3 June 2017

Eversoft Skinz Youth Recall Cream | Review


Assalamualaikum Readers 😍


Eversoft Skinz Youth Recall Cream SPF30 | Eversoft Produk | Siapa pakai Eversoft kita gang ! Dah 5 tahun setia dengan produk ni dari facial wash sampai ke moisturize cream. Jarang nak naik jerawat, serasi dengan kulit muka, terus tak nak tukar. Ok meh nak intro krim ni 😌😌



Eversoft Skinz Youth | RM 43.24



Pasaipa kita kena pakai moisturize ni? Pasai tak mau kulit muka kering lah. Ini day cream ok pakai sebelum make up. Apa yang paling suka ialah sejuk di muka dan cepat meresap! meresap ke lubuk hati paling dalam 😂😂 Tak sia-sia bertinggung berjam-jam di drug store sambil sapu bermacam krim di tangan. Haruslah buat testimoni, bab nak tempek di muka ni paling sensor sikit. Takut muka rosak 😟😟



Packaging lawa merah ang ang

Suka penutup macam ni, tak tumpah atau meleleh



Bila dah tengok testimoni kat tangan, terus teruja sebab krim ni paling cepat dan wangii.. baca dulu bahan-bahan, bila tengok tak ada SLS terus sambar. So girls kalau nak buat testimoni, pastikan datang sendiri, kalau bawa ayah, bf jawabnya depa mereput, krik..krik dan seangkatan. Biasalah kaum Adam ni mana suka tunggu lama-lama.



Nak cantik macam gegadis Jepun? Walaupun makan Sushi memanjang tetap lawa

No SLS ! Yeahhh


Kulit muka kalau jenis combination elok rasanya pakai. Nak muka lawa kena invest duit, tambah-tambah nak raya ni. Nak glowing, flawless sakan 😆😆


13 comments:

  1. Beli dekat drug store a.k.a farmasi lebih secure dari beli produk-produk yang macam-macam kat luar...

    ReplyDelete
  2. Nak tanya... Saya baru guna 3 hari then tumbuh jerawat kat area dahi dan dan pipi. Itu normal ke untuk penggunaan awal ?

    ReplyDelete
  3. Farhanim : Sy pun alami benda yg sama tp bukan selepas 3 hari, nak habis pakai baru jd bila baca bahannya ada PARABEN. Elakkan guna barang eversoft terutama krim muka kalau pencuci tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya, pencuci muka eversoft?

      Delete
  4. Pencuci muka tak ada paraben, hanya krim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo okay. So boleh pakai pencuci muka eversoft la ye?

      Delete
  5. Ya boleh pakai tp kalau nak beli barang2 di drug store better check dulu bahannya ok 😁

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com