18 Apr 2017

Kilang Bateri Di Danga Bay, Johor Bahru

Assalamualaikum Readers 🙉


Kalau ke JB tak sah orang kata tak singgah Kilang Bateri dan Danga Bay. Sungguh ini 1st time jejak kaki, rupanya dalam tu ada jual macam-macam, lebih kurang uptown tapi ada foodcourt. Nak makan makanan Thai, semua ada. Wow!! sayangnya kami sampai lewat, makanan habis dah, hanya cuci mata dan Wawa belanja aiskrim Mesia, jadilah dari tak pernah sampai 😆😆 Di sini juga banyak cafe-cafe Hipster!


Kilang Bateri dari luar. Kami park tepi jalan

Pintu masuk, dari luar meriah dengan lampu-lampu dan live band

Kilang Bateri Johor Bahru

Dap aiskrim macam perisa, durian pun ada tau



Habis pusing 1 kilang bateri, kami gerak round Danga Bay. Tak pernah sunyi bandar JB ni, malam pun orang lepak funfair yang ada kat situ. Kalau siang mesti boleh nampak laut. Nak main permainan tapi badan ajak balik tidur. Letih juga seharian dengan kenduri kahwin. 



Danga Beach

Macam pi pesta pun ada

Tak crowded sangat. Santai sangat kalau main semua 

Lama tak naik



By the way, seronok sesekali habiskan masa dengan kawan-kawan lama. Masing-masing busy dengan life sendiri. Kalau ke JB, round la tengok bandar yang pesat membangun. Bak kata orang Johor sendiri, dorang pun tak explore negeri sendiri. Hehehe 😎😏

16 Apr 2017

Medan Indonesia 2017 : Cantiknya Danau Toba!

Assalamualaikum Readers 🙉


MEDAN INDONESIA 2017 : DANAU TOBA (DAY 2)


p/s : Jaga-jaga mata, sensor k 😝 Kalau ke sini, sediakan duit syiling Indonesia untuk kanak2 dengan cara baling ke tasik


Bersambung entri sini ... Mari gerak ke Danau Toba! Tempat dalam wishlist Nina sejak form 2. Tak tergambar bila tengok tasik toba depan mata. Alhamdulillah sampai. Saja nak separated entri kepada 2 sebab di Pulau Samosir, kami menari dan shopping sambil bergaduh dengan peniaga. Haha




Gegadis sado tak sabaq. Nampaknya bot telah menunggu kami

Bot Tomok Siqah nak tengok tu. Aku rasa penyanyi Tomok tu dapat nama dari sini
Bukan sebarang bot. Ada lagu ok, meriah jadinya. Balik tu siap ada moto lagi. Nasib tak ada haiwan peliharaan




Dari sini nampak hotel kami tapi banyak anjing ya ampun, stress tengok mak budak dan gadis2 terjerit-jerit 😂😂😂 nasib takdo ayam. Haha *Anies mesti tau sapakah gerangannya. Kikiki.. Harga tiket bot nina tak tau, dah termasuk dalam pakej. Tour guide inform kami kena ada di jeti Samosir pukul 6 petang, itu bot terakhir.


Yang berbumbung tulah hotel kami


Semua nak naik atas. Bot bersih tau

Time ni penuh dengan orang Mesia, join dengan kami dari KL, tour guide orang Pak Herry juga



Ini la bot kami, jangan tersilap naik bot sudah ye. Semua nak duduk kat atas. Boleh nampak view tasik Toba kiri kanan belakang. Bestnya kena angin.. Nampak dalam gambar cuaca mendung, yes memang mendung dan sejuk oihh.. tapi tak hujan, awan berarak sekeliling tasik. Cantik ciptaan Allah 😄😄



Sepanjang perjalanan tengok view sekeliling bukit bukau hijau

Siap ada light house lagi di pelabuhan

Tenang dan air bersih, boleh nampak ikan-ikan


Perjalanan untuk ke Pulau Samosir lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan dengan angin sepoi-sepoi bahasa rasa nak lena tapi rugi lah tak tengok view Danau Toba puas-puas. Kebesaran Allah yang menciptakan sekalian alam. Time ni rasa kerdil sangat kita disisiNya. Bayangkan macam mana gunung berapi meletup dan menjadi pulau sebesar Singapura? Trip kali ni back to nature. Sangat match dengan jiwa 😍😍



LAYAN VIDEO VIEW TASIK 



Danau Toba tasik terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Sebuah gunung berapi tekto-vulkanik yang besar dikelilingi oleh selapis batuan Ignimbrit. Di tengah danau terdapat sebuah pulau vulkanik iaitu Pulau Samosir.


Danau toba terbentuk ketika ledakan sekitar 73-75 ribu tahun lalu. Dengan letupan yang kuat menyebabkan Ignimbrit mengalir di atas tanah dan jatuh sebagai abu ke barat. Pulau Samosir ni luas, banyak tempat tak dapat singgah. Next time nak explore bukit-bukit yang ada dan kolam air panas. 


Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah traditional Batak banyak terdapat di sini. Legenda pahlawan Batak mesti ada yang tau. Hehe *zaman dah maju tak makan orang

Di sini bermacam jenis bot dan lagu dipasang

Subahanallah cantik sangattt.. Sekali pandang tak nampak macam tasik dah serupa lautan yang luas dan airnya yang jernih dan menghijau

Haa kanak2 dah tunggu untuk bogel


Sebelum sampai di pelabuhan Samosir, bot akan singgah ke pelabuhan lain. Dari jauh dah nampak ramai budak Batak. Tradisi orang Batak barangkali, pelancong akan baling duit syiling ke dalam tasik dan kanak2 akan menyelam untuk dapatkan syiling. Unik!! Kalau dulu, bebudak Batak ni akan naik bot, nyanyi baru bogel terjun dalam tasik tapi sekarang tak lagi. 


Yang teruna segan nak jadi porn.. 2 budak ni jelah, jadi la tengok free show. Hahaha. Syiling tertinggal, kena baling duit kertas

Umur macam ni dah sunat dik oiii. Hahaha tapi majoriti beragama kristian Protestan dan Katolik, hanya minoriti beragama Islam


Dah habis cuci mata tengok bebudak ni, kami ke Pelabuhan Penyeberangan Tomok. Turun dari bot dah ada peniaga2. Di sini mulut kena jaga, tak boleh celupar sangat. Tunggu entri kami menari tarian Batak. Kelakar sangat mak nengok video Pak Adi 😁

14 Apr 2017

Rumah Rehat MARA Negeri Johor, Bukit Saujana Apartment, Johor Bahru

Assalamualaikum Readers 🌠✨


Rumah Rehat MARA Negeri Johor, Bukit Saujana Apartment, Johor BahruPuas selfie di padang JDT kami balik homestay sebab Ude nak balik Somban petang tu tapi kena ke JB hantar Nina dan Shera. Kami dan yang lain stay Johor sehari lagi. Jauh rupanya 😂😂 Senang guna google map cari rumah rehat MARA. Tak payah nak cari hotel ke apa sebab Zul staff MARA, homestay sebuah rumah hanya RM 40 saja 😉😉 Rezeki lepas habis diploma dapat kerja. Kami tumpang merasa.. Hehehe



Lupa nak snap pintu kaca lawa kemain

Nice weather JB !! View dari tingkat 7, blok Sri Pahlawan


Yang tak bestnya kami tak dapat mandi pool, tengah cuci 😭😭 Untung jadi staff Majlis Amanah Rakyat, semua negeri ada rumah rehat. Nak cuti tak payah fikir tempat tinggal. Apartment ini ada 3 bilik (aircond) incl di ruang tamu dan 2 bilik air. Semua kelengkapan dapur, meja makan, tv, sofa disediakan. Wow 😮😮 kalau ada cuti mau ler duduk 2, 3 hari lagi. Meh usha bilik-bilik kami. Serius kepala kena bantal tak bangun dah.



Bilik utama siap toilet

Bilik selesa sejuk time malam. Luar pintu masuk tu toilet jugak


Toilet bersih baq hang.. Tak terkira berapa kali kami masuk keluar

Ermm rasa macam nak bawak balik

Bantal lebih pun banyak, dapat peluk sorang satu

Bilik ke 2

Bilik ke 3


Terletak dalam kawasan bandar JB, senang kitaorang nak gerak sana sini cari kedai makan. Luar apartment pun bersepah kedai makan, gerai burger tepi jalan. JB ni fames dengan 'FOOD TRUCK' tapi tak singgah pun. Melepas nak makan sebab balik dari Danga Bay dah lewat malam. Next time kena turun lagi ni. Food hunting belum selesai.



Ini namanya dapur tak berasap

Bukan astro tapi NJoy

Setiap sebuah rumah ada 1 park. Dah macam kawasan rumah tetap park tak cukup

Ready nak balik


BUKIT SAUJANA APARTMENT
YAHYA AWAL
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR


Bagus kalau dapat reunion lagi kat JB. Hehehe.. Itu pun kalau salah sorang tak kahwin. Thank you so much Zul menaja penginapan gegadis dan jejaka. Bersambung entri ada apa di Kilang Bateri? 😏😏


12 Apr 2017

Melawat Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Johor Bahru

Assalamualaikum Readers 🌠🌌


Rezeki kami barangkali dapat masuk. Pagi sebelum ke masjid tu baru perasan keluar dari homestay di Taman Mawar, Pasir Gudang rupanya taman berhadapan dengan Kelab Bola Sepak JDT. Apalagi si Ude bagitau lakinya suruh singgah kejap lepas balik dari kenduri. 


Bangga jugak walaupun IC bukan 01


Keterujaan kami terus masuk selamba badak, kitaorang dah turun, mak guard datang halau keluar 😂😂😂 Bermula episod sedih, bukan apa datang dari jauh nak tengok padang pasukan JDT berlatih, ada mat saleh 😑💓 Nasib 2 kereta no plat Wilayah, muka sedih masuk balik dalam kereta. Sebelum berambus, mak guard cakap boleh masuk ikut pintu belakang. Pintu depan ada CCTV, nanti abe mahkota marah gimana 😄😄 ? Mak guard lah kena jawab. Hahaha



Penyakit lompat masa di Kemboja tak habis-habis

Padang bola sepak JDT yang luas . Practise leklok nak lawan dengan Penang FA soon


Selfie tengah padang sambil tengok pemain JDT tengah siap-siap dalam gym. Dapat tengok dari jauh pun tak mengapa lah, janji dah sampai sini. Yeahhh 😚😚


10 Apr 2017

Selamat Pengantin Baru Balqis Dan Syahir

Assalamualaikum Readers 🌌✨


Dalam diam-diam kawan sorang ni berkenalan dengan jejaka si tokey kambing memerangkap bosnya. Tunang pun senyap-senyap, tup tup dapat wasap jemput makan kenduri. Tanjat gegirl tengok kad.. Maka ioullss pun cepat-cepat survey tiket flight, pheww 1st time kita makan nasi minyak orang Johor. Hehe


Tengah tunggu akad nikah

Akad nikah dah start . Garang betoi tok kadi



Pagi Jumaat, bangun solat dan start makeup. Tolong makeup bridemaid sorang ni. Seronok conteng muka orang. Dah siap gerak ke Masjid Jamek Pasir Gudang. Pagi tu ada 4 pasangan pengantin 😏😏 First time tengok style orang Joho akad nikah. Tok kadi potpet sikit, tak sama macam tok kadi Penang. Ini banyak bercakap sampai ada sorang pengantin lafaz akad nikah 3x 😂😂😂



7 dulung hantaran lelaki

Mas kahwin hanya RM 22.50.. tahniah Qis tak susahkan suami haha

Kenduri dan reunion time!

Dulang mas kahwin simple saja



Alhamdulillah Syahir cold lafaz sekali je, nama bini pendek dan mas kahwin sikit. Dari masjid gerak ke Dewan Balau, Taman Rinting sebab masing-masing lapaq, nanti para lelaki nak solat Jumaat. Lauk sedap dan brownies paling lembut pernah makan. Satu majlis yang ringkas dan tak terlalu mewah, suka konsep kahwin kawan ni. Goodies hanya botol sparkling haa tapi tetamu yang hadir ke masjid, ibu mertua dah beri set sejadah dan kompas. Gembiranya travel jadi lebih mudah 😍😍



Tq ibu groom.. Suka sangat . Direct dari tanah suci

Air sedap! tapi takda branch di utara lagi. Sob.. sob. Salah satu business pengantin

Geng kursus MARA Langkawi , who next? 

Cerah semacam gambar bridemaids dari photographer



SELAMAT PENGANTIN BARU

SITI BALQISY RAZALI & MUHAMMAD SYAHIR ABDOL RAHIM

7 APRIL 2017 (10 REJAB 1438) 


P/S: Kalau pengantin study oversea, mas kahwin & hantaran mahal, kenduri hotel 5 star and so on. Salute this couple! 😉

9 Apr 2017

Pringles Tortilla Corn Chips Spicy Green Pepper

Assalamualaikum Readers


Pringles Tortilla Corn Chips Spicy Green Pepper | Pringles kalau tak letak nama panjang memang tak sah, janji sedap dikunyah! Malam selepas siapkan inai pengantin, kami ber 4 pulang ke homestay di area Pasir Gudang. Pepagi buta singgah 7E, perut lapaq punya pasal, time nak bayar terpandang keropok ni terus grap.



NEW Pringles Tortilla Corn Chips Spicy Green Pepper

Pedas cili hijau



Korang dah try Pringles Honey Butter? Haa kalau belum carilah. Kerana rasanya yang spicy green pepper habis 1 tin. Rasa pedas-pedas gitu. Ada rasa pepper yang sebenar. Ecehh.. tak pecaya kena beli dan makan 😉



Tak pernah baca pun hehe


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com