21 June 2017

Resepi Air Fair Lady


Assalamualaikum Readers 😉

Resepi Air Fair Lady | Minuman Berbuka Puasa | Semuanya sedap dan senang nak buat. Habis bulan puasa nanti dah tak teringin nak minum. Hehe 😅😅 

Air Fair Lady

Sebelum ramadhan berlalu pergi dan kembali tahun depan, meh cuba satu lagi resepi air masam-masam manis laici. Hehe


Guns Marigold kotak sebab pemalas nak bancuh


Bahan-Bahan :

Air oren secukupnya (apa saja air oren)
1 tin laici
Nata de coco secukupnya
3 sudu teh biji selasih direndam air panas dulu
Ais batu


Cara-Caranya :

1. Masukkan air oren. Nina guna marigold senang cerita


2. Masukkan laici, nata de coco dan biji selasih


3. Sedia untuk dihidangkan sejuk


20 June 2017

Mister Potato Ubi Keledek


Assalamualaikum Readers 😁

Mister Potato Ubi Keledek | Ubi Keledek Ungu | Jatuh hati dengan yang ini, betul rasa manis ubi dan warna ungu memikat. 2 kali repeat makan tu kira ngam lah 😝😝 

Mister Potato Ubi Keledek Ungu

Ungu gitu

Manis rasanya

Siapa pernah makan ubi keledek ungu mesti nak cuba versi keropok pula. Dulu viral di media sosial sekarang dah laku keras. Belum cuba, carilah nanti hanya RM 4.55 😄

19 June 2017

101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan @ Vistana Hotel Penang


Assalamualaikum Readers 😆


101 Resepi Tradisi Tok Wan Vistana Hotel Penang | Ramadhan Buffet Vistana | Sempena bulan ramadhan ni, Vistana Hotel turut menyediakan hidangan berbuka puasa dengan tema '101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan' 😃


Kesemua hidangan berasaskan masakan Melayu Traditional yang diinspirasikan dari nama Tok Wan yang terkenal di Negeri Pahang dengan panggilan nenek. Meh layan gambar 😉 Confirm terliur


MAIN DISH BUFFET


Kangkung Belacan, Ayam Masak Ros, Sambal Tumis Udang Petai, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Rendang Itik, Ayam Goreng DJ, Ikan Keli Goreng Berempah

Pucuk Paku Lemak Kuning, Kurma Daging Kambing, Lala Goreng Pedas, Siew Pak Choy Dan Tauhu

Daging Rendang Tok, Ikan Cencaru Sumbat Sambal, Rendang Itik, Sambal Tauhu

 Pajeri Nenas, Pucuk Paku Masak Lemak Kuning



Nasi Hujan Panas


Tok Wan main course terdiri dari lebih 10 jenis hidangan masakan ala Melayu atau lebih kepada masakan cara kampung. 


ASSORTED CAKE, PASTRIES & DESSERT


Agar bermacam 

Semuanya nampak sedap

Assorted Pastries, Jelly, Tiramisu

Pilih pilih

Puding Roti Dengan Sos Kastard.. Ini sedap

Kuih muih 

Perbagai jenih kuih traditional

Agar-agar


Banyak menu buffet ramadhan di Vistana, harga berbaloi dengan menu yang banyak. Sangat sesuai untuk family besar berbuka di sini. Hotel ini menyediakan konsep Ballroom Round Table sangat sesuai menjamu selera with the whole family members 😃


Terdapat juga gerai di luar ballroom yang korang boleh pilih. Menyajikan 'The all-time Penang Favourites' memang akan terjah dahulu. Patut cuba nasi ayam, laksa, rojak dan aiskrim Malaysia terutama perisa Oreo.


ACTION STALL


Lemang dan ketupat palas

Ketupat Palas dan Serunding Ayam

Nasi Ayam

Fresh Fruit
Laksa Penang

Roti dan Sup

Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau

Penang Rojak.. Must try

Kerang rebus pun ada

Sos cicah kerang



Murtabak stall

Murtabak garingnya

Ais Kacang

Satay Ayam dan Daging

Kambing Golek

Juicy nyummy

Aiskrim Malaysia

Laici Kang

Minuman Sejuk.. suka air jagung manisnya

Minuman panas


Selain itu, appetizers section juga tak kurang penuh dengan jenis kerabu serta ulam-ulaman dan banyak lagi sambil tu boleh makan dengan sambal dan beraneka jenis keropok.


Kerabu Mangga, Sotong, Kaki Ayam dan lain-lain

Ulam dan beraneka jenis sambal

Keropok

Tauhu Sumbat dan Telur Masin

Kurma dan dodol


Overall berpuas hati dengan menu yang disediakan Vistana Hotel. Setiap tahun, pelanggan dihiburkan oleh persembahan live sambil menikmati juadah berbuka puasa.


Paling suka Tiramisu, Rojak dan Aiskrim Oreo

Persembahan Ghazal

Luaskan boleh pilih makanan dengan senang hati

Selfie is a must

Terima kasih Ms. Kai Jing kerana jemput kami berbuka sambil merasa makanan buffet disini. Apa tunggu lagi, cepat booking!



18 June 2017

Express Kad Raya GA by Nina


Assalamualaikum Readers 😄

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, tahun ke 2 Nina adakan GA buat rakan-rakan blogger yang dihormati dan disayangi. Harap sudi join ya 😀 😀


Syarat-syarat :


1. Follow blog Nina

2. Buat 1 entri "Express Kad Raya GA by Nina"

3. Masukkan banner GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina

4. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.ORG

5. GA bersiaran dari 16 - 18 Jun 2017 (6 PM)


Hadiahnya :

1 Kad Raya x 21 keping


SEMOGA BERJAYA !

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com