30 September 2016

Migliore Homestay @ The Majestic Tower & Residences Ipoh


Assalamualaikum Readers..


MIGLIORE HOMESTAY @ THE MAJESTIC TOWER & RESIDENCES, IPOH | REVIEW


Sebelum start story mory reunion dengan kengkawan kolej meh nak review homestay yang kami stay di Ipoh itu hari. Homestay ni, kawan yang tolong carikan jadi kalau nak menginap boleh search di Google. Homestay di sini untuk 1 malam dalam RM 350. So far ok dengan kami 11 orang. Kondo ini dalam area pekan Ipoh, senang nak cari. Mudah buat kami sebab dah hafal jalan dalam Ipoh. 



The Majestic Tower & Residences Ipoh


The Majestic Tower & Residences Ipoh

Mandi sambil tengok pekan Ipoh




Di rooftop tingkat 21


Ikhsan Google



Dah nama homestay mesti ada semua kelengkapan rumah. Jangan risau cuma perlu bawa diri dan baju kalau stay sini. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Kondo 21 tingkat ni ada kolam renang di tingkat 6 dan boleh beriadah di rooftop sambil sembang-sembang kunyah jajan. Hahaha 😄 Angin sepoi-sepoi bahasa rasa macam takmau balik 😀



Facilities yang disediakan :

TV
WiFi
Extension (setiap bilik)
Air Cond (setiap bilik dan ruang tamu)
Iron & iron board
meja makan
sofa
shower gel
hanger
Mesin basuh

Migliore Homestay

Rumah di tingkat 8


Ruang tamu. Tak buka lampu memang gelap





Master Bedroom

 


Bilik tidur ke 2

Katil yang empuk. Syok ohh



Bilik tidur ke 3 






26 September 2016

Kulit Gatal Terus Ke Kelinik Kulit Socka, Perai


Assalamualaikum Readers..


Kulit gatal-gatal dah hampir seminggu tak baik-baik, makin merebak pula. Tergaru sana tergaru sini, nasib ada klinik pakar kulit ni, pulak tu 10 tahun lepas ayah pun alami gatal-gatal juga. Alhamdulillah lepas 2x appointment dah elok hingga sekarang. Ini bukan sebarang gatal, gatal sepanjang masa. Seksa juga time nak tidur. Rasa macam nak tenyeh kulit di dinding rumah, bukan main kegatalan melanda.


First appointment

Banyak betoi ubatnya. Huwaaaa



Orang-orang area Seberang Perai maybe perasan klinik ni. Walaupun ubat-ubatnya mahal beratus-ratus tapi memang baik dengan cepat. Ok ler pasal duit tu tak kisah janji hilang gatal. Recommended buat semua golongan yang gatal-gatal kulit. Budak-budak pun banyak je dalam klinik ni. Total for first treatment hanya RM 100. Tu pun tak teruk lagi sebab tak kena injection. Fuhhh selamat, lap peluh merecik. 



23 September 2016

11 Tempat Wajib Singgah Bila Ke Ho Chi Minh


Assalamualaikum Readers..


11 TEMPAT WAJIB SINGGAH BILA KE HO CHI MINH



11 Tempat Wajib Singgah Bila Ke Ho Chi Minh




1. BEN THANH MARKET - Ada jual kain cotton, kain lace, prada lace, sutera Vietnam, blaus, t-shirt bercorak, kemeja lelaki dan wanita, beg deuter, kasut, cadar, table runner, lapik meja, sarung bantal bersulam, souvenir, pashmina, Nealofar dan macam-macam lagi.


2. BEN THANH NIGHT MARKET - Pasar malam Ben Thanh bermula jam 7 pm - 12 am. Barangan yang dijual lebih kurang dalam Ben Thanh Market dan lebih murah sedikit harganya jika pandai menawar dan peniaga tak perlu membayar sewa kedai sebab dijual di tepi-tepi jalan. 


3. SAIGON SQUARE - Jual baju branded, baju sukan, baju hujan, baju branded kanak-kanak, blaus, kemeja, kasut. Kebanyakkan barang-barang di Saigon Square adalah branded dan berkualiti. Jangan risau, boleh tawar menawar jika pandai.


4. MALAYSIAN STREET - Kat sini kalau malam-malam memang heaven nak shopping. Ada jual telekung, t-shirt Vietnam, beg deuter, kain cotton, baju kurung siap, jubah dan macam-macam lagi. Tempat makanan halal pun banyak kat sini.


5. CU CHI TUNNEL - Perjalanan selama 4 jam pergi dan balik, mengambil masa setengah hari. Rugi sangat kalau ke Vietnam tak singgah tempat bersejarah kesan peninggalan Komunis. Banyak yang boleh kita pelajari tentang sejarah Vietnam di sini. Yang paling best pengalaman masuk terowong gelap. Lemas tak bernafas. (Nina tak sempat ke sana sebab faktor cuaca, hujan)


6. SUNGAI MEKONG - Perjalanan ke Sungai Mekong pergi dan balik ambil masa 4 jam, ditambah naik sampan mengambil masa sehari. Dari Ho Chi Minh, kita akan ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Unicorn. Di sana, akan menaiki sampan, pergi ke kilang hasilkan gula kelapa, minum teh madu, makan buah sambil tengok persembahan nyanyian gadis-gadis Vietnam.


7. HARD ROCK CAFE HO CHI MINH - Buat pengumpul barangan Hard Rock Cafe, boleh singgah. Ada diskuan jika borong 4 helai t-shirt ! Wow


8. SAIGON CENTRAL POST OFFICE - Pejabat pos yang beroperasi dari 8 am - 5 pm . Boleh pos surat dan beli peta Vietnam. Masih menggunakan bangunan semasa penjajahan Perancis lebih 100 tahun.


9. WAR REMNANT MUSEUM - Museum yang menyimpan bermacam jenis kelengkapan perang zaman Komunis seperti kereta kebal, bom dan senjata. Bayaran masuk dalam 30,000 VND.



10. (SAIGON) PEOPLE COMMITTEE HALL - Bangunan paling cantik rasanya di HCM. Ada tugu peringatan Ho Chi Minh. Nak selfie boleh ke sini.


11. KEDAI MAKANAN HALAL - Jangan risau tentang makanan halal tapi perlu juga bawa makanan segera kerana harga makanan terutama nasi di Vietnam sangat mahal. Banyak kedai area Ben Thanh Market. Harganya memang 2-3 kali ganda mahal dari Malaysia. Jangan lupa singgah Restoran Hajah Basiroh, Restoran Ay Sah, Restoran Halal Saigon kerana makanan sangat sedap. 



Selamat Melancong ke Ho Chi Minh !


22 September 2016

Watermark Blogger Cik Ash


Assalamualaikum Readers..


Watermark Blog | Watermark baru tahun 2016 dari Blogger Cik Ash | Rajin buatkan untuk geng-geng PBU dan salah satu promosi untuk business terbaru ambil tempahan design watermark. Terima kasih Kak Ekin 😆 Suka dan simple je design. Dah lama dapat watermark ni dari 30 Mei lepas. Baru teringat nak publish 😀



Watermark dari blogger Cik Ash



Macam-macam design watermark untuk PBU . Berminat nak dapatkan watermark comel-comel boleh contact pemillik blog http://cikash.blogspot.com/ . Nanti boleh request kat Cik Ash @ Ekin . Hehe. Semoga murah rezeki 😉


20 September 2016

Film Review : The Secret Life of Pets


Assalamualaikum Readers..


Review Filem The Secret Life of Pets (2016) | What's up kids ! Lepas habis ternak lemak di Boat Noodle, entah mimpi apa akak Nina boleh terjebak nak tengok movie kartun sebab di belanja ! Haha 😆 Last tengok movie time birthday bulan 7 aritu. Mak aii lama bebenor tak tengok wayang. Movie ni memang sesuai untuk semua peringkat umur, kelakar dan mencapai box office dari $75 million hingga $834.8 million. Meh layan kehidupan haiwan peliharaan 😎



The Secret Life of Pets Poster



SINOPSIS THE SECRET LIFE OF PETS :



Mengisahkan anjing bernama Max, tinggal bersama tuannya Katie di sebuah apartment area Manhattan. Setiap hari selepas Katie keluar bekerja, Max bergaul dengan haiwan kesayangan yang lain dalam apartment. Satu hari, Katie membawa pulang Duke, anjing besar dari Kawalan Haiwan, membuatkan Max cemburu kerana tumpuan lebih pada Duke. Marah dengan perbuatan Max terhadap dirinya, Duke cuba meninggalkan Max di lorong, tetapi kedua-dua diserang oleh sekumpulan kucing yang diketuai Sphynx.



Max dan kengkawan

Katie membawa pulang Duke



Kucing menanggalkan kolar di leher Max dan Duke, meninggalkan mereka untuk ditangkap oleh Kawalan Haiwan. Duke takut kalau dia ditangkap kali kedua. Mereka diselamatkan oleh seekor arnab, Snowball pemimpin "Kemarahan Haiwan" - group haiwan pembetungan kerana dibuang dan dizalimi oleh tuan. Max dan Duke berpura-pura menghina tuan mereka. Sebelum masuk kumpulan, mereka harus benarkan ular menggigit. Duke tak sengaja membunuh ular dan melarikan diri menaiki feri ke Brooklyn, membuatkan Snowball marah.



Nak join group arnab kena gigit dulu. Haha

Helang yang dibebaskan Gidget

Hahaha kelakar. Paling suka watak Gidget, comel




Gidget, tertarik pada Max ingin mencari dan merekrut helang merah bernama Tiberius yang dikurung oleh tuannya. Selepas dibebaskan Gidget, Tiberius pulang membawa Ozone, si kucing yang tahu tentang anjing. Kemudian Gidget mengumpulkan kawan-kawan untuk mencari Max. Mereka juga melarikan diri dari Snowball. Di Brooklyn, Max dan Duke mula rapat dan mencuri makan di kilang sosej. Duke menceritakan tuannya, Fred, seorang lelaki tua hingga satu hari Duke tersesat ketika mengejar rama-rama dan ditangkal Kawalan Haiwan tetapi Fred tak pernah datang menuntut.



Sebelum melarikan diri dari tempat Snowball

Kwasan kucing-kucing jalanan



Max dan Duke melawat rumah Fred, apabila tiba tuannya sudah meninggal. Geram dan marah, Duke menuduh Max cuba menyingkirkan dia dan menyalak di rumah pemilik baru dan menghubungi Kawalan Haiwan. Max ditangkap tetapi Duke menyelamatkan dan melarikan diri sambil tengok Duke dibawa ke van. Cuba untuk selamatkan Duke, Max diserang geng Snowball.



Max memuji keberanian Gidget dan dilamun cinta

Semua pulang naik teksi. Bukan main

Anjing putih tu kalau tuan tak ada buat disko



Geng Snowball ditangkap juga, dan bergabung bersama Max. Mereka memandu van hingga kemalangan di Jambatan Brooklyn. Gidget tiba dan menyelamatkan Max. Van yang membawa Duke terjatuh ke dalam laut dan Max ada didalam cuba menyelamatkan Duke. Kunci sangkar Duke juga jatuh, Snowball terjun dan selamatkan mereka. Seluruh haiwan peliharaan pulang ke apartment dengan teksi. Max dan Gidget dilamun cinta. Snowball dengan pelan baru kejahatannya tetapi dipeluk oleh kanak kecil, Molly ingin peliharanya. 




🌟 🌟 🌟 🌟


18 September 2016

Bajet Dan Perbelanjaan Di Ho Chi Minh, Vietnam


Assalamualaikum Readers..


 BAJET DAN PERBELANJAAN DI HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016






Bajet dan perbelanjaan di Ho Chi Minh tak mahal sangat kecuali nasi.. nasi sedap tapi mahallll.. Betapa pentingnya beras bagi rakyat Asia tapi rakyat Malaysia sawah padi jadi rumah teres. Oppsss. Hahaha.. Traveller solo ayuh luaskan kaki mu terbanglah ke mana saja macam iklan AA "now everyone can fly" . Aku tau banyak blogger solo travel sana sini. Ada yang berani travel sorang-sorang. Salute ! Tuan blog kena pegi beramai-ramai baru boss besaq bagi lepas. 



Berminat nak ke Sungai Mekong & Chu Chi Tunnel boleh berhubung dengan Tour Guide yang Nina ambil, boleh whatsapp dan lelaki ini fasih melayu :

LOH AEDA +84 126 993 0648



*Tukaran mata wang RM di HCM (20 Mei 2016)


Tiket Air Asia Penang - Ho Chi Minh (return) + Hotel 3H 2M = RM 412.99 (seorang) *booking 2 bulan awal
Luggage 20KG Penang - Ho Chi Minh = RM 52.00 / 3 = RM 17.30 
In-Flight Food Penang - Ho Chi Minh = RM 15



Day 1 (20 Mei 2016)


Makanan & minuman = 720 VND (RM 17)
 - seeloknya bawak roti, meggi etc
Souvenir Ben Thanh Market = RM 107



Day 2 (21 Mei 2016)


Breakfast Nasi Lemak = 70 VND (RM 12++) & Tea Panas = 15 VND (RM 2++)
Tour Guide Packages = RM 150/person (tour Sungai Mekong saja incl transport, boat ticket, lunch)
Tips budak sampan = RM 10
Royal Jelly = RM 28
Souvenir Mekong River = RM 94
Souvenir T-Shirt Hard Rock Cafe = 750 VND (RM 137)
Souvenir Ben Thanh Night Market = RM 72
Dinner Sandwich & Coffee Milk = 35 VND (RM 6)
Total Teksi Ben Thanh - Hotel = 30 VND (RM 5.48) (meter)



Day 3 (22 Mei 2016)


Tips Tour Guide = RM 60 / 6 = RM 10
In-Flight Food Ho Chi Minh - Penang = RM 10



TOTAL : RM 1105.79 SEORANG ! *bajet
(Total tukar RM : VND = 1362.500 VND (RM 250) untuk kegunaan beli makanan, minuman, teksi, hard rock)



*currency mungkin akan bertukar dari semasa ke semasa, bajet ni tak termasuk shopping kain tau, maybe akan banyak duit diperlukan termasuk harga luggage. Happy Travel guys !



17 September 2016

Happy Birthday Bapa !


Assalamualaikum Readers..


Kasih seorang bapa tak pernah kurang, nowdays kalau berjalan jauh, travel ke bila nampak orang tua merayau tepi jalan mesti teringat bapa. Terfikir ke mana anak-anak dorang. Nasib Pak Mad ada sorang anak. 



Tak ready macam gini laaa.. Susah nak ajak selfie, macam anak teruna



Kami kuat argue, kuat berebut makan, kuat loyar burok, berebut toilet dan entah apa-apa lagi. Dia bukan saja bapa tapi macam abang. Kalau salah sorang takda di rumah mula diam. Bila ada kerja bergaduh. Sayangilah bapa, ayah, abah jika masih ada 😊 Tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti dah takda, tak dapat ganti dah.



Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 69 Bapa !
 Ahmad B. Mohd Zain
17 September 1948


Terima kasih untuk segalanya
Lelaki a.k.a boyfriend pertama sepanjang hidup
Semoga panjang umur, murah rezeki & berada dalam lindungan Allah
Aminn Ya Rabbal Alamin
(pelik's awat Nafis takut nak cakap, kalau dengan mak bukan main 🙈 haha )


15 September 2016

Boat Noodle @ Sunway Carnival Mall, Penang


Assalamualaikum Readers..




 LUNCH DI BOAT NOODLE | SUNWAY CARNIVAL MALL


Lunch di Boat Noodle | Menternak lemak di Boat Noodle Sunway Carnival Mall, branch ke 2 di Penang. Dibuka bulan Julai lepas, orang sanggup beratur panjang. Lebih kurang scenario Magnum Cafe di Mid Valley. Maybe orang Seberang Perai malas nak masuk pulau terjah Boat Noodle di Queensbay Mall kot atau orang tak perasan restoran BN kat sana. Hahaha *kaki makan mesti alert 😀



Lunch di Boat Noodle Sunway Carnival



Alhamdulillah, harini berjaya juga makan dan sembang-punya-sembang tak sangka dah 2 jam. Saja ambil cuti nak settelkan urusan mak dan Nina dapat voucher 4 bowls tu, syarat kena makan on weekdays only. Nasib ada Nephew jenis makan apa saja. Peminat makanan Thai saja yang akan makan bermangkuk-mangkuk sebab kuahnya pelik. Kekeke



SEJARAH BOAT NOODLE


Aci tak aku cerita sejarah ni? Boat noodle berasal dari Thailand dan datang dari perniagaan yang kecil di atas bot di tengah negara Thailand. Jadinya, Boat Noodle ini telah sampai di Malaysia kerana mereka mendapat ilham bahawa rakyat Malaysia selalu busy dan tak sempat makan. Makanya, wujudlah boat noodle.






Apa yang menarik dengan Boat Noodle ni adalah Mee Sampan dia tu haa.. Mee Sampan ni ada 2 perasa dan boleh pilih makan dengan ayam atau daging. Apa yang membezakan mee sampan ni adalah perisa sup dia tu. Nina lebih suka perisa Pathumthani sebab dia ada pedas-pedas sikit dari Ayutthaya yang more to herbs
😉


Ayutthaya | Resepi ini berasal dari wilayah Ayutthaya di Bangkok. Rasa kuah sup berkrim gelap yang mempunyai lebih kurang 10 jenis herba. 


Pathumthani | Resepi menggunakan kicap pekat dan rasa masam dan pedas yang sikit. Dibuat menggunakan 19 herba, 5 jenis serbuk rempah, bunga lawang dan kulit kayu manis. 

  

Menu Boat Noodle . Klik untuk tumbesaran



Antara menu-menu hot yang korang boleh order sampai lebam. Alahaiiiiii, rindu pulak nak makan di Boat Noodle ni. Semua makanan Thailand. Kepada peminat masakan Thai aku rasa korang patut ke sini dan try semua menu yang ada



Pathumthani dan Ayutthaya bersama ayam (semangkuk harga RM 1.90)

4 mangkuk Pathumthani dan 2 mangkuk Ayutthaya . 4 bowls free pulak ! Grill Chicken Meatball (RM 4.90) Khop Khun Kha Boat Noodle


Mee sampan dan antara dua ni ada beza dari kuah dan rasa Mee ni korang kena makan panas-panas, kalau dah sejuk tak sedap. Dari segi minuman, mesti pilih Green Tea !!!! Mula lah mengidam Thai Ice Tea kat Songkhla. Mak aii pekat sebab tea depa tak ada campuran macam kat sini.



Muka kembang 3 mangkuk sekali dengan eyebag

Thai Popeye's Tempura (RM 6.90) sedap dan ranggup

Sayur bayam yang digoreng, ingat portion kecik rupanya besaq baq hang. Kruk krak kruk karak bila makan oii.. sos dia sedap . Makan sampai habis tinggal daun besaq. Hahaha. Kami terasa macam Popeye dan Olivia.



#Review Boat Noodle :


  • Makanan dan minuman memang tip top. Erghhhh . Rugi tak tapau Green Tea dengan Sangkaya
  • Perasan mangkuk yang dorang serve tak sumbing dan pecah. Adakah kerana outlet Sunway Carnival ni baru lagi makanya mangkuk 3000++ tak rosak lagi. FYI mangkuk2 Boat Noodle akan ada sumbing/pecah disebabkan pelanggan selalu ramai dan masa untuk membasuh mangkuk agak cepat. Purata sebulan mangkuk di tukar dalam 100++ dan setiap outlet dibekalkan sebanyak 3000++ mangkuk. Kesemua mangkuk didatangkan dari Thailand. Boat Noodle tahu akan hal makruh guna mangkuk sumbing ni dan mereka BERUSAHA menyediakan yang terbaik
  • Kebersihan dijaga
  • Meja memang kecik, makan berdua jenuh tak cukup space
  • Staf rajin bila tengok mangkuk pelanggan dah licin, terus minta nak basuh lettew, well done !
  • Sijil halal masih dalam proses
  • 85% pelanggan muslim
  • Servis mereka cepat dan pekerja ramai dan cekap
  • Bagi 4/5 🌟



Bajet Makan Berdua :


N03 P. Chick Thai Rice Noodle 4x - RM 7.60
N04 A. Chick Thai Rice Noodle 2x - RM 3.80
F08 Thai Popeye's Tempura 1x - RM 6.90
F03 Grill Chicken Meat Ball 1x - RM 4.90
B15 Ice Blended Thai Green Tea 1x - RM 8.90
B02 Thai Iced Coffee 1x - RM 6.90




SUBTOTAL (Exclusive GST) : RM 39.00
(MEV) 4 Bowls Free : RM 7.60
After Discount : 31.40
Service Charge (5%) : RM 1.57
GST (6%) : RM 1.98



TOTAL : RM 34.95




BOAT NOODLE | SUNWAY CARNIVAL MALL

Dibuka setiap hari
Jam 10.00 pagi - 10.00 malam



Official Instagram :
@boatnoodle
Official Facebook :
My Boat Noodle
Official Website : Boat Noodle



BRANCH BOAT NOODLE

1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane

2. The School at Jaya One, P2, Same Floor as Cold Storage

3. Ikon Cheras, G Floor

4. Berjaya Times Square, Level 2

5. Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a

6. Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C

7. Gamuda Walk, Kota Kemuning

8. Klang Parade, 5th Floor

9. D'Pulze Putrajaya



14 September 2016

Magnifique Cakes @ Bandar Perda, Bukit Mertajam


Assalamualaikum Readers..


Magnifique Cakes | Makan di Magnifique Cakes, Bandar Perda, Bukit Mertajam | Plan nak berbuka di sini bulan puasa lepas sambil celebrate birthday tapi cuti raya awal. Cerita 19 Ogos lepas, tak sempat nak publish entri. Haha.. Apa yang best dengan restoran ni ialah deco dan makanan yang sedap pernah orang melayu buat setanding dengan cafe Chinese di Penang. RESTORAN TANPA GST ok ! Buat orang-orang Seberang Perai boleh lah terjah dan masukkan dalam list JJCM atau korang nak singgah Penang kan 😜😋


Kesedapan sampai menutup mata di Magnifique Cakes yang penuh dengan makanan best !

Magnifique Cakes | Pilihan Nina, Chicken Terriyaki (RM 18.90) dengan Air Ocean Blue (RM 8.90) RECOMMENDED ! Suka sos BBQ dan seketoi kentang lenyek yang berbau butter




Restoran ini serve makanan barat dan berbagai jenis kek dan pastri. 100% milik melayu kita. Decoration restoran ni cantik ok! Syokk kalau dapat selfie tapi malu. Kalau nak tempah kek atau apa-apa majlis boleh ambil packages yang Magnifique Cakes sediakan.




PORTION MAKANAN MAGNIFIQUE CAKES sangat banyak. Kalau nak oder tu biar lah perut space banyak


Magnifique Cakes | Pilihan Hana, Fettucchini Carbonara Alfredo (RM 15.90) RECOMMENDED ! Sangat creamy yang tak memuakkan. Nak makan tapi tak sampai hati nak tunggu



Hari kami makan tu Jumaat pula jadi officemate ajak makan ramai-ramai sebab time tu gaji masyuk. Hehehe.. Dulu masa kedai ni baru buka ada lah baca review-review kata makanan tak sedap. So far owner MC ni dah upgrade makanan dorang. Yippieeee. Sokong business orang kita kan. TIPS makan disini :





1. Bawak lah jajan ke air sebab makanan agak lewat sikit kalau terlalu ramai orang. Kekurangan chef kot. Not bad walaupun lewat tetap makanan tak hampakan tekak dan perut.


2. Make sure perut betul-betul kosong kalau nak makan di MC sebab portion setiap menu banyak. Jangan tertipu dengan gambar di buku menu.


3. Patut cuba kek pandan dan Wild Mushroom Soup with Garlic Bread ! sedappppp tau..  *lupa nak snap gambar


4. Lain-lain makanan patut cuba ialah Mini Nachos, Churros, Combo Set Aglio Oglio Seafood.



List Harga Magnifique Cakes (makan berlima) tanpa GST !

Deco cashier pun lawa ! Haih kena repeat makan kat sini dengan anak menakan

Ikhsan Google . Decoration combine Pink + White



MAGNIFIQUE CAKES
Bandar Perda
No. 11, Ground Floor, Jalan Perniagaan Perda Barat, Kawasan Perniagaan Perda Barat, 14000 Bukit Mertajam, P. Pinang


Dibuka setiap hari
Jam 11.00 pagi - 11.00 malam
(kecuali cuti umum akan di umum dalam FB)


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi, Magnifique Cakes ambil tempahan untuk sebarang majlis Hari Jadi etc


Tel : +604 548 0404
Official Instagram :
@Magnifiquecakes
Official Facebook :
Magnifique Cakes
Official Blog : Magnifique Cakes Malaysia


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com