27 March 2017

Medan Indonesia 2017 : Beli Jajan Di Podo Seneng II & Kedai Paten


Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : PODO SENENG II & KEDAI PATEN (DAY 2)


Seawal jam 7 pagi, Pak Adi pick up di hotel. On time, disebabkan perjalanan ke Danau Toba selama 5 jam (jika tak jammed). Sebelum gerak, singgah dulu ke kantor Pak Adi, bayar duit upah tour guide dan jumpa Pak Herry (bos). Punya lama main dengan anak ayam + selfie, jakunnya 😂😂😂


Pak Adi, supir yang drive laju

Comel anak ayam ni. Ada 4 ekor bela dalam kotak

Hi purple chick

Anak lah ayam
Anak ayam ada empat ekor
Anak ayam geramnya kat kau ♬♫♪♩


Sambung nyanyi versi RAP. Settle payment, gerak ke Podo Seneng II. Lebih kurang gerai-gerai tepi jalan. Semua kerepek nampak sedap tapi tak beli takut balik Mesia jadi punah harapan nak makan 😂😂


Kedai Podo Seneng II

Dodol perisa pandan

Bermacam jenis biskut. Rugi pulak tak beli biskut ni

Tak beli pun sebab nak terjah kedai kek sedap di bandar Medan

Kita tengok macam jalan biasa tapi ini highway bagi mereka

Bersih tapi berdebu

Bermacam jenis kerepek ada. Semua sedap

Pisang Salai Rp 10.000 . Nina beli ini saja, sedap

Van kami sepanjang 4 hari di Medan. Model pun ado

Demi mencari rejeki


KEDAI PATEN @ KEDAI KACANG TUMBUK DI MEDAN



Kedai yang menjual kacang tumbuk dan sangat fames di Medan. Kalau ke Medan, wajib singgah sini ya. Yang unik, setiap produk ada nama TengTeng, TingTing, TangTang, TungTung etc short form nama anak tokey. Lokasi kedai terletak di Permatang Siantar. 



Entrance kedai. Lala Maira cam belangkas

Biskut bermacam jenis

Berkotak-kotak kacang tumbuk

Tokey tengok jelah kami habiskan tester haha.. yang mana sedap yang tulah diborong



Kat sini bukan hanya ada jual kacang tau tapi macam-macam ada. Harga sekotak cuma Rp 25.000 saja. Beli snek yang mana fames di Medan, yang tak sedap tak beli. Hehehe



Tandas bersih dan ada penjaga handbag

Kawasan luar kedai paten ni luas. Pandai tokey cat pasu bunga kertas

Nina beli dodol hitam tanpa santan (lembut), kacang tumbuk 3 jenis. Sampai sekarang rasa rugi tak beli 10 kotak hahaha


Selesai membeli kami ke restoran dulu. Isi perut yang separa lapar ni sebelum gerak ke Danau Toba. Bersambung next entri 😃😃😃😃


3 comments:

Murni Alysa said...

nak ole2 dari medan boleh??

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ok nak tnya 1 je.. nk tnya 1 je... bleh x.?

haa.. itu ja nk tnya..

sket dododol

E'in said...

huish.. anak ayam tu memang macam-macam kaler ke?

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com