangan menghalang kamu daripada menaiki pesawat. Tidak pasal anda dituduh pengganas.

3. Bukan itu saja, dia boleh mendapatkan maklumat peribadi melalui barcode kamu yang tertera pada boarding pass.


Apa perasaan anda tiba-tiba saja kata laluan anda ditukar tanpa pengetahuan anda? Lebih malang lagi, kata laluan mungkin digodam dan anda langsung tidak boleh akses ke akaun anda.



Jangan upload gambar boarding pass di laman sosial tanpa tunjukkan barcode, nombor pesawat dan rekod lokasi



Tiada halangan jika nak muat naik gambar boarding pass di laman sosial tetapi pastikan nombor pesawat, barcode dan rekod lokasi tidak didedahkan. Sama-sama kita belajar dari kesilapan. Beringat sebelum terkena. 



 JANGAN BUANG BOARDING PASS BEGITU SAHAJA


Sesetengah orang gemar ambil gambar boarding pass dan upload dalam media sosial. Ada juga yang membuangnya ke dalam tong sampah atau tinggalkan di tempat duduk penumpang.

Boarding pass hanya sekeping kad yang mengandungi maklumat nama penumpang kapal terbang, nombor penerbangan, destinasi, nombor tempat duduk dan nombor pintu berlepas. Selepas mendarat kebanyakkan orang buang begitu saja. Tahukah bahawa boarding pass perlu dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas penerbangan? Kenapa? Ini sebabnya.

Menurut pakar forensik Winston Krone, boarding pass mempunyai barcode yang mengandungi maklumat peribadi penumpang seperti nama, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon. Jika barcode ini diperolehi oleh orang lain, dengan mudah untuk hacker dapatkan maklumat peribadi dan kewangan anda.

Apabila barcode pada boarding pass diletakkan pada 'barcode reader', kesemua maklumat dapat dilihat. Pastikan anda menyimpan boarding pass dengan selamat. Selepas penerbangan, boleh lupuskan dengan mengoyak sehingga hancur atau membakarnya supaya maklumat peribadi pada barcode tidak dapat dilihat oleh orang lain.

 

20 comments:

hainom OKje said...

Tq sharing info CS....maklumlah kadang kadang kita ni ada kalanya cuai

Pha Is said...

pergh.. bahaya btol.. sapa la nk buat prank sampai macam tu sekali.. hahaha
beringat sebelum kna..

husna zahidi said...

bahaya tu.. teknologi skarang makin canggih, org dapat maklumat sikit je dya bleh buat mcm2.. huhuhu..

alia farhan Said said...

Nice info nina

♥TheOnlyFarah♥ said...

ha tau pun..bahaya okey..so lepas nie hati2 na..

Mummy Julia said...

ok gud info.. Mummy selalu habis travel baru buang.

Mummy Julia said...

Jarang upload boarding pas tapi upload sayap kapalterbang.. cantek! hehhee :D

Cik Yaya said...

meme la xbole upload..lg2 klo full picture..hehe
tau2 ni kena 'hack' tmpt ddk kita dlm flight =p

Cik Yaya said...

salam..
hi nina..yaya singgh lagi =D

Hafiza AizZawa said...

betul dan setuju.. sekarang nie mmg bahaya dan perkara simple2 pun boleh jd jenayah..

Pha Is said...

tak nk travel la kalau macam nih.. hehehe

nohas said...

wahh..tak sangka pulak sampai mcm ni kan..thanks for sharing..

Ahmad Hasif said...

tp kan apa sebabnya perlu upload gambar boarding pass di media sosial? nk gtaw anda g luar negara? :D
betul juga tu jgn la buang sembarangan boarding pas tu..
eh2 baru perasan ada blog ni dalam list blogwalking la.. hehe.. tq.

Siqah Hussin said...

Oooo baru sedar akan benda nie. Tq for sharing :D

siti hazreen said...

info berguna ni sis, tq ;)

LYAfrina said...

tq for sharing..serius x pnh tau psl ni

Nurul Shahira said...

Kalau belum terbang tapi dah upload gambar boarding pass memang sengaja cari nahas le jawabnya tu...

Jari Manis said...

seram!! sbb pernah upload info tu dlm laman sosial...no more lah pasni takut!

Cik Ash said...

bahaya sekarang ni so kena berhati2 la lepas ni

dear anies said...

part call n cancel kn flight tu plg seremmmmmmm

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com