28 Jul 2017

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum Readers 😄


Entri di hari raya pertama, ke 3 & ke 5


Malas nak edit gambar, maka cerita raya tahun ni serba sederhana dan meriah. Raya kalau tak buat biskut raya memang tak sah tapi tahun ni tak snap pun juadah raya. Tiap-tiap tahun menu sama 😅


Sehari sebelum raya & raya pertama


Aci tak cerita sebelum raya, mak ngah balik siap bagi hadiah dan opcos tiap kali raya ada saja yang dibelinya. Kalini, telekung dan kain sari khas dibeli oleh Wahi di India. Since study sana 😄 macam-macam boleh oder.


Mak berkenan dusty pink. I loike!

Kain sari dari India. Lawakan? tapi tak tahu material kain, tak macam silk

Telekung baru, simpan kalau lawa. Haha


Pagi raya dah ke kampung, mesti lah nak makan. Aku kalau tak makan tak sah. Duit raya jangan cakap. Tragis.. Cuma raya tahun ni, Izy beraya di Muar, (orang kampung Nisa rupanya si Nabil ni 😝) #teamrayakampungmertua 😅😅 Okay, best part ada lucky draw. Dah jadi tradisi, raya baca yassin dan ada hadiah.


Tuppaware untuk dibawa pulang

Comelnya, dapat duit raya 10 ringgit je. Macehh Pak Long

Selfie bawah panas matahari tengah naik

Gegadis dan jejaka


Raya Kedua


Macam biasa, raya ke dua ni turn beraya dengan sepupu sepapat sebelah ayah. Ada mai rumah, dan di kampung pun kami balik. Cuma gambar takdo, selfie dalam rumah ioulsss free hair. Haha 😅 Janji sedap dapat makan dodol Pak Tam buat. Since 2 orang ahli keluarga dah meninggal tahun ni. Kurang mood beraya.


Raya Ketiga


Ada makan-makan lagi, rupanya jatuh hari Pak Teh diberanakkan. Buat ler surprise siap nyorok dalam bilik 😅😅


Habis angin dalam perut masuk belon haha

Busy nampak tak

Comel tak? Gelak berdekah

Sesi potong kek


Raya Kelima


Baru ada masa terjah open house rumah kawan, tu pun sebuah saja 😌😌 jadilah, kerja berjalan makan angin saja. First time p rumah Shera di Kubu Gajah, Selama. Bukan main tuan rumah ajak tidur nak buat BBQ katanya, terpaksa tolak, dah janji nak beraya dengan bf di Sungai Petani. Hehe


Sedap goreng macam ni. Tak malu tambah

Raya ke 5 takda baju kurung dah


Nak wish selamat hari raya pun syawal dah habis. Wish raya haji pulak. Haha. Baju raya aidilfitri tahun ni pun baru siap 😂😂


27 Jul 2017

Promosi Pizza Hut Murah

Assalamualaikum Readers 😋


Promosi Pizza Hut Murah | Makan Pizza Hut Untuk 2 Orang Hanya RM 32 | Brunch Di Pizza Hut Sunway Carnival | Habis tengok wayang sempena birthday (tiket free) terus terjah sebab ada promosi, sebenarnya nak try pizza baru tu. Cepat terjah sebelum habis promosi 😃😃


Pizza Hut meals for 2. Lupa dah pizza baru ni nama apa tapi ada sos keju di atas. 


1 Pizza + 2 Soup + 10 Chicken Stick + 1 Ice Lemon Tea + 1 Mirinda Strawberry

SUB TOTAL = RM 32.00
Service Charge = RM 3.20
6% GST = RM 1.99 (dah termasuk)

TOTAL = RM 35.20


Set super jimat ni ada macam-macam. Boleh pilih air, pizza dan side apa korang nak makan, macam biasa makan bersama sup cendawan. Memang jimat. 

1 Jul 2017

CLINELLE Pure Swiss Thermal Spring Water

Assalamualaikum Readers 🙌


Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water Review | Suka pakai selepas cuci muka. Muka rasa sejuk. Pure Swiss Thermal Spring Water sejenis semburan yang kaya dengan mineral, selenium yang tinggi dapat imbangkan PH kulit.



Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water



Bukan boleh spray di muka saja, badan, tangan, kaki, kuku, rambut pun boleh spray jugak. Cara pakai selepas cuci muka pagi dan malam sebelum pakai toner, tutup mata dan spray seluruh muka. Selalunya pakai selepas make up, boleh dijadikan setting spray 😍😍 Terlalu lama di bawah aircond juga boleh spray. 


Kebaikan Clinelle Pure Swiss : 


- mengecilkan liang pori
- mengawal minyak berlebihan
- melegakan jerawat atau tona kulit tidak sekata
- menghalang kelumumur
- kulit terbakar
- gigitan serangga



Bau wangi mineral



Sesuai untuk semua jenis kulit, boleh cari di semua drug store. Harga botol kecil cuma RM 19.90 dapat diskaun dalam RM 17.91 (Aeon Wellness) . Botol ke 2 beli di Guardian RM 14.88 (50 ML). 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com