29 May 2016

Review : Kathy's Homemade Shop Lemongrass & Chamomile Honey


Salam Readers..


Kathy's Homemade Shop Lemongrass dan Chamomile Honey | Sebelum puasa menjelang ni, sebelum jari penat menaip, sebelum tuan jari a.k.a tuan blog penat nak membuka laptop marilah hapdate beberapa entri. Hehehe.. Ada kaitan ke puasa dengan review shabun? Ada laa.. ada 2 sabun dah guna, separuh dah nyawa-nyawa ikan separuh lagi tengah guna. Sebelum tu terima kasih Kaka Alia (PBU) bagi try sabun homemade beliau ketika pertemuan pertama kali di event Penang HOHO October tahun lepas. Hahaha 😀 😀

 
Kathy's Homemade Shop Lemongrass & Aleovera


Kathy's Homemade Shop Lemongrass ofcos bau lemongrass dan sabunnya tak mengeringkan kulit macam sesetengah sabun homemade lain. Yelah sebab ramuannya diperkaya dengan extra pelembab. Boleh juga dijadikan scrub ! Sangat-sangat mudah kalau nak bawa time travel kan kan? Bila Mok Cun di rumah guna terus suka sebab keluar segala daki-daki. Sabun Kathy's digemari oleh orang veteren tau.



Kathy's Homemade Shop . Ini dibeli

Kathy's Homemade Shop Chamomile Honey


Kathy's Homemade Shop Chamomile Honey paling suka kot sebab buih-buih cinta banyak bila dah digosok. Lagi satu sebab bentuk yang menarik dalam acuan bunga rose. Bau wangi, dan ada Epo. Lepas guna kulit lembut dan tak kering, bau chamomile kuat jugak ditambah madu buatkan bau lebih fresh, yang penting kulit terjaga. Sabun ni Nina beli tapi dah lupa harga.



Ready nak menyental

Kathy's Homemade Shop Chamomile Honey banyak buih !


Overall, kedua-dua sabun ni ada tarikan tersendiri dari segi bau, ramuan dan paling best sebab ia boleh dijadikan scrub. Kalau sabun brand lain cuma membersihkan bukan boleh scrub. Bagi korang yang berhajat nak buat majlis kahwin, sabun ni dah boleh jadi gift untuk tetamu. Bab acuan, ramuan dan harga jangan risau boleh minta adjust dengan tokey. Hihi


Follow IG dan boleh tahu produk terbaru keluaran Alia


28 May 2016

Sedap Choc & Nut Chocotainer | Review


Salam Readers..


Review Choc & Nut Chocotainer | Produk snek terbaru yang Nina dapat dari blogger Eyda ni . Sebelum ni team @projekbloggerutara diberi peluang mereview snek Choc & Nut Chocotainer. Snek yang kaya dengan kekacang, disaluti madu dan coklat. Memang bagus untuk sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan berdiet. Hehehe..


Sedap Choc & Nut Chocotainer

Choc & Nut Chocotainer

Snek kekacang


Rasanya tak berapa manis dan sedap. Untuk penggemar kekacang macam Nina ni terus jadi faveret. Pencinta kekacang memang sesuai menikmati snek ini. Berbaloi dengan harganya. Boleh juga dimakan ketika breakfast. Snek Choc & Nut Chocotainer hanya RM 6.00 untuk semenanjung dan RM 6.50 bagi Sabah & Sarawak.  




Sebarang pertanyaan atau ingin menjadi agen boleh hubungi Puan Azam di no ini 019-4764453 . Details mengenai CHOCO&NUT boleh klik sini :



Instagram : @Myfood_delivery



25 May 2016

Souvenir Dari Jakarta, Indonesia


Salam Readers..


Souvenir yang tak dijangka sebenarnya sebab kami bertiga travel lain negara, flight pun tak sama tapi ingat juga nak beli something. Kalau hati teringat mesti nak je belikan untuk kengkawan baik. Keychain dan T-Shirt ni diberi oleh 2 orang officemate. Orang Medan tapi baru dapat cuti nak makan angin di Jakarta. Yelah pulau Sumatera dan Jawa kan jauh tu. Nina pun ada tergerak hati nak beli Fridge Magnet lebih. Fuhh nasib ada..

 
Baju dari Meliana Modesta Naibaho

Keychain dari Winda Natalia Sitepoe . Baru tau tarikh kemerdekaan Indonesia . Dah 50 tahun merdeka ye



Terima kasih ya mbak Meliana dan Winda. Entah bila boleh cuti-cuti di Jakarta kan. Hehe.. kena gigih simpan duit macam ni. Dorang kerja keras di usia muda cari duit untuk hantar kat family, hidup di Malaysia, pi travel lagi. Haa.. Belajar ikut cara cewek 2 orang ni survive tau. Berkesan juga deh. 


24 May 2016

Terima Kasih Blogger Anies


Salam Readers..


Ini bukan pertama kali tersenarai dalam top 10 pengomen tegar blog Anies The Great ! Alhamdulillah tuan blog beri masa di overseas. Hehe.. Terima kasih awak. Rajin juga Anies komen di blog, well dah tak ada hutang hadiahkan Nis? Kosong-kosong ye. Bertambah koleksi tudung Adijuma (AJ). Tahniah juga buat yang tersenarai. Mood travel tak boleh move on apatah lagi nak buat entry. Rasanya lepas raya pun tak update. Wuuuu..



Suka corak ni !!

23 May 2016

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia


Salam Readers..


Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Pertama Malaysia | Nasib baik sempat balik Malaysia dan tonton final rancangan Clever Girl Malaysia. Dah tamat malam tadi dan tahniah buat peserta Clever Girl dari Kelantan yang dipilih sebagai juara. Program CGM mewakili 14 peserta dari seluruh negeri dan peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan pada setiap minggu. Hanya 4 peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap. Boleh baca sini "Biodata CLEVER GIRL MALAYSIA" .


Juara Clever Girl Malaysia 2016

Fatin Juara Clever Girl Malaysia



Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM 100,000 dan trofi selepas menewaskan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor), Mary Josehine Muhammad Houston (Mary, Pahang) dan Lam Wai Chuin (Jane, Perak). Arina dinobatkan sebagai Naib Juara dan menerima wang tunai RM 10,000.




Rancangan realiti Clever Girl Malaysia 2016



Pemenang game show TV3 ini tidak ditentukan dari undian SMS ataupun juri professional tetapi berdasarkan kebijaksanaan peserta menjawab soalan kuiz yang sudah disediakan setiap minggu. Semua soalan kuiz disediakan oleh Menda Malaysia (The High IQ Society)

12 May 2016

Tema Dan Trend Baju Raya 2016


Salam Readers..


Tema dan Trend Baju Raya 2016 | Baju Raya 2016 kali ni banyak menggunakan corak bunga di tengah dada. Memang cantik dan bermacam design baru. Menjadi trend sekarang seminggu sebelum puasa orang dah sibuk cari baju raya memandangkan tailor dah tak ambil tempahan baju. Jangan risau butik-butik jenama ada keluarkan design terbaru. Mesti korang rambang mata..


Trend baju raya 2016 juga ada designer yang buatkan pakaian sedondon dengan anak-anak kecil. Tema tahun ni dijangka banyak pakai baju corak gaun perkahwinan Anzalna, corak batik, kain songket, flora dan abstrak, manik dan lace pun menjadi pilihan. Nanti boleh korang pilih nak beli mana satu.



Tahun ni Nina beli di Instagram pulak. Tunggu parcel sampai je, untuk kaki busy macam gini la. Hihihi.. Kalau risau pasal saiz baju yelah sebab tak try boleh minta dorang ukuran size yang available.  Ini list butik dan IG seller baju raya dah released awal-awal dorang punya design atau nak ikut "Tema Dan Trend Warna 2016 " 😀



1. CALA QISYA


Cala Qisya

Website : Cala Qisya

Instagram :
@calaqisya






2. MINIMALACE
- pre order- 



Minimalace

Website : Minimalace

Instagram :
@minimalace



3. ASHH&ANNAS


Ashh&Annas



Instagram :
@ashhannas
 





4. BY KHAULA


By Khaula






Instagram :
@bykhaula



5. PETRA RTW


Petra RTW

Website : Petra RTW

Instagram :
@petra.rtw



6. BELLA AMMARA



Bella Ammara

Jubah hanya RM 149

Website : Bella Ammara

Instagram :
@bellaammara


7. MMBASIC


MM Basic






Instagram :
@mmbasic



8. CALICE


Calice

Sesuai untuk siblings

Website : Calice

Instagram :
@calice



9. SAFRAINARA


Safrainara

Baju kurung ni kena pre-order dalam seminggu

Instagram :
@safrainara




10. BEAUTY & THE BEAUTIES

- pre order before 12 June-

Beautyandthebeauties




11. AIIDA VOMARA


Aiida Vomara

Instagram :
@aiida_vomara



12. SincerelyByUs Shawls

- pre order-


sincerelybyushawls - Dewasa (RM 169), Kanak2/Babies (RM 109)



Instagram :
@sincerelybyushalws



 
13. HH BY HAIRUL HANIS

- pre order- 


HH By Hairul Hanis


Instagram :
@HHbyHairulHanis



14. GEROBOK CIK NONI
(dropship)


Harga RM 125

Instagram :
@gerobok_cik_noni




15. MINAZ

- pre order- 


Minaz Collection Raya 2016

MINAZ BLOOMING RAYA

Minaz

Website : Minaz Boutique

Instagram :
@minaz.my


9 May 2016

Biodata Redza Rosli Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta


Salam Readers..


Siapa Redza Rosli? Biodata Redza Rosli | Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta (Slot Akasia TV3) | Siapa layan drama Seindah Takdir Cinta mesti perasan jejaka ala iras Zayn Malik. First time tengok lakonan Redza Rosli yang menjadi jejaka playboy gituw. Memula tertanya siapa pelakon memegang watak Adrian ni? Ada juga perasan dalam Instagram Ecah (anak Che Ta) di Masjidil Haram. Sejuk mataku memandang. Hahaha..


Comelnya Ecah

Pelakon drama Seindah Takdir Cinta

Sebijik macam Zayn Malik Malaysia



Biodata Redza Rosli Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta :



Nama Penuh : Ahmad Redza Bin Rosli


Nama Komersial : Redza Rosli


Umur : 24 Tahun (2016)


Kerjaya : Model, Pelakon & Model


Drama : Kamelia Katrina (2009), Tanah Merah (2013), Lembayung Kasihmu, Antidot, Silir Kasih (2014), Stella, Puteri Bukan Nama Sebenar, Maria Terindah, M.A.I.D (2015), Seindah Takdir Cinta, Jatuh Cinta Buta, Di Pintu Syurga (2016)




Telemovie : Nama Aku Beng (2013), Hantu Selfie, Kalam Cinta (2014), Anak Imam Argentina, Hantu Welfie, Hidup (2015)


Profil Rasmi Instagram : https://www.instagram.com/redzarosli/


Profil Rasmi Twitter : http://twitter.com/redzarez/



Redza Rosli iras Zayn Malik Malaysia
Pelakon memegang watak Adrian dalam Drama Seindah Takdir Cinta






8 May 2016

River Grand Suite Hotel Hatyai, Thailand


Salam Readers..


 TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 1 - RIVER GRAND SUITE HOTEL


Kalau dah nama travel mesti nak kongsi hotel yang stay hanya semalam tu. Kami checked in dalam pukul 8 malam. Hotel 5 tingkat dan mempunyai 100 bilik. Kali ni tok ketua kata tak booking hotel di area bandar sebab semuanya dah full sempena Chinese New Year. So far hotel ni OK dan WiFi lajuuuu.. Hehe. Tapi ada kisah seram pulak bila roomate memerangkap bekas junior kolej nampak lembaga macam 'Naruto' lari atas pokok. Tulah siapa suruh bukak tingkap pukul 3 pagi. Hahaha... Korang jangan ingat hotel ni berhantu pulak, aku tidoq lena sampai ke pagi tanpa gangguan.



River Grand Suite Hotel Hatyai

Ni la punca nampak lembaga atas pokok. Lepas mandi pakai baju kelawar nyanyi lagu I believe i can fly. Haha



Masuk saja ruang lobby terus nampak counter reception yang unik. Keseluruhannya daripada kayu ukir. Persekitaran lobby juga selesa dan banyak kerusi untuk duduk, satu sudut disediakan satu PC jika nak guna internet dan ruang membaca yang berbahasa Thai. Setiap tingkat disediakan WiFi jadi tak ada masalah nak online 24H. Hotel ni ada lif tau jadi tak risau sangat.



Ruang di reception . Ikhsan Google

Pemandangan dari bilik kami di tingkat 3


Kebanyakan geng trip semua menginap di tingkat 3 dan 4. Bilik kami menghadap jalan utama, dari bilik boleh nampak bangunan di bandar Hatyai. Facilities macam katil, kerusi, meja solek, almari, TV (siaran Malaysia pun ada), peti ais, telefon, cermin, aircond yang berfungsi, tanda arah kiblat, shower berfungsi Hot/Cold, hanger disediakan dalam almari dan ruang meletak bag juga cukup besar. Cuma yang tak selesa bilik tak disediakan carpet atau selipar.



Not bad bilik hotel ni. Dah nak check out baru snap gambar bilik

Thai terkenal dengan wayar berserabut sana sini

Bilik air pun kemas dan bersih !



Jika nak buat minuman, kettle tak disediakan tau kecuali cawan. Kalau korang nak air panas, call reception dan pekerja hotel akan datang hantar di bilik. Nanti dia akan bagi air panas dalam Thermos. Bilik ini masih lagi selesa, yang penting lokasi hotel tak jauh dari tempat shopping di bandar Hatyai. Boleh pilih nak jalan kaki atau naik tuk-tuk hanya 10 minit saja. Harga tuk-tuk dalam 20 Bath (RM 2) seorang.




RIVER GRAND SUITE HOTEL HATYAI

65 Chontrara Rd, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand 90110



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com