10 May 2017

Avocado Dan Khasiatnya


Assalamualaikum Readers 😁



Avocado Dan Khasiat Buah | Sekali tengok tak teringin, 2 kali tengok orang cari buah lain tapi sesiapa yang pernah ke Indonesia, mesti balik terus cari buah Avocado ni. Macam tuan blog ler 😉 Siapa yang nak kulit muka licin dan ada masalah sendi tulang elok makan buah ni. Muka jenis kulit kering bagus 😌 Haritu ada share resepi jus avocado kat sini 



Avocado dan delima.. Borong sekali



Avocado berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado bermula oleh kaum Aztek di lembah Andes. Tanaman avocado tak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Negara Amerika Latin, Caribbean juga suka makan. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia diikuti Indonesia dan USA. Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Columbia, Bazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia termasuk Vietnam dan Australia. 



Avocado sejenis buah yang berkhasiat mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A & C dan niasin. Banyakkan khasiatnya? Sebiji avocado ada 300 kalori lemak. Bertindak sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutama di leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut.



KHASIAT AVOCADO


  • Mencegah kanser prostat (orang lelaki baik makan)
  • Melindungi dari kanser oral dan buah dada
  • Baik untuk mata
  • Menurunkan kadar kolesterol
  • Menyihatkan jantung
  • Mencegah stroke
  • Menggalakkan kadar penyerapan nutrien
  • Kaya dengan Vitamin E (lemak avocado baik dan tak menggemukkan badan)





4 comments:

Shesyira As said...

Dah plan tunggu gaji nak beli ni hihi

dear anies said...

kalu nk avocado, dtg umah mak cik sy, dia punya buah merimbun!

Jari Manis said...

Woww kalau ganti dgn jus avocado aci x

Cik Yaya said...

good info,miss nina =D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com