18 April 2017

Kilang Bateri & Danga Bay, Johor Bahru


Assalamualaikum Readers 🙉


Kalau ke JB tak sah orang kata tak singgah Kilang Bateri dan Danga Bay. Sungguh ini 1st time jejak kaki, rupanya dalam tu ada jual macam-macam, lebih kurang uptown tapi ada foodcourt. Nak makan makanan Thai, semua ada. Wow!! sayangnya kami sampai lewat, makanan habis dah, hanya cuci mata dan Wawa belanja aiskrim Mesia, jadilah dari tak pernah sampai 😆😆 Di sini juga banyak cafe-cafe Hipster!


Kilang Bateri dari luar. Kami park tepi jalan

Pintu masuk, dari luar meriah dengan lampu-lampu dan live band

Kilang Bateri Johor Bahru

Dap aiskrim macam perisa, durian pun ada tau



Habis pusing 1 kilang bateri, kami gerak round Danga Bay. Tak pernah sunyi bandar JB ni, malam pun orang lepak funfair yang ada kat situ. Kalau siang mesti boleh nampak laut. Nak main permainan tapi badan ajak balik tidur. Letih juga seharian dengan kenduri kahwin. 



Danga Beach

Macam pi pesta pun ada

Tak crowded sangat. Santai sangat kalau main semua 

Lama tak naik



By the way, seronok sesekali habiskan masa dengan kawan-kawan lama. Masing-masing busy dengan life sendiri. Kalau ke JB, round la tengok bandar yang pesat membangun. Bak kata orang Johor sendiri, dorang pun tak explore negeri sendiri. Hehehe 😎😏




No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com