28 January 2016

Review : Signature Hotel @ KL Sentral


Salam Readers..


Review Signature Hotel @ KL Sentral | Entri basi tahun lepas ye readers sayang. Kah kah.. Kalau dah nama travel mesti nak juga stay hotel, tak nak tumpang rumah orang katanya tak selesa sebab tak manis keluar masuk rumah sesuka hati. Ya, setuju dengan bf jadi malam ke 2 di KL selepas makan di 'Ikea Cheras' dan balik dari Uptown Danau Kota, minta Mas dan sepupunya hantar kami ke KL Sentral. 



Signature Hotel KL Sentral

3 branch Signature Hotel di Kuala Lumpur


Mujur kawan bf sanggup cari hotel malam-malam dan alhamdulillah dapat, kalau tak mau merempat. Huhu.. sadis. Bila check dalam Trivago ada rate untuk hotel yang kami stay dan sangat affordable, hanya 1 KM dari NU Sentral. Lepas ni kalau ke KL akan stay sini terus. Senang nak gerak ke mana-mana. Jangan risau walaupun 2 tingkat tapi ada lif okay. 



Harga untuk 1 malam
Bilik yang bersih dan kemas
Bahagia sangat dapat tidur atas tilam empuk buka air cond
Bilik air pon okay
Bukan nina lah kalau tak selfie depan cermin dalam jamban :P


Not bad biliknya dan kami disambut pekerja Nepalese. Tak kisah sangat keadaan hotel janji selamat dan dalam town. Tengah malam boleh keluar cari makan di kedai runcit berdekatan dan boleh nampak gelandanggan tidur berlapikkan kotak di kaki lima. Syukur masih ada lagi tempat tinggal yang selesa. Alhamdulillah :)


NU Sentral rasanya mall paling best tanpa pendatang makhluk asing


Signature Hotel @ KL Sentral

Address : No. 73, Jalan Tambipillai,
50470 Brickfields, Kuala Lumpur.

Tel : 03-2274 9595

Fax : 03-2274 3437

Email : info@mysignaturehotel.com

Website : www.mysignaturehotel.com.my


27 January 2016

Powerbank PINENG 10K PN-888 Gold


Salam Readers..

Powerbank PINENG 10K PN-888 Gold | Tahun ni baru rasa pentingnya ada power bank. Sejak aktif Instagram dan check-in Swarm bateri fon akan cepat habis. Ramai beli powerbank jenama pineng. Ada juga kengkawan blog yang review pasal powerbank pineng ni. Di pasaran banyak jenis dan design powerbank Pineng yang menarik. Selalu pinjam bf punya 20000mAh. Panjang dan lebih berat.



Powerbank PINENG 10K PN-888 Gold



Jadi decided beli 10000mAh, lebih ringan dan kecil dengan harga RM 149. Tertarik sebab warna gold dan dapat cover free. Awat mahai sangat tak tau. Huhu.. Mungkin di tempat lain boleh dapat jenis yang sama dengan harga murah. Pastikan original dan ada warranty.


powerbank Pineng comelkan

Boleh jadi torch light !

PINENG PN-888 10000mAh sesuai untuk mobile phone, tablet PC, MP3/MP4, Camera, Bluetooth earphone, Game Player etc

Ciri menarik powerbank PN-888 Gold

1. Kecil dan ringan boleh simpan dalam handbag dan poket jeans.

2. Mudah alih, boleh cas di mana saja dan sesuai untuk smartphone, laptop, tablet, kamera.

3. Fungsi lampu suluh LED, boleh dijadikan torch light. Nak guna kena tekan 2 kali di button ON.

4. Ada skrin di powerbank tu, boleh tau berapa % dah dicas dan diguna. Boleh cas 2 items dalam satu masa sebab ia ada 2 USB.

26 January 2016

Review : The Body Shop Mango Gift Bag - Shower, Scrub & Moisture Set


Salam Readers..


The Body Shop Mango Gift Bag - Shower, Scrub & Moisture Set | tuan blog kembali bersiaran, beli set mandian ni dari tahun lepas lagi. Entri basi dah, berjanggut nak update. Selalunya musim Krismas, mesti Body Shop ada SALE yelah untuk hadiah krismas. Bila godek-godek dalam website, ada banyak jenis gift bag perisa bermacam jenis buah-buahan.



The Body Shop Mango Gift Bag - Shower, Scrub & Moisture Set

Suka tengok packaging Body Shop sesuai juga di buat hadiah birthday kan


Apalagi tangan pilih mango. Memang nak try mango, mesti bau sweet dan bila sampai postage 23 Disember 2015 terus rasmi pakai. Ngeh.. ngeh. Dapat bag + krim mandi + scrub + krim badan cuma RM 70.01 incl gst dan delivery RM 10. Scrub bagi kat abam Napis, nak jaga kulit -_____- Gift bag ni sangat sesuai untuk kaki travel boleh jadi toiletries bag.


Scrub dan Moisture Cream


Jadi member Body Shop ni kalau iman tak kuat, tiap-tiap bulan habis duit beli macam-macam. Semua wangi-wangi. Kena kontrol nafsu membeli. Hehe.. Nak jadi member boleh ke Body Shop dan daftar, boleh collect point setiap kali shopping atau register untuk website, boleh beli online dan dapat barang free setiap kali beli. Nak usha boleh tengok di sini 'The Body Shop Malaysia


24 January 2016

Majlis Perkahwinan Shazwan & Syuhada (Bride Side)


Salam Readers..


Kompang dipalu pengantin malu, malu bersanding si pengantin baru. Eh ni lagu ke pantun. Haha.. abaikan. Excited dan tumpang gembira ada juga kenduri dalam keluarga mak. Akhirnya 'adik wan' kawen juga. Itu panggilan masa kecik sekarang dah tak boleh. Beza umur setahun je pun panggil aku kak nina. Jatuh sahamku..



Dulu main kawin-kawin sekarang kawin betoi-betoi


Hari sabtu, 23 Januari 2016 bertempat di Banting, Selangor mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dan sekali lafaz sah bergelar suami isteri pasangan polis di JB ni. Majlis 'E-Day Shazwan & Shuhada' tahun lepas. Tak sampai setahun tunang. Yelah duduk jauh dari keluarga seeloknya dipercepatkan. Huhu.. Macam aku pulak lepas ni.


Tema pakaian sebelah pihak perempuan warna emerald dan sebelah lelaki biru gelap. Sekarang nak kawen pun bukan pengantin je ada tema, family pun ado. Paling tak sangka, pengantin bagi tahu kawan-kawan sekolah dia banyak dalam kenalan nina. Popular ke blogger petai ni. Meh layan gambar yang bercerita, tuan blog tak tahu nak taip dah.



Selepas majlis nikah 

Nasib tak ada orang silat
Pak Long dan Mak Long dah dapat menantu. Hehe

Who's Next? Jeng.. jeng
Dapnyeee nasi minyak

So sweet !


Selamat Pengantin Baru
Muhamad Shazwan Said dan Nurul Syuhada Azmi


22 January 2016

Chocolate Boss, Sungai Nibong, Penang | Event Review


Salam Readers..


Tempat makan best di Chocolate Boss Sungai Nibong, Penang | Cafe hipster terbaru di Penang | Buat peminat coklat, ini lah tempatnya untuk korang habiskan masa sambil menikmati pelbagai jenis coklat ! Toink.. toink . Ini event ke 2 dalam sehari yang team Projek Blogger Utara terjah untuk memenuhi jemputan owner Chocolate Boss. Murah rejeki owner, sebabnya junior-junior kolej dah bawak geng terjah cafe ni. 



Chocolate Boss entrance yang simple
Jangan lupa hashtag dan promote


Sejarah Chocolate Boss


Hipster kan.. Suka sangat wall ni


Baru dibuka pada 3 Oktober 2015. Masih baru lagi broperasi. Cafe yang menggunakan tema ala-ala hipster. Bermula dengan waffle pada asalnya. Homemade kek dengan brownies. Menurut owner, mereka masih lagi membuat R&D pasal coklat untuk dapatkan hasil coklat yang paling sedap dan berkualiti. 



Nampak limpahan coklat atas kek. Sedapnya

Owner pun buat juga desserts

Walaupun ruang sangat terhad tapi dinding tetap menarik

Menu di Chocolate Boss

Suka style konsep hitam putih



Semoga Chocolate Boss terus success dan berjaya seperti owner "Rockstarz Burger" yang merupakan kawan sejak dari kecil. Seperti Rockstar Burger, para pelanggan boleh lihat sendiri cara penyediaan dessert di Chocolate Boss tanpa ragu-ragu dan tak sabar nak makan. Hehe.. Mesti akan repeat makan lagi di sini. 



Chocolate Boss Menu


Team Projek Blogger Utara berpeluang rasa semua menu yang ada di Chocolate Boss. Sedap kerana semuanya menggunakan bahan coklat tanpa rasa muak. Mungkin ada gabungan dengan aiskrim, waffle, kekacang etc. Harga jangan risau semuanya di bawah RM 10 ringgit je. Tak mahal kalau nak di bandingkan makan di Secret Recepi, Baskin Robbins, Salon Du Chocolate. 


Boss Waffle RM8 / Each

Belgian Chocolate Cake RM 6.90 / Slice

Brownies RM 6 / Pcs

Boss Tower RM 10

Ice Cream Oreo & Ice Cream Crush Cones RM 6 / cup


Belgian Chocolate Cake dan Boss Tower memikat hati. Nanti boleh singgah lagi. Brownies pun tak kurang sedap dengan topping chocolate & nuts. Semuanya sedap-sedap. Siapa penggemar aiskrim mesti suka. Konfem licin habis. Hehehe. Sebelum balik tu haruslah selfie beramai-ramai. Selfie itu wajib sampai Alyssa merungut. Haha.. Kelakar ayat dia.


Pakat-pakat merasa semua menu. Ok time ni stop makan

Selfie itu harus, tak perlu DSLR 

PBU makin happening


Terima kasih daun keladi buat owner Chocolate Boss, Encik Fauzi Mohamad yang sudi pelawa kami dan melayan kerenak kami. Sangat peramah dan boleh tanya macam-macam ye. Hehe.. Ada masa kami singgah lagi kot-kot balik dari event ke. Maklum lah kalau lapaq tu harus cari makan. All the best buat team Chocolate Boss.



Selfie dulu dengan owner Chocolate Boss



CHOCOLATE BOSS
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang.


Waktu Operasi : 1.00 PM - 9.00 PM (Monday - Sunday)

Telefon : 012-4146407 / 019-5121271

Official Instagram : @chocolatebossofficial

Official Facebook : chocolatebossofficial


21 January 2016

Top 10 Pengomen Blog Tahun 2015


Salam Readers..


Kejap je dah nak masuk bulan Feb kan? Tak lupa buat mereka-mereka yang rajin drop komen di blog ni tanpa jemu walaupun ada halangan dari robot. Tahniah buat Anies tahun ke 3 tak lupa Kak Farah dan Zumal, tahun ke 2 menjadi top komen . Terima kasih juga buat mereka yang tak tersenarai, ada masa In Shaa Allah buat Giveaway lagi. Nampaknya tahun ni kena buat kad raya lebih sikit untuk kengkawan blog yang selalu singgah tu. Sudikan diri berkenalan dengan "Top 10 Pengebom Tahun 2014" :)





Diminta tinggalkan Nama, Alamat dan No. Fon ke ahmad.noramanina@mattel.com . Buat 2 orang ahli PBU bagi hadiah time event jelah jimat postage . Hehe



19 January 2016

Penang 3D Trick Art Museum | Event Review


Salam Readers..


Penang 3D Trick Art Museum, George Town membuatkan korang selfie berjam-jam. 3D Trick Art Museum sebuah lagi tempat menarik di Pulau Pinang. Sekurang-kurangnya buat penduduk Penang, mereka tak perlu ke luar negeri semata-mata nak tengok lukisan 3D. Sekarang bersepah 3D Art kan. 




Penang 3D Trick Art Museum Entrance
Waktu dan Harga Tiket 3D Art Museum


Lukisan dilukis menggunakan teknik 2D ke dalam 3D membuatkan lukisan ini nampak seakan 'real' . Penang 3D Trick Art Museum menempatkan 45 buah karya seni termasuk lukisan ilusi optik dan arca. Pada 17 Januari lepas, team @projekbloggerutara bersama blogger jemputan telah melihat sendiri lukisan 3D Trick Art. Meh layan gambar-gambar selfie kami sampai muntah. Hehehe



3D Art Section Map


3D Trick Art Museum ada 2 section di tingkat bawah dan atas. Setiap lukisan disediakan staf untuk mengambil gambar pengunjung. Jadi tak perlu risau, ada orang tolong ambilkan cuma kena sabar tunggu giliran. Setiap lukisan juga ada gambar contoh untuk guide korang cara nak selfie. Haa sangat senang ! Nak share dengan korang lukisan-lukisan untuk 2 section.



SECTION GROUND FLOOR


Kampung Nyior Berbatang

Main guli ke? Berani budak ni. Haha

Clan Jetty

Terasa macam ada kat Padang

3 budak sekolah

Flamingo mematuk

Naik tikar terbang ke negara pasir berdengung

CP jadi raksasa 

Hantu merangkak siap sengih

Tukang teh tarik yang seksi.. Sampai hati tuang air


SECTION 1ST STOREY


Terasa macam ada Wonderland

Manusia comel yang senget

Usap perut boroi. Lupa dah cerita cina ni

Jurassic Park

Kungfu panda. Sopannya cik nina duduk. Hehe

Orang Utan dengan Babun eh

Masuk dalam kepala ular pun boleh nak tergelak


Ini nama menganjing Mumia

Burung hantu .. Larikkk !!

Ini paling best rasa macam real !

Zaf kantoikan pegang dinding. Haha

Hantu televisyen ke apa ni



Kalau ke Penang rajinkan diri singgah ke 3D Trick Art Museum. Kami sangat seronok dan puas hati selfie sana sini tanpa gangguan. Thank you so much to Ms. Hui Hui dan crews 3D Trick Art Museum kerana sudi menjemput team @projekbloggerutara !  




Penang 3D Trick Art Museum

Lebuh Pantai, 11200 George Town, Penang
(masuk lorong kecil di hadapan food court Esplanade Padang Kota)

Tel : 04-2631628

Operating Hours : Daily 9.00 am - 6.00 pm (Weekdays)
9.00 am - 9.00 pm (Weekends and public holiday)
(last admission one hour before closing)



Email : info@penangtrickart.com


Tak lupa juga singgah ke Made in Penang Interactive Museum ('Part 1'& 'Part 2')

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com