3 Apr 2017

Medan Indonesia 2017 : Restoran Panorama

Assalamualaikum Readers 💖


 MEDAN INDONESIA 2017 : RESTORAN PANORAMA


Bersambung entri sini... Hari ke 2 di Medan, sebelum gerak ke tempat orang-orang minyak Batak, kami singgah lunch. Memasing perut lapar kennn. Pak Adi memang memahami. Mungkin dia tengok kami makan di Ayam Cinderalas macam apa. Errkk makanan sedap pak, tak menahan.



Restoran Panorama, Siantar


Restoran ini fames di kalangan pelancong Malaysia, time kami tiba agak ramai juga dibahagian luar. Ada 2 bilik makan. Restoran pun tip top! Tak perlu tunggu lama, makanan cepat dihidangkan. Makanan sedap, inilah tempatnya kalau nak makan masakan ala Minang 😋😋😋



Ruang makan ke 2

Selfie dolan sebelum makan


Tips : Restoran hidang lauk ala Minang, pilih makanan yang nak makan, tak nak jangan sentuh. Sebab harga kira makanan yang dimakan saja 😌😌😌



Perut separa lapar tapi hakikatnya lain yang jadi, 8 orang makan + 8 lauk. Hamek kaw.. Kami pilih lauk yang sedap je, yang tak nak pindah meja lain. Harga pun sedap. Nangis tengok resit. Nasib kongsi bayar. Hewhew. Tutup mulut nanti terliur 😃😃😃



Makanan penuh 1 meja, nak makan pun kena bincang

Pilih sate dan udang pop

Pepes daun ubi.. memang tak makan

Ikan nila bakar. Kita panggil ikan siakap. Garing betoi



Kalau sampai di sini, wajib try ikan mas atau ikan nila yang banyak terdapat di dalam tasik Toba. Ternak pun ada. Ikan pora-pora tak tau ikan jenis apa. Janji sedap ngap makan. Wilayah Sumatera terkenal dengan nasi Padang dan makanan Minang berbanding di tanah Jawa yang terkenal dengan makanan Jawa dan Sunda. 



Ayam semur atau panggang, sayur dan ikan teri bilis

Sambal cumi dan sambal udang (sedap)

Sup buntut sedap licin.. Kalau orang Jawa panggil anak buntut (bongsu)

Sambal kerang dan ayam gulai

Puding buah. Unik mcm mana dorang letak puding di tengah tu

Mine dengan jus epal fresh tanpa gula. tak macam kat sini

Licin pingan, lapar ke sedap ni. Haha

Kemain panjang resit. Harga termasuk mineral dan jus epal Rp 377.700 sorang Rp 47.210


Kalau datang makan beramai-ramai rasa murah juga tapi kalau family saja mau meraung tengok bill. Next trip naik ferry Tomok. Entah-entah dia dapat nama di sana tak? 😆😆

21 comments:

  1. Amboi memang ber-panorama sungguh makanan kat sini, sedap2 di pandangan mata hihi.

    ReplyDelete
  2. fuh lapar tgk makanan sini

    ReplyDelete
  3. Seronoknya korang...dpt pergi travel dengan kengkawan. Eloklah tu, nanti dah kawen banyak commitment lain.

    Style lauk tu mcm makanan Padang kat Malaysia jugak ye Nina ...

    ReplyDelete
  4. pergh !! banyak nye lauk ye.. nih kalau makan kat rumah mau lepas makan terdampo macam biawak ni.. hee~

    ReplyDelete
  5. awww, ada sate lagi <3 semua makanan nampak sodap :D

    ReplyDelete
  6. Adoi... lapar pulak tengok food tu

    ReplyDelete
  7. pedas tak makanan dekat sana? kita lidah tak tahan pedas ihihi. puding buah tu deme korek isi dalam dulu. lepas tu baru letak puding dalam kulit buah tu (tanpa isi) ada tgk dekat ig

    ReplyDelete
  8. Sate nampak sedap je =D Tunjuk sikit gambar feri Tomok nanti Nina. Haha. Macam kelakar pulak nama feri tu Tomok.

    ReplyDelete
  9. Sedap tengok makanan kat sana hihihihihi

    ReplyDelete
  10. Makanan macam nak buat kenduri. Banyaknya. Nina, berapa lama lepas tu baru makan semula?

    ReplyDelete
  11. org kaya ni...mkn smpai ratus ribu...hihihi

    ReplyDelete
  12. xde yg xsedap semua sedap...


    fuhhhh dasat korang mkn sampai beribu riban bil hahahahaah

    ReplyDelete
  13. makin bertambah lapar tengok menu-menu yang nampa sedap sangat tu :)

    ReplyDelete
  14. ehehe sesekali kita jalan.. okaylah tu belanja kan ? kalo x nanti tringat2 lagi parah..

    ReplyDelete
  15. Sy prnah ke medan juga tp tak ingat restoran mana pergi huhu... Lbih kurg la mknn dia.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum.. fuhhh terliur tengok juadah enak!huhuhu..
    Ketahui Tahap Kesihatan Melalui Najis

    ReplyDelete
  17. Mummy kalo pi seberang memang wajib pekena nasi padang ni..marvellous.. Sambal ijo ada tak? hehhee

    ReplyDelete
  18. syok mkn2..part makan jela yg i paling sukeee.hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com