8 May 2017

Resepi Jus Avocado Coklat


Assalamualaikum Readers 😎


Resepi Jus Avocado Coklat | Jus Avocado | Cara Memilih Buah Avocado | Balik dari Indonesia, teringat jus Alpukatnya yang sedap dan berlemak. Di sana buahnya jauh lebih besar dan murah! Di Malaysia, bermacam jenis dan bentuk buah Avocado depend on country yang dieksport ke negara kita. 


Bahan-bahan jus avocado. Nina beli 2 jenis buah avocado



Buah ini agak asing bagi surirumah, surihati haha.. Ada yang tak pernah makan atau minum jusnya. Meh nak share tips memilih buah Avocado :




1. Pilih buah yang berwarna hitam, tandanya buah sudah masak.


2. Jangan di cungkil, cucuk atau picit avocado guna hujung jari, boleh mengepal avokado dengan tapak tangan, jika lembut dah masak.


3. Buah yang belum masak, jangan simpan dalam peti sejuk. Letak saja di luar.



Buah avocado hampir ranum. Isi terlalu lembut



Bahan-Bahan :


1 biji buah avocado yang dah masak atau ranum

1 cawan susu Dutch Lady

Sirap coklat cair Hershey's

Beberapa kiub ais

Gula secukup rasa



Jus avocado coklat sedap. Minum banyak pun tak gemokkkk



Cara-cara :


1. Potong buah avocado kepada 2 dan buang bijinya, korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender


2. Masukkan susu, gula, ais kiub dan sedikit air


3. Blend sehingga halus (semakin lama, jus akan menjadi pekat). Tambah air jika mahu sedikit cair


4. Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat mengikut citarasa. Siap!




13 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Menarik ...tak dapat bayangkan lagi rasanya macam mana

Shesyira As said...

sedapnyaaa.tapi avocado mahal T.T

suhailah hamid said...

sedapnye..boleh cuba buat sendiri nanti.

Mardiah Diana said...

Salam singgah pagi dik....sedapnya jus avocado coklat tu...

siti hazreen said...

wah, saya pernah rasa minuman ini masa saya di medan, indonesia...sedap sangat!

FarahGlanzDotCom said...

Baru ni try order avacado dekat lombok..saja nk try..tp tak boleh nak telan nina..huhuhu..tak kena taste kot..

alia farhan Said said...

sedap ni..berlemak!

Siti Nurzafirah said...

sedap ! kat Indon famous air ni

Hasliynda Umairah said...

sedapnya, fresh lagi

Nour Adieb said...

Sy tak pernah makan atau minum jus Avokado ni 😂 Tetiba rasa kesian pula kat diri-sendiri 😝

dear anies said...

dap nyerrrrrrr

Jari Manis said...

Sedapnya..nk try la

Cik Yaya said...

xpernah minum air avokado..
tmbh coklat tu..sdp ke..huu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com