31 August 2016

Burger Syok MCD


Assalamualaikum Readers..


Review Burger Syok MCD | Burger Syok MCD Sedap | Sehari sebelum masuk bulan September, marilah pekena Burger Syok Mcd ni. Iklan kat tv hari-hari dok ulang tayang berapa kali. Telan air liur dan harini drive thru sebelum balik ke ofis.



Burger Syok McD



Since McD keluarkan iklan baru menggantikan Burger Rio de Janeiro yang dah balik Brazil baru terjah Mcd, kalau takda burger baru jangan harap nak masuk. Bagi aku, burger syok ni memang syok ! Burger ayam yang sedap, lembut dan sos pun ngam-ngam kena dengan tekak.  


Burger Syok Mcd memang syok ! RM 14.99 sen

Iklan Burger Syok Mcd yang buat teringin nak makan



30 August 2016

Terjah Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City


Salam Readers..



HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : HARD ROCK CAFE & CITY TOUR (PART 4)



Terjah Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City tercapai! Tak complete datang negara orang tak singgah ke Hard Rock Cafe? Salah satu tempat yang aku wajib jejakkan kaki. Tak habis-habis remind tour guide, lepas habis city tour yang tak sempat pusing satu bandar tu. Yelah risau bila hujan turun dengan lebat tapi Alhamdulillah kejap je. Dapat juga selfie depan Notre-Dame Catheral Basilica of Saigon dan Saigon Central Post Office sebelum jalan kaki 1km sambil tengok pameran buku-buka di kaki lima sepanjang jalan ke Hard Rock.



Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City, Vietnam


Jika singgah ke HRC, memang rugi kalau tak sambar sehelai t-shirt. Memang dah plan nak beli dan dorang hanya terima duit DONG dan USD saja. So, tukar duit lebih sikit. Rasa rugi tak grab untuk diri sendiri walaupun baju semua lengan pendek. Di HRC Vietnam dapat diskaun 30% kalau beli 4 helai. T-shirt lelaki mahal sikit dari perempuan. Harga lebih kurang di Malaysia.




Baju Hard Rock untuk kanak-kanak. Comel !

T-Shirt Hard Rock untuk lelaki. Semua lawa




Serius rambang mata, semua lawa-lawa. Last-last ada 4 corak untuk t-shirt lelaki, nasib ada WiFi free walaupun nazak, boleh whatsapp BF. Maka kena tayang baju di badan ala model. Tetiba jadi cerewet pulak, haih sabaq jalah. Hanya Nina dan Anies dok belek sana sini, kesian tengok tour guide dok tunggu lama ambil juga corak pilihan sendiri. Agak rushing, tak dapat nak selfie puas-puas dalam HRC tu.



Model t-shirt Hard Rock

T-Shirt Hard Rock for ladies

Hard Rock T-Shirt. Nice one

Pose maut sebelum balik Mesia

Ajet retis. Pandai tour guide snap gambar. Semua puas hati

T-Shirt Hard Rock versi Army

Resit baju Hard Rock Cafe Ho Chi Minh untuk reference sesiapa nak beli. GST termasuk sekali





 NOTRE-DAME CATHERAL BASILICA OF SAIGON


Trip yang have fun dengan gadis2 ni. Gadis baju bunga2 tu tak la. Hahaha. Anies hilang tanpa dikesan. Sibuk dengan Sunflower :P




Sebelum ke HRC, van drop kami depan church. Time tu hujan dah berhenti. Fuh.. lap peluh jantan. Seni bina di sekitar bandar Ho Chi Minh City dari bekas peninggalan jajahan Perancis selama 100 tahun. Wah lamakan? Feeling di France gituw. Ramai pelancong tak lepaskan peluang selfie depan gereja ni di tambah pokok-pokok bunga matahari di tanam di taman depan gereja. Ada juga orang tempatan menjaja di situ.  


Love this photo ! Abang Soleh memang pandai jadi photographer

Anies excited sampai terpejam mata. Batang kayu tu macam nak cucuk orang. Hahaha


SAIGON CENTRAL POST OFFICE



Kami singgah selfie depan pejabat pos Saigon. Lawakan bangunan tu. Sayangnya dah tutup, yelah semua dah balik kerja tak dapat masuk dalam tu. Bangunan ni seberang jalan Notre-Dame tu. Saigon Central Post Office! atau nama Vietnam nya, Buu dien Trung tam Sai Gon. Boleh pos surat ke apa semua kat kaunter. Classic sangat pejabat pos ni. 


Saigon Central Post Office


Bangunan pejabat pos ni dibina masa Vietnam a part of French Indochina early 20th century dulu. Dalam tahun 1886 hingga 1891. Kat dalam ni boleh ambil Free Maps untuk HCM, then beli flag patch Vietnam berharga 15,000 VND (RM 2.50). Rugi time kami sampai dah 5 petang. Bergambar kat depan jelah. Kalau datang sini, seeloknya pagi-pagi mesti gambar lagi lawa dengan panahan matahari!



Hope readers enjoy baca JJCM Vietnam ni  😎 masih berbaki 4 entri termasuk tips-tips dan bajet keseluruhan buat mereka yang akan travel ke HCMC buat pertama kali atas permintaan dan pertanyaan dari blogger juga. To be continue..






29 August 2016

Ribena Lightly Sparkling


Salam Readers..


Ribena Lightly Sparkling | Ribena sekarang dah ada air yang bergas. Sayangnya tak berapa kena dengan tekak, lebih suka yang kordial atau pun dalam botol.


Kalau nak buat minuman tambah biji selasih atau nata de coco macam tak sesuai. Hehe. Siapa tak cuba lagi boleh cuba sekali mesti tak nak lagi.


Ribena Lightly Sparkling



25 August 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Borong Kain Lawa @ Ben Thanh Market


Salam Readers..



HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : KAIN LAWA DI BEN THANH MARKET (PART 3)


Buat peminat kain bunga-bunga, dalam hati ada bunga, minah dan mat bunga 🌻 Eh terlajak taip. Haha.. Entri ni akan buat korang meleleh air liur tengok corak-corak kain. Harap bertabah ye. Meh sambung jalan-jalan Vietnam hari kedua, lepas balik dari sungai Mekong, tour guide drop kami di Ben Thanh Market.



Membeli belah kain cotton lawa-lawa meh ke Vietnam. Semua cantik!



Maka shopping gila-gila buat kali kedua bermula sehingga tengah malam. What?? Malam tu kami sampai hotel dalam pukul 1 pagi. Hahaha. Shopping sampai rabak purse sebab keesokkan harinya nak balik dah. Dengan tak packing baju-baju lagi. Haih



Ben Thanh Market ni besar ada empat pintu masuk utama, kalau terpisah tu jenuh nak cari dan kami terpisah sebab Nina dan Anies tak membeli sangat. Shopping dalam ni kalau tak sampai 4 or 5 jam memang tak sah. Banyak kedai kain, dan serius korang akan berhenti dari satu kedai ke kedai lain. Nak beli kain pun kena survey kualiti dan harga kain ye makcik2, kakak2 😅😆




KEDAI KAIN PE LIN 




Kedai kain cotton Pe Lin di Vietnam




Kedai kain pertama yang dituju, baca dalam blog2 banyak kata kain dari kedai ni lawa-lawa dan bermacam jenis material kain dari Korea. Kerlasss.. Ada 2 kedai kain Pe Lin, dalam butik luar Ben Thanh Market dan satu lagi dalam Ben Thanh. Kami terjah dalam market dulu dan mak aii banyak orang dok berebut kain. Panas tak terkira ! Woihhh tak tahan 😤 Serius tak seronok nak pilih kain.



Then, kami keluar ke kedai luar market. Rasanya senang nak pilih kain dan tawar menawar dari dalam Ben Thanh yang crowded gila tu. Dari segi harga agak berbeza sikit dari dalam Ben Thanh. Ini kerana mereka juga kena bayar sewa kedai. Jangan lupa terjah kedai Pe Lin kalau ke Vietnam!




Kedai kain cotton yang diterjah

Kedai kain untuk Melayu di Vietnam ! Haha

Bawak mengucap bila tengok kain lawa-lawa

Bermacam jenis kain lace pelbagai corak

Corak kain di Vietnam cantik-cantikkan



Bermacam jenis corak dan material kain, kain lace, silk, kain kapas. Rambang mata tak tau nak beli ke tak, last-last Anies sorang je yang beli kain corak bunga-bunga rose, ala English style. Pandai pilih kain cik akak tu. Hehehe. Nak beli tapi takut muatan lebih. Sob.. sob. Dah verangan nak beli kain untuk Bridemaids. Haha. Serius rasa nak guling-guling dalam kain, rasa nak angkut satu kedai dan dorang bagi diskaun kalau beli banyak.



Kain cotton corak flora paling cantik peniaga Vietnam jual

Corak kain disusun dan dipotong 4 meter siap

Kain Viscose corak floral ni lawa, warna pun ceria


Kalau dulu orang Mesia sibuk angkut kain di Bandung, sekarang turn Vietnam pula. Rasanya material kain lagi baik dari Indonesia. Kalau plan nak meniaga kain, elok lah cari supplier kain di Vietnam ni. Corak dan design kain pun up to date. Harga bergantung kepada jenis kain yang dibeli. Yang penting ibu2 harus pandai tawar menawar dong.




KEDAI KAIN PE LIN DALAM BEN THANH MARKET



Board senarai kedai-kedai dalam Ben Thanh Market. Canggih noks!


Dah habis usha-usha kain, kami masuk dalam Ben Thanh Market cari kedai Pe Lin. Jangan risau dalam market ni ada board direktori setiap kedai. Cuma perlu tahu no kedai yang korang nak serbu tu. Masuk dalam ni nafsu membeli tu dah tahap dihasut. Semua benda nak beli, jangan balik hotel rasa menyesal sebab tu kena jadi hati kering baru tak membazir. Alhamdulillah, Nina dan Anies relax. 


Kedai kain cotton dalam Ben Thanh Market

Pilih kain yang korang suka

Bermacam jenis kain lace ada dijual dalam Ben Thanh



Masuk saja sana sini muka Melayu. Jammed pala otak tengok peel berebut-rebut kain macam kat pasar berebut ayam, ikan etc. Kesian peniaga-peniaga tak menang tangan. JANGAN BAWA KANAK-KANAK kalau nak shopping. Ini bukan tempat sesuai nak bawa anak kecil. Unless selfish parents. 




Tak sure apa beza kain Pe Lin dalam Ben Thanh dan di luar tapi kain-kain yang dijual tetap sama mungkin kalau jenis cerewet dan suka memerhati akan tahu perbezaannya sebab tu harga murah sikit dari kedai luar. Kedai lain memang tak tengok. Rasa nak cepat-cepat keluar dari situ. Tudung pula bermacam style ada pashmina, bawal dan Nealofa. Tak jumpa wide shawl ye. Kalau tanya shawl, peniaga akan garu kepala.



Tudung pashmina banyak di jual dari bawal
Alhamdulillah hujan di Vietnam, meh balik ke hotel. Jangan naik teksi putih ini. Minah salleh selamba pakai baju hujan naik moto. Gadis Malaysia? Ermm



Kad bisness Kedai Kain Pe Lin Vietnam



Conclusionnya, selamat membeli dan buat pilihan yang bijak. Kami bayar guna RM 💸 Jangan boros takut korang ada masalah di airport. Tak lepas baggage tak tahu la. Hahaha.. Itu jelah yang dapat kita share, jenis tahan panas mungkin mereka berjaya tawaf satu market. Entri travelog HCM tak berakhir lagi, nanti Nina kongsi tips-tips dan bajet 😎 Sekian





22 August 2016

Happy Birthday MN


Salam Readers..



Siapakah orang yang dimaksudkan? Rasanya geng PBU ada dah tengok mukanya kot, siap dukung Aqil, anak kak Zai Zamree . First time dalam hidup beli kek untuk lelaki. Mulanya nak buat surprise, order kek senyap-senyap, last-last mamat tu tak mai kerja pulak. Rosak susu sebelanga program. Jadi kek terpaksa simpan keesokkan harini dan Nina minta kek COD ke tempat kerja tapi sayangnya kek dah senget, menangis guling-guling dalam pantry 😂


Kek birthday dah senget | Chocolate Indulgence Cake (2.5kg) - RM 75


Anyway, dah selamat kek dikorbankan. Makan banyak tapi tak muak. Suka kek buatan Hana, puas hati makan banyak. Ini saja yang dapat bagi untuk pakwe, hadiah dah bagi awal-awal lagi balik dari travel. Bab hadiah agak kedekut nak bagi banyak-banyak kali. Kalau korang tak mampu nak belikan hadiah. Boleh whatsapp macam ini 😆 



Dapat kenal dengan manusia jenis kelakar, senget pun sorang ni je. Motif? jangan ajar diri beli hadiah mahal-mahal


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 25
buat Mohamad Nafis B. Mohamad Yusoff
22 Ogos 1991


Semoga menjadi anak yang baik buat mak tersayang
Menjadi adik dan abang yang tak garang buat Naqib & Suraya.. Takmo bulibuli tau
Dan semoga panjang umur, murah rezeki & berjaya dalam hidup.
Aminn Ya Rabbal Alamin
(jangan tanya bila nak kahwin 🙈 boring)




Sesiapa stay area Seberang Jaya, Prai & Seberang Perai Selatan berminat nak order kek boleh try contact dan COD je :

Marissa Hana
018-466 7781
*macam-macam jenis kek homemade ada, boleh tengok di FB - Marissa Hana

 

20 August 2016

Senarai Hadiah Idaman Lelaki


Salam Readers..


Senarai Hadiah Idaman Lelaki | Hadiah Untuk Suami/Boyfriend | Siapa cakap tak boleh beli hadiah buat kaum tak sejenis. Nak beli untuk crush/kawan lelaki pun boleh. Yang tengah pening meh nak tolong korang pilihkan hadiah apa nak beli tu.



8 hadiah istimewa buat lelaki moden. Tukar dari parfume, kemeja atau dompet yang seolah-olah jadi 'hadiah wajib' buat lelaki. Memandangkan bulan Ogos ni birthday bf maka Nina nak kongsikan tips-tips untuk simpanan di masa hadapan 




1. Handphone


iPhone 6


Ikut trend semasa, tak salah untuk hadiahkan smartphone seperti iPhone buat jejaka istimewa di hati. Jika si dia tak kedekut belikan hadiah barangan mahal buat korang. 




2. Jersi Bola Sepak


Jersey MU


Jika teman lelaki fanatik bola sepak. Pancing ikan hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kegeramarannya. Kalau tak cukup bajet, boleh je beli jersi tiruan. Pastikan bf jenis spesis tak kisah atau demand. Asalkan kita ikhlas memberi.




3. Permainan Video


Play Station 5


Seperti kanak-kanak, majoriti lelaki sukakan permainan video. Dari video Sony PS1 hingga model PS5 terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang. 




4. Sport Rim


BMW M6 SE Sport Rim

Jika si dia seorang peminat kereta, suka upgrade aksesori kereta boleh hadiahkan sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin. Buat mereka yang termampu saja. 




5. MP3

Portable Mini Mp3 Player


Fenomena muzik tiada batasan. Teknologi muat turun lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Apalagi download sekali lagu kegemaran si dia!




6. Kasut Futsal


Nike 5 Elastic White Blue


Perlu bagi seorang wanita 'mencintai' apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut berjenama kegemarannya boleh menjadi hadiah paling sesuai. Ini membuktikan korang sokong minatnya.




7. Kejutan Majlis Hari Jadi


 Siapa tak kenal couple Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina


Kalau ada bajet lebih, aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh membuatkan kenangan dalam hidup. Amacam? 


8. Jam Tangan


Casio G Shock MTG-S1000D

Rata-rata lelaki suka pakai jam, kena lah up to date tahu brand apa yang dipakai selalu si dia. Nanti senang nak pilih. Hehe


Tambahan Hadiah Budjet

9. Set Tali Pinggang + Dompet

10. Kasut Jalan (Sneaker ke)

11. Topi/Baju T-shirt or Kemeja




p/s: Sesiapa kat sini lelaki, boleh tambah hadiah apa sebagai panduan bagi gegadis mencari hadiah 


14 August 2016

Tropicana Frutz Sparkling


Salam Readers..


Tropicana Frutz Sparkling | Tropicana Twister memang famous dengan air sari orennya yang banyak tu. Boleh dikatakan menjadi kewajipan kalau singgah hypermarket. Bila terbaca review air ni dalam blog Nurul Yui terus rasa nak try minum. Selalu minum yang oren tu. Air ini bergas ye. 




Tropicana Frutz Sparkling


So far ok buat peminat air bergas, tapi kurang gas, boleh diterima tapi lebih suka yang biasa. Korang boleh buat resepi guna air Tropicana Frutz Sparkling ni mesti sedap. Hehe 😉


12 August 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Unicorn Island Mekong River Tour


Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : UNICORN ISLAND MEKONG RIVER TOUR DAY 2 (PART 2)


Feels good to be here. Finally Mekong River! Kalau masih ingat sungai ke 12 terpanjang di dunia, ke 10 terbesar dari segi isipadu dan terpanjang di Asia bermula dari negara Tibet - China - Myanmar - Laos - Thailand - Kemboja - Vietnam. Kalau ke sini WAJIB ke Unicorn Island. Sebabnya ia sebuah pulau kecik mengikut peta yang ada di jeti.



Dah sampai pulau unicorn

video


Kenapa panggil Unicorn Island? Tak jumpa kuda bertanduk di sungai ni. Tour di Sungai Mekong harus explore makan madu, buah-buahan, naik sampan dan tengok cara proses gula-gula kelapa. Kerajaan Vietnam wujudkan tour untuk bantu penduduk miskin yang tinggal di sekitar Sungai Mekong. Mereka bergantung kepada rezeki pelancong saja. Kasihan tengok kehidupan mereka, anak-anak tak bersekolah.


 KEDAI MADU LEBAH @ MAT ONG HOA THIEN

Kedai menjual madu . Kedai ni ada tuan 1 saja bukan 7. Hahaha

Nak selfie dengan sarang lebih boleh laaa. Kami boleh blah. Si baju biru ni Moon, tour guide di sungai Mekong



Destinasi pertama kami ke kedai menjual madu. Dapat minuman percuma berasaskan madu dan pesen memaksa 'mewajibkan' pelancong beli madu atau Royal Jelly. Dinasihatkan jangan beli Royal Jelly, tak berfaedah. Nina dan gadis-gadis madu tertipu oleh Moon, kononnya boleh buat awet muda tapi bila pakai hampeh tak jadi apa.



Pelayan dah tunggu nak buatkan air. Lawa tak gadis Viet?

Minuman free ! Madu di minum dengan air teh tanpa gula, perahan limau nipis dan gula. Tapi gula macam rempah alba sambil makan kerepek dan kekacang. Pulak tu tengah seronok minum lebah terbang keliling kami

Sesi bincang sampai nak gaduh la.. Hahahaha.. Moon tak habis-habis promo Royal Jelly sambil gosok-gosok muka dia tu. Kelakar sebab masing-masing dok mengira. Beli 2 botol royal jelly free madu tu. Haih

Beli 3 jelly free madu. Datang ke sana jangan beli Royal Jelly tu

Otw ke kedai buah jumpa pokok ni di tebing sungai. Bapak ah subur tapi den konfius ni buah nangka ke cempedak. Hahaha



KEDAI KAIN SULAM DAN BUAH-BUAHAN @ DIEM DU LICH SINH THAI


Papan tanda masuk ke kedai buah. Tak faham sepatah pun. Tak jauh sangat dengan tempat makan madu tu. Cuma kena hati-hati sebab anjing liar berkeliaran beserta tahi


Tempat kedua, kami berehat sambil makan buah-buahan dan dengar gadis-gadis Vietnamese nyanyi lagu melayu. Hahaha. Kelakar.. Jejaga kat sini ada anjing dan tahinya. Ada juga jual souvenir macam kain sulam tapi kami cabut lari tak nak beli. Hihi


Tempat makan dah tersedia, syok makan buah sambil kena kipas perghh terus rasa mengantok

Buah-buahan yang dihidangkan untuk kami termasuk air teh. Nina makan mangga dengan nanas tu pun still rasa tawar. Kena cicah dengan asam serbuk baru sedap

Kami dihiburkan dengan lagu vietnam, depa tau 2 team dari Malaysia termasuk kami dorang nyanyi lagu Jimmy Palikat, Anak Kampung. Hahaha. Boleh la tahan suara nasib tak hujan lagi masa tu

Menunggu makcik moon yang tak habis-habis suruh membeli. Sementara Nina dengan Anies lari dari dia kita selfie dulu. Gadis bunga teringat mat bunga di Malaysia. Hahaha



NAIK SAMPAN DI SUNGAI MEKONG !


Destinasi ketiga yang ditunggu telah tiba, krik krik.. Jalan menuju ke sungai lalu di kawasan kebun buah limau bali. Tapi semua cinonet tumbesaran terbantut dan busuk. Trademark ke Vietnam memang tak sah naik sampan. Dalam hati risau juga, berapa orang dapat naik dalam sampan. Dah ler badan semua muatan berat. Hahah.. 


Sedikit info, setiap sampan ada 2 pendayung mungkin si anak dan emak atau ayah. Budak yang mendayung tak bersekolah dan masih muda, usia mungkin dalam 15-16 tahun. Di Vietnam, hanya golongan berada je pergi sekolah. Bayangkan nak beli rumah dan kereta kena CASH.


Laluan menuju ke sungai, jalan dalam kebun limau bali

Sampan2 dah sedia menanti pelancong. Takut pulak tengok sampan macam tak muat. Heee

Duduk depan tour guide rasa selamat sikit. Siap sembang tanya orang Vietnam tak buat gula nira dari nipah ke. Hahah. Naik sampan ni wajib pakai topi ni tau baru feeling

video
Video manusia excited naik sampan. Agak berpeluh juga walaupun bukan mendayung

video
Rasa tenang dengar bunyi burung. Macam sambut kedatangan kami pulak. Sepanjang menyusuri anak sungai Mekong ni, dapat tengok suasana kampung di Vietnam. Dorang bukan orang senang, rasa bersyukur dan insaf di luar sana ada lagi yang susah dari kita.


Satu sampan muat 6 orang dengan 2 pendayung di depan dan belakang. Ketua rombongan harus lah dok depan. Betoi kata Pha Is, suka buat muka bila selfie. Hahahah

Mendayung dalam 30 minit sampai juga ke jeti. Sebelum keluar tu kami setiap sorang sempat beri tips. Anggap macam sedekah sebab mereka bukan orang senang.



GULA-GULA KELAPA !



Destinasi terakhir sebelum kami tamatkan tour sungai Mekong ni, tengok penduduk hasil gula dari kelapa. Siap dengan mesin kecuali packaging guna tangan. Tak beli pun, hanya usha-usha. Tak dapat nak bagi tahu berapa harga sepeket gula-gula tu. Gadis-gadis lain sibuk dok belek minyak urut atau minyak kuat dari ular dan kala jengking. Idok ler mike nak masukkan gambar botol tu. Huhu. 


Mesin pecahkan kelapa ke? Haha. Orang Mesia guna parang je

Mesin ni macam kacau dodol pun ada siap dapur kayu

Muda-muda tak pergi sekolah, tolong family. Cekap betol potong kepingan gula-gula guna pingan je

Coconut Candy dengan minyak kuat dari ular dan kala jengking



Ready dah nak balik, tunggu bot lama sikit dalam 15 minit. Naik bot dapat air kelapa free. Sedut puas-puas sambil dengar Moon membebel untuk kali terakhir. Hahaha. Entah macam mana tour guide, Abang Soleh boleh nyanyi pulak. Perut dah menyanyi mintak makan. Lunch kami termasuk dalam pakej. Jadi dalam perjalanan balik ke Ho Chi Minh, singgah makan dulu.



Kalau tak buat muka memang tak sah. Legaa dah habis sedut air kelapa jadi gitu ler. Ketawa besar tak ingat dunia

Entah apa yang Moon bebelkan tu. Tak ambik port. Tak faham apa lagu yang tour guide nyanyi. Hahaha

Feeling minum air kelapa di sungai Mekong. Selalunya orang minum di tepi pantai. Lantak lah labu. Dah free. Hahaha. Rasa macam ada kat Penang bila tengok jambatan ni. Tak tau nama

Jangan membeli belah souvenir di kedai-kedai dalam jeti Sungai Mekong, peniaga tak nak tawar menawar langsung.

Muka tu tak boleh blah. Hahaha. Kalau boleh tengok makanan sampai tembus pingan. Minuman free cuma mineral, kalau nak minum air lain kena bayar

Sebelum dan selepas makan. Sangat SEDAP !! Masing-masing siap kikis lauk dan nasi



Tak sabar nak balik HCM, city tour dan sesi shopping part 2. Hehehe.. Kerja shopping tak habis-habiskan. Bertabah lah. Klik dengan senang hati ya.. Hakikatnya nak publish entri travel ni cepat habis. Malas 😄😅


Part 1
Part 2
Part 3
Part 4


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com