29 February 2016

Selamat Tinggal Blog Purple


Salam Readers..

Tahun 2016 decided nak tukar design blog purple ni. Dah 2 tahun rupanya sejak blog bertukar pada 1 April 2014 dengan menggunakan khidmat Jiakreatif. Sangat puas hati hasilnya dan tahun ni nak ubah angin pula. First time guna khidmat Azhafizah. Hehe.. Designer blog SiHatiMerahJambu :)


Selamat tinggal bloggie 2014


Tengah sketch untuk mudahkan kerja-kerja Fiza. Tak sabar nak tengok hasilnya. Sesiapa yang berminat boleh contact Fiza dan Jia. Pilih mana satu berkenan di hati. Kedua-duanya ada citarasa tersendiri..


Senarai Filem English 2016


Salam Readers..

Senarai Filem English 2016 | Untuk tahun 2016 ni buat peminat filem english jangan lepaskan peluang movie marathon ! Ayuhh habiskan duit untuk movie-movie yang best. Hehe.. Macam mana nak berjimat ni. Meh kita tunggu tayangan sepanjang tahun tapi bukan semua termasuk dalam list :)



FEBRUARY



25 Feb

Gods of Egypt (Adventure / Fantasy)



MARCH




3 March

Zoolander 2 (Comedy)


17 March

The Divergent : Allegiant (Adventure / Science Fiction)



24 March

Batman VS Superman (Action)



APRIL




7 April

The Huntsman : Winter's War (Adventure / Fantasy)

The Jungle Book (Adventure / Drama / Fantasy)




14 April

Midnight Special (Drama / Science Fiction)


The Boss (Comedy)





28 April

Marvel's Captain America : The Civil War (Adventure / Action)


MAY




12 May

Angry Birds (Animation)

Demolition (Comedy / Drama)




19 May

X-Men : Apocalypse (Action / Adventure)



JUNE




2 June

Me Before You (Romance)

Teenage Mutant Ninja Turtles : Out Of The Shadows (Suspens) 




9 June

Warcraft (Action / Adventure / Fantasy)



16 June

Now You See Me 2 (Action / Comedy / Thriller)



30 June

The Legend Of Tarzan (Action / Adventure)



JULY




14 July

Ghostbusters (Action / Comedy / Science Fiction)





21 July

Star Trek Beyond (Action / Adventure)





28 July

Jason Bourne (Action)



AUGUST



4 Aug

Suicide Squad (Action)





11 Aug


Alice in Wondeland : Through The Looking Glass (Adventure / Fantasy)



NOVEMBER




17 Nov

Fantastic Beast And Where To Find Them (Fantasy)

28 February 2016

ESCAPE Penang - Time To Play (Part 3)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Akhirnya angan-angan nak main di ESCAPE tercapai walaupun ada juga beberapa games yang tak sempat nak cuba plus takda keyakinan. Hehe.. Nasib ada Zaf yang temankan Nina dan jadi photographer. Alhamdulillah.. Stay 2 hari 1 malam dapat lah bermain sepuas-puasnya dan gunakan peluang yang ada sebelum kami check out.



Entrance ESCAPE - bus stop

Lot parking yang unik 

Kaunter tiket ESCAPE untuk beli tiket, top up E-wallet



APA PERLU BUAT JIKA BERADA DI KAUNTER



Resit dan No Passcode ESCAPE


Sekiranya anda datang sebagai walk-in customer dan telah booking secara online boleh terus ke kaunter tiket. Setelah membuat pembayaran, akan diberi resit yang mempunyai 1 nombor PASSCODE. Nombor passcode ini akan diguna semasa nak masuk ESCAPE dan top-up duit E-Wallet untuk membeli makanan dan minuman di baverage counter. ESCAPE juga memberi gelang tangan yang ada barcode. Segala credit E-Wallet yang di top up akan di scam menggunakan barcode itu.



makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan


Disini makanan dan minuman dari luar adalah dilarang bawa masuk. Untuk membeli makan dan air di Beverage counter secara cash tidak diterima, hanya boleh menggunakan E-wallet. Semasa mendaftar di kaunter seeloknya terus top-up E-wallet. Sebelum balik jika baki E-wallet masih ada, boleh refund balik di kaunter.



CARA GUNA E-WALLET



E-wallet top up resit


Jika ingin membeli apa-apa di kaunter cafe cuma perlu masukkan Manual No yang ada dalam resit E-wallet di mesin scanner dan duit anda akan ditolak secara automatik. Kalau tak tahu nak guna E-wallet boleh tanya penjaga kaunter kafe tu. Pekerja Nepal tau.




FACILITIES / KEMUDAHAN FASILITI DI ESCAPE


Jangan risau di ESCAPE terdapat banyak kemudahan untuk pengunjung seperti kedai souvenir, perti untuk simpan barang, surau, bilik meeting, alat-alat pertolongan kecemasan, tandas yang bersih dan disediakan juga tong kitar semula. Semua lengkap dalam satu tempat. Mr Sim juga cintakan haiwan, no wonder lah akan ada reban ayam, itik dalam ESCAPE ni. Kesemua itik-itiknya pandai untuk pulang ke reban apabila tiba waktu petang. Sangat disiplin. Comel je tengok itik dan ayam peliharaannya. 



Tempat makan dan minum

Buaian pun ada 

Tengok air-air ni mesti rasa dahaga

Passcode untuk simpan barang

Bilik rehat juga disediakan beratapkan rumput supaya bilik sejuk 

Tong kitar semula pun ada

Itik dan ayam pulang ke reban 

comel je taman mini ni

Tengok video itik-itik yang comel ni


Agak-agak Mr Sim boleh produce telur masin tak hehe

Rumput yang ada di atas bumbung bertujuan untuk menyerap air ketika hujan dan di salurkan ke dalam tempayan. Air tu boleh diguna untuk menyiram pokok-pokok. Great idea Mr Sim ! 


Bersambung dalam entry seterusnya pengalaman bermain di Monkey Business :) 


27 February 2016

Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit


Salam Readers..

Cara berkesan untuk menyimpan duit | Misi tahun ni lebih kepada nak travel kahwin saja, sampai naik pening tak tau nak fly ke mana. Biasanya siapa yang cukup duit untuk diri dia memang mampu untuk savings. Bagus kalau begitu, anda manusia bijak ! Duit adalah keperluan manusia, cuba belajar simpan sedikit duit untuk masa depan, jadi haruslah simpan dari sekarang kan kan.. 


Try untuk simpan duit matawang asing yang lagi besar nilainya dari duit Mesia tercinta ni 


Ingatlah, orang yang kaya biasanya dia lebih banyak menyimpan di masa muda dan orang muda yang kaya adalah hasil dari simpanan mak bapaknya. Jika ada yang kaya dengan usaha sendiri bermakna dia seorang yang berjimat. 100% fakta yang betol :) 



1. Buka akaun ASB

Semua orang tau kan ASB bagus untuk simpanan masa depan. Jadi start simpan dari sekarang. Jangan terkejut kalau ada lagi manusia yang malas simpan duit dalam ASB. *kurang cerdik


2. Buka 1 akaun rahsia

Rahsiakan daripada sesiapa pun meskipun dari suami / isteri, boyfriend / girlfriend. Akaun itu untuk diri sendiri, jaminan jika mempunyai teman hidup yang kerjanya menghabiskan duit anda tak ke naya? (teraniaya, susah) . Itulah kepentingan 1 akaun rahsia :)


3. Jangan guna lebih daripada pendapatan

Kalau gaji cuma RM 2000 janganlah guna macam gaji RM 5000, kalau macam tu sampai bila pun tak dapat simpan.


4. Jangan apply kad kredit

Jangan ikut trend sangat, kawan pakai kredit kad 10 nak ikut juga, HELLO itu kad hutang, esok lusa kena bayar. Latih diri untuk bayar cash tak rugi


5. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan

Kenapa 10% ? Kalau gaji kecik maka 10% tu okay la, kalau gaji berjuta lemon suka hati la nak simpan berapa banyak pun.


6. Duit jangan simpan dalam tabung

Bukan tak tau diri sendiri macam mana kan ? tangan siapa tak gatal tengok duit banyak ? Jangan apply terlalu banyak ATM Card buat buku je, automatik duit selamat. Sebab malas beratur panjang untuk keluarkan duit


7. Kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit

Seperti wayang, karoke, bowling, shopping :) Ini paling azab sebab kena lawan nafsu shopping. Dah berjaya selama 5 bulan tak shopping baju, kasut etc :)


p/s: Itu saja petua try saving lama-lama seronok tengok duit yang dah disimpan. Terbukti berjaya :)


26 February 2016

ESCAPE Penang - Permainan (Part 2)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Meh nak sambung pengembaraan di ESCAPE yang menyediakan banyak permainan buat korang. Istimewanya tempat ni mengamalkan konsep 100% permainan alam sekitar yang mencabar. Bermain dalam persekitaran alam semula jadi seperti suasana di kampung. Cool !


Mesti readers nak tau permainan apa yang ada dalam ESCAPE ni. Ofcos lah rasa nak main kesemua permainan yang ada. Serius korang takkan puas bermain. Permainan mengikut peringkat umur. Meh tengok game apa yang ada, sebelum tu tengok dulu video ini :)







1. MONKEY BUSINESS 






2. GECKO TOWER (8 JENIS) 






3. KITE FLYER







4. BALANCE BEAM



5. GO APE





6. JUNGLE SWINGER






7. COCO CLIMB





8. FLYING LEMUR




9. GO BANANAS




10. JUMPIN JACK




11. TUBBY RACER




12. FOXY BURROW





13. ATAN'S LEAP




14. AEROBAT





15. A-MAZE





16. DISCOVERY DIG





17. DUNK TANK





PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK





18. MONKEY SCHOOL




19. TARZAN'S ROPE




20. ZOOM BUG





21. FACE / TATTOO





22. PLAYROOM KIDS






SAFETY EQUIPMENT 


Peralatan keselamatan di ESCAPE 



PERATURAN ESCAPE PARK



Peraturan ESCAPE DO & DON'T


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com