31 July 2016

Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun!


Salam Readers..


PHANTAMANIA, PENANG
Trust No One, Just Have Fun!


Phantamania Penang : Trust No One, Just Have Fun! sebuah tarikan terbaru di Penang ! Lamanya tak bersiaran. 30 Julai, Semalam team Projek Blogger Utara dijemput untuk review Phantamania, sebuah tempat untuk korang berselfie puas-puas 📷 Kawasan yang strategik dan terletak di Lebuh Victoria dalam bandar Georgetown yang dikelilingi Street Art Penang. Sangat sesuai kalau nak habiskan masa korang di Penang 😄



Entrance PhantaMania Penang

Aktiviti selfie yang boleh korang buat di Phantamania


Sebelum masuk kami dipesan supaya berjalan masuk jangan guna muka, tapi guna tangan 👋 Bunyi macam pelik dan suspend je kan. Rupanya jalan masuk penuh dengan cermin, memang kalau guna muka habislah kemek hidung. Kena la meraba setiap jalan tu sebelum keluar dari kawasan cermin.



Muka flawless. Eh tak ada kena mengena. Haha

Ada 4 orang je tapi cermin beranak jadi banyak. Hihi



Kami semua masuk serentak siap bagi laluan untuk pelancong Africa dan Timur Tengah dulu. Dalam cermin tu memang kita akan nampak orang macam dah dekat, sebenarnya tak pon, bersimpang siur lagi nak sampai, semuanya kerana pantulan ilusi dari cermin tu, jadi jangan percaya dan tertipu ok.



Fuhh lap peluh bila dah selamat masuk kawasan Phantamania, lepas tu kena cuba semua cabaran yang ada, bermain dengan ilusi gambar dan cermin. Staff di sini semua peramah dan sedia untuk ambil gambar korang. Staff akan tunjukkan macam mana nak bergambar menggunakan trick yang ada, walaupun di setiap section ada arahan bergambar macam mana nak beraksi.



Banyak kembar kami. Haha

Bukak la pintu kami datang nak duit raya

Serius suka dengan deco Phantamania ni. Rasa macam ada di istana

Zaf nak culik masuk dunia Doreamon

Cantikkan! Suka masuk dalam ni

Gambar paling rare hasil tunjuk ajar staff Phantamania. Bergayut betul

Kemain Zaf nak terjun masuk perigi. Haha



Sesi bergambar di tingkat atas pula. Selfie sampai lebam. Kena guna khidmat staff yang berpengalaman dengan gaya kami tersendiri baru jadi ngam dan menjadi. Patut kena study dulu sebelum selfie. Bahagian atas ada style lain pula. Memang rasa nak kena cuba semua 😎



Eh macam mana boleh merangkak ni

CP jadi tahanan ok. Kejam sungguh bebudak ni

Kesian Princess Perigi. Nak tergelak habis selfie dengan budak ni



FREEZAMANIA



Sebelum masuk ke freezamania disko dulu



Ini tempat paling best! Sejukkk tau, dah nama pun Freezamania ❄⛄ tapi tak ada sampai tahap mengigil. Rasa sejuk macam 14 celcius je, main agak. Hehee.. Kat dalam ni masuk terus jumpa lampu disko, ada igloo, orang salji, 2 orang tentera berbaju besi, paling best katil dan bermacam lagi. Siapa yang pakai baju nipis tu agak sejuk la sikit. Hehe..



Berkelah sat dalam Igloo. Hahaha

Mandi ais ke bang? Haha

Duduk dalam ni lagi sejuk

Masalah rumah tangga.. Haha

Nak sampaikan ucapan salam perantauan, rayakan dah nak habis


Dah habis round dalam kawasan sejuk ni terus keluar. Paling lama dok dalam ni sebab sejukkan. Tak lah panas sangat. Syok je selfie, masing-masing nak selfie sampai dapat gambar paling cool lah. Selesai dah tawaf bangunan 2 tingkat. Tetap rasa macam tak puas. Heheh 🙈



Macam-macam gaya selfish ada


Terima kasih buat Encik Rizal dan semua staff Phantamania yang melayan kami. Happening sangat! Kalau ke sini jumpa pelancong obersea tu dah lali sangat. Dorang pun sibuk nak selfie, dari situ boleh exchange style selfie. Hahaha.. By the way, dah alang-alang masuk ke sini jangan lupa terjah Cool Ghost Museum di Lebuh Melayu memandangkan under satu company. Bolek klik SINI 🎃



Phantamania info


PHANTAMANIA, PENANG

 Alamat : 193, Lebuh Victoria,
10300 Georgetown, Penang.

 No. Tel : 04-263 3193

Masa Operasi : 10 am - 7 pm pada setiap hari

Tiket Masuk : (Harga Promosi Pembukaan) 
Dewasa - RM 19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM 12

(Harga Biasa)
Dewasa - RM 28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM 18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma




29 July 2016

Althea Turns 1!! Happy Birthday Althea


Salam Readers..



HAPPY BIRTHDAY ALTHEA | ALTHEA TURNS 1 !!
🎁🎂🎈🎉🎊 


Althea Turns 1, Happy Birthday Althea | Althea Korea | Yabedabeduuuuu wewit buat kaki shopping online especially kaki make up mesti tau Althea ni. Barang-barang make up dari Korea. Althea ni website online yang jual barangan make up dan penjagaan diri, kesemua barang akan di pos direct dari Korea. 20 Julai 2016 lepas, genap setahun usia Althea. Sama bulan dengan birthday Nina. Hihi



Jom terjah website Althea Korea klik sini "http://my.althea.kr/"




Topi Birthday Althea design ikut kreativiti sendiri

Althea Turns 1 !! Happy Birthday



Yang best dengan website Korea ni, barangan yang dijual sangat berpatutan harganya kalau dibeli ketika promotion. Boleh bandingkan harga di Watson dan Guardian jauh lebih mahal. Serius! Apa tunggu lagi terjah Althea ya, macam-macam ada. Memang rambang mata sebab tak tau nak pilih yang mana.




Diterbangkan dari Korea



Seronoknya bila tengok parcel PINK dan sampai cepat dalam masa 3 hari. Wooow! Happynya rasa macam ada orang bagi hadiah siap topi dan belon. Thank you Althea for this lovely beauty goodies! Rasa macam dapat birthday pulak. Kesemuanya pink. Aww sweet sangat tengok barang dalam kotak 😘😚



Seronok selfie dengan goodies dan props dari Althea ni. Comel sangat !



Meh tengok hasil tangkapan Nina di Korea . Hahaha.. Ayat tak boleh tahan. Kesemua barang sampai dengan selamat, kemas dan elok je dalam bubble wrap. Bukak terus nampak belon apa lagi tiup jelah. Dalam hati mula lah rasa sayang nak guna tapi kan kan semua bau wangi. 



Kemaskan bungkusan barang-barang Althea ni

Produk dari Althea yang sempat grab



1. Skin Food Black Sugar Mask
2. The Face Shop Bright Cleansing Foam
3. (Foam Party Collection) It's My Lip & Eye Make Up Remover & It's My Highlighter Brush








Nanti Nina review one by one ok.. Jangan tunggu lama-lama tau, nanti habis la goodies tu. Sempena dengan ulangtahun Althea yang berlangsung dari 20 - 31 Julai 2016 ini, korang berpeluang untuk dapat Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit. For order placed on 20/7 onwards. Free goodies for first 1,500 shoppers! While stocks last. Banyak lagi hadiah menarik tapi tarikh tutup dah nak habis. Kita pon tak join.. Hehe




28 July 2016

Resepi Sup Cendawan


Salam Readers..


Resepi Sup Cendawan | Walaupun tak dapat nak menandingi sup cendawan Pizza Hut tapi berjaya buat seperti rasa tu. So far ok kalau makan dengan roti gardenia pun boleh. Memasak ni tak susah mana at least rajin nak cuba 😋😗 Yeah tepuk tangan. Jangan segan silu cuba resepi ni.




Sup cendawan ala Pizza Hut




Bila ada cendawan lebih maka kita habiskan cepat-cepat. Resepi sup cendawan ni ambil dari buku resepi mak. Tuan buku pun tak pernah cuba lagi tau. Tak mengapalah anak rasmikan dulu 😀




Bahan-bahan untuk buat sup cendawan




Bahan-Bahan :



 7-10 biji cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm buttercup/margerine
1 biji bawang besar Holland atau biasa - dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih - diketuk
1 cawan susu segar/cair
1.2 liter stok ayam (guna kiub ayam maggi 1 ketul) - didihkan air dan masukkan kiub dan ketepikan)
3 sudu besar tepung gandum
Lada hitam dan garam secukup rasa
1 ranting daun Parsli (*optional)





Cara Memasak :



1. Panaskan buttercup/margerine dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng seketika sampai bawang layu, jangan sampai tukar warna.


2. Masukkan cendawan butang yang dihiris nipis dan kacau selama beberapa minit.


3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.


4. Masukkan sup stok ayam - kacau sebati dan biarkan mendidih.

 
5.  Selepas mendidih, ketepikan sup dan biarkan sejuk.




Sup cendawan yang belum dihancurkan


Blendkan semua bahan sehingga hancur


6. Selepas sup sejuk, blend (hancur) sup tadi sehingga sebati.


7. Masuk kembali sup ke dalam periuk dan masukkan susu dan biar mendidih.


8. Selepas mendidih, matikan api dan boleh dihidangkan.


9. Taburkan lada hitam dan parsli di atas sup. Sesuai dihidangkan bersama roti bawang putih (garlic bread). Nina makan dengan roti biasa pun sedap 😄



26 July 2016

Film Review : The Legend of Tarzan (2016)


Salam Readers..


Review Filem The Legend of Tarzan (2016) | What's up Guys! Dari cinonet dah baca buku Tarzan keluaran Disney and yes sampai sekarang buku tu ada dalam simpanan, sebahagian my childhood memories gituw. Terima kasih GSC bagi tiket free sempena birthday 😍🎁🎂🎈🎉🎊 15 Julai lepas !! Movie ni kelakar dan mencapai box office dari $180 million ke $312.2 million. Meh layan kehidupan John (Tarzan) dan Jane.


The Legend of Tarzan Poster 2016


SINOPSIS THE LEGEND OF TARZAN


Congo, terbahagi antara Belgium dan United Kingdom. Kerajaan Belgium di ambang bankrup. King Leopold II Belgium mengeluarkan sumber mineral yang kaya di Congo, menghantar utusannya, Leon Rom untuk dapatkan berlian. Rom membuat pertukaran dengan ketua puak Mbonga, membawa musuh lama Tarzan.



Di London, John Clayton III / Lord Greystoke (Alexander Skarsgard), lelaki yang dipanggil "Tarzan" telah lama meninggalkan Afrika dan bahagia bersama isterinya, Jane Porter (Margot Robbie), bangsawan Amerika. Mereka tinggal di kediaman keluarga John. Dalam tempoh 8 tahun, Tarzan menjadi lagenda di kalangan orang. Perdana Menteri Britain dijemput oleh King Leopold untuk melawat dan melaporkan keadaan Congo tetapi ditolak John. Duta Amerika, George Washington Williams (Samuel L.Jackson), mengesyaki Belgium sedang menghambakan penduduk Congo dan memujuk John untuk terima jemputan.


Ibu dan abang beruk John

Style Tarzan pujuk bini

John dan Williams tiba di Congo


Jane tidak dibenarkan ikut. John teringat kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat kekejaman hutan selepas kemalangan kapal mereka di sana - ibunya meninggal akibat penyakit, bapanya kemudian dibunuh oleh beruk jantan. John ketika bayi dijaga beruk "ibu" nama Kala dan "abang" Akut.



John, Jane dan Williams ke Congo. Mereka tinggal di perkampungan suku kaum yang dikenali John dan Jane semasa berada di dalam hutan. Jane menceritakan kepada Williams bahawa suaminya pernah dianggap roh jahat oleh puak Afrika. Jane dan bapanya tinggal di kampung itu membantu mengajar anak-anak tempatan. Bertemu Tarzan, menyelamatkannya dari beruk ganas tetapi cedera teruk, merawat Tarzan dan jatuh cinta.


Berjumpa kawan lama. Beraninyaa

John bergaduh dengan abang beruknya

Jane diculik Rom


Malam itu, Rom dan tentera upahan menyerang kampung. Menculik John dan Jane, membunuh ketua puak. Williams selamatkan John. Dengan bantuan puak, John dan Williams memintas kereta api tentera Belgium yang membawa hamba. Rom bercadang menggunakan berlian untuk membayar tentera upahan menjajah Congo, membolehkan Belgium melombong berlian untuk kepentingan Raja Leopold.


John menyerang puak Mbonga, musuh lama kerana anaknya bunuh ibu beruk John dan kemudian membunuh anaknya

Dilindungi abang beruknya, sayang juga kat adik manusia

Kem tentera upahan Belgium

John selamatkan Jane. Sweetnyaa

Selepas setahun, kembali hidup di hutan dan tinggalkan London


John berusaha menyelamatkan Jane, dan dikepung oleh puak Mbonga kerana John pernah membunuh anak lelaki tunggal Mbonga kerana membunuh Kala, ibu beruk. John dilindungi Akut, abang beruknya. Rom membawa lari Jane bersama berlian untuk diberikan kepada tentera upahan yang dalam perjalanan. John, William dan Akut mencetuskan rempuhan besar seladang, memusnahkan bandar dan tentera, membolehkan John selamatkan Jane. Rom melarikan diri, sebelum dibaham buaya. Williams kembali ke England dengan bukti perdagangan hamba di Congo. Setahun kemudian, John dan Jane menetap di Afrika bersama anak pertama mereka.



🌟🌟🌟🌟

______________________________________________________________________________________


Pon.. pon.. pon.. iklan sat. By the way, bagi peminat Subway, korang dah cuba roti baru ke? Chicken Tandoori ! Aumm.. nasib baik bukan limited edition, jadi available sepanjang masa tapi kalau ayam tu dah habis terpaksa order menu lama. Sob.. sob


Chicken Tandoori Subway

Jemput makan


25 July 2016

Resepi Nasi Goreng Mentega


Salam Readers..


Resepi Nasi Goreng Mentega / Buttercup | Atas nasihat pak-pak menteri maka Cik Nina menyahut seruan membawa bekal ke pejabat tapi ada sebab lain jugak, bila tender si penjual makanan orang Cina dan bawa bekal is JIMAT! 😂 Sekurang-kurangnya masak sendiri boleh makan dengan melahap tanpa was-was, kebersihan terjamin dan tak kelaparan selama 8 jam. Eehehe 😆



Nasi Goreng Mentega Udang



Ok dah stop melalut, bila dah bawa bekal ni mesti hari-hari akan pening nak fikir masak apa pepagi 😪 Meh nak share resepi nasi goreng mentega sebab mudah. Guna Buttercup lebihan buat biskut raya. Hee.. lebih ummphhhh



Bahan-Bahan :


4 cawan nasi (ikut sukatan untuk berapa orang)
2-3 sudu besar mentega (prefer Buttercup, rasa lemak sikit)
1 biji telur
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam dan penambah perisa
50 gm ikan bilis (digoreng garing - optional)
10 ekor udang (optional)
*Boleh juga tambah sosej, sayur etc



Cara-Caranya :


1. Panaskan mentega/buttercup sampai cair. Masukkan udang dan biar hingga masak sebelum masukkan nasi dan kacau rata-rata.

2. Masukkan telur (tak payah pukul), lada hitam, garam, penambah perisa secukupnya. Kacau hingga sebati.

3. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Dah siap ! 😉


24 July 2016

Resepi Cendawan Masak Sos Tiram


Salam Readers..


Resepi Cendawan Masak Sos Tiram | Entah kenapa lepas raya feeling masak memasak ni makin membuak-buak dalam diri. Adakah seru nak menjadi isteri telah datang. Acece.. Kalau hantu cendawan hari-hari nak cuba masak makanan berasaskan cendawan. Bila anak masak, pak mad yang habiskan lauk. Huhuhu.. terharu sambil lap hingus sebab tak tinggal kat orang sikit 😜 Sedap sangat lettew anak masak kan kan 😛😀


Cendawan masak sos tiram


Menu cendawan masak sos tiram ni sangat sesuai untuk orang yang busy kerja, nak masak lauk cepat dan cepat makan. Meh nak kongsikan satu lagi resepi. Patut cuba, berselera makan dengan nasi kosong panas-panas. Hehe



Bahan-bahan yang simple

Cendawan, halia dan bawang putih yang telah siap potong



 Bahan-Bahan :


Seketui Halia
2 ulas bawang putih
10 biji cendawan butang putih atau swiss mushroom segar (boleh juga dalam tin)
Sos Tiram Kimball *any brand
Lada Hitam
Lea & Perrins *optional




Tumis halia dan bawang putih jangan sampai hangit tau


Cendawan dah nak salin warna tu



Cara-Caranya :


 1. Tumis bawang putih dan halia yang telah diracik/dicincang halus

2. Masukkan cendawan yang telah dipotong nipis. Kalau guna cendawan segar, masak hingga air cendawan keluar. Kalau guna cendawan dalam tin, masak hingga kecoklatan.

3. Masukkan sos tiram dan lada hitam secukup rasa. Kalau boleh, sos tiram tu letak banyak2 sikit.

4. Kacau sehingga rata dan siap !

5. Boleh dimakan bersama nasi.

6. Kalau nak masukkan dalam burger pun boleh macam ala Burger King 😀



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com