23 January 2017

Resepi Gulai Buah Belinjau Masak Udang


Assalamualaikum Readers..


Resepi Gulai Buah Belinjau Masak Udang | Resepi yang masih simpan dalam draft dari tahun lepas. Hehe.. Lama dah nak share resepi ni sebab rasa ramai orang tak tahu buah belinjau dan cara makan. Pokok Belinjau [klik sini] korang boleh try cari di pasar tani, pasar kemboja, pasar malam. Dari kecik dah makan buah ni sebab di kampung dulu ada pokoknya, sebelum tanah kampung kena beli. Sedih nak makan kena tunggu musim buahnya, atau peniaga dari kampung datang jual di pasar 😑



Gulai Buah Belinjau



Gulai Belinjau ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Maka bertambah nasi berkali-kali. Yang best sebab ada khasiat, jangan risau tak ada bau busuk macam petai, jering etc. Orang berpantang elok makan kata orang-orang dahulu.



One of my fav makan cam gini



Bahan-Bahan :



1 kilo buah belinjau
Sepeket rempah kari daging
11 ekor udang atau daging
1 cawan santan
1 camca kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk perisa & garam
1 ulas bawang merah & bawang putih
1 tangkal daun kari




Cara-Caranya : 


1. Buah belinjau ada 3 lapisan kulit. Kulit luarnya dan biji berwarna putih boleh dimakan. Besiang dulu dan buang selaput kulit dalam.


2. Asingkan kulit luar dan biji berwarna putih dahulu. Kemudian rebus biji putih dengan rempah kari daging sehingga empuk.


3. Kemudian masukkan kulit buah belinjau dan rebus sehingga empuk.


4. Masukkan udang. Jika gunakan daging, rebus terlebih dahulu sehingga empuk dan masukkan kesemua termasuk air rebusan ya.


5. Selepas udang atau daging dimasukkan, biarkan seketika baru masuk santan. Pastikan semasa rebus tu, buah belinjau tenggelam bersama santan.


6. Kacau sehingga mendidih, masukkan garam, kunyit dan sedikit perasa. Biarkan ramuan sebati. 


7. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari. Masak hingga kekuningan dan masukkan kesemuanya termasuk minyak tumis tadi ke dalam gulai belinjau. Dah siap ! 😄




SELAMAT MENCUBA! kalau nampak kat pasar tu beli la.. hehe


18 comments:

MisDiarios said...

wahh leh try ni.. salunye makan kerepek belinjau je :D

Cik Ash said...

first time kenal buah ni... nampak macam sedap gulainya

Lya Amie said...

Nampak sedap, boleh try la lepas ni !

E'in said...

buah belinjau? serius first time e'in dengar taw.. huhu

Aisyah Az said...

hello gadis manis. hahahah rindu oi.


sorry tak related dengan entry, ecah rindu sis kahkah

Intan Saffyna said...

nampak sedap sangat gulai ni... hehe

Murni Alysa said...

jenuh akak kena google mencari buah belinjau ni..sebenarnya akak tak penah tengok..makan mesti laa tak pernah juga..hihihi

Pha Is said...

oka, ini rare.. hahha
tapi rasanya macam pernah makan..

Adam said...

Saya bukan buat blogwalking ni. Saya tak buat blogwalking.

Saya memang suka buah belinjau. Saya asal kampung.

Kat mna nak dapt benda ni di kl?

nohas said...

suka keropok belinjau...tk pernah makan lg yg dibuat gulai..

Wa said...

Ya Allah....sedapnya...lagi2 kalau makan dengan nasi panas2 kan siss..😍

Irda Garmin said...

Kat Kl ada ke buah ni dear,rasanya macam pernah makan keropok dari buah ni.Selalu kat Indonesia memang banyak yang menjadikan ia keropok kudapan

dear anies said...

sedapnyaa ninaaa

LYAfrina said...

semuanya resepi sedap2

Hasliynda Umairah said...

seleranya

izzeyda said...

sedap nih.. mana nak cari nih..

Kira Sakura said...

first time tengok ni nina. makan apatah lagi tak pernah

Cik Yaya said...

nyum nyum ^_^

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com