28 Oct 2017

Makan Beriani Ayam Madu Di HAMEEDIYAH GEORGETOWN, Penang

Assalamualaikum Readers 😃


Makan Beriani Ayam Madu Di Hameediyah George Town | Tempat makan sedap | Nasi Beriyani kat sini paling ummphhhh... Kami pun ummphhh sebab sedap dan perut sendat 😂😂 Ayam madu dan ayam goreng campoq kuah dimakan bersama krup krap kruk papadom. 


Ayam madu sedap!

Semua besaq, udang pun sama


Next entri kt sini bawa kawan dari KL. Kemain makan. Di sini kalau kaki kambing haa sesuai lah makan. Sesuai dengan bf kaki kambing, jangan kaki segala kaki sudah 😅 nanti silap hari bulan dapat tapak kaki. Itu jelah nak melalut pun. Hee kekeringan idea dan ketandusan nak taip blog.


26 Oct 2017

Makan Di Original Chicken Chop, Teluk Air Tawar Butterworth

Assalamualaikum Readers 🙌


Makan Di Original Chicken Chop, Teluk Air Tawar, Butterworth, Penang | Chicken Chop Sedap Di Seberang Perai Utara | Kerlas mak jemah, baru kebah demam terus mengidam nak makan nasi pattaya 😂😂 Nasib ajak 3 gegadis teman terus depa ON. Rejeki depa Nina belanja 1st gaji 😊 


Restoran pun romantik

Muka mengidam chicken chop sebelah kiri ni


Original Chicken Chop ni paling fames chicken chop tapi menu lain pun sedap. Kalau dulu jadi tempat ternak lemak dengan crush. Sejak 6 tahun lepas, kami bawak haluan kiri dan kanan, terus aku tak mai makan sini 😅


Chicken chop sedap ! kalau nak makan sini tempatnya

Harga makan ber 4 dalam RM 50++
Puas hati makan tukang masak tak kedekut bahan. Nasi Pattaya punya padat

Berapa lama punya selfie nak dapat sekeping gambaq


ORIGINAL CHICKEN CHOP

Taman Air Tawar Indah,
Teluk Air Tawar 13100
Butterworth, Penang.

(kedai menghadap jalan. Jalan lama ke Sungai Petani)


15 Oct 2017

Makan Sushi King Di Sunway Carnival Mall, Penang

Assalamualaikum Readers 😄


Makan Sushi King |Terjah Raja Sushi sebulan sekali. Seronok jadi perut asyik terima makanan best-best. Selagi belum masuk fasa jadi bini orang a.k.a mak orang, makan saja. Tiada istilah gemok coz sekarang pun isi tak berapa ada 😅😅


Udang tempura tu paling suka. Makan cicah sos soya masin


Kalau ke sini, tak sah dengan anak sedara kaki sushi/makan. Bf tak makan sushi 😂 pasta Jepun makan pulak. Kali ini kami try menu lain. Janji ada set nasi. Kalau dah nama Melayu, wajib makan. 


Chicken Nanban Set. Ayam bersama kulit digaul dengan tepung dan campur sos mayonis, telur. Ini semua punca kolesterol tapi buang kulit ayam. Hehe



Total makan berdua

2 Ice Green Tea - RM 2.00
1 Chicken Katsu Spicy Curry - RM 13.90
1 Ebi Tenpura - RM 9.90
1 Chicken Nanban Set - RM 17.50
1 Miso Soup - RM 3.00
1 Sushi pinggan (pink) - RM 4.00

Sub Total - RM 50.30
Service Charge - RM 5.03
GST 6% - RM 3.32

TOTAL - RM 58.65


13 Oct 2017

Medan Indonesia 2017 : Perkampungan Batak Di Pulau Samosir

Assalamualaikum Readers 🙉


MEDAN INDONESIA 2017 : PERKAMPUNGAN BATAK DI PULAU SAMOSIR


Bersambung entri bulan 4, malas tapi bila nak habis entri Indonesia. Blogger Anies pun dah start Kemboja 😂😂 Kami ke perkampungan Batak saja. Tulah kita selalu cakap perangai macam orang Batak 😝😝 Sambungan dari sini


Pelabuhan Penyeberangan Tomok

Tomok di Malaysia pun ada

Besar juga Pulau Samosir

Makam Raja Batak


Kami tiba di Pulau Samosir, banyak anjing betoi. Tulah suka sangat menganjing. Haha.. Sebelum shopping, masuk tengok rumah tradisional Batak dan Muzium Batak. Seram tapi baca doa apa yang patut, ada budak Mayesa kang tak leh tidur pulak.


Pintu ke Sigale-gale

Terus ke toilet

Ready nak menari


Laluan harus melalui kedai-kedai orang Batak. Mata rambang tengok kain-kain tenun. Kami masuk ke Wisata Parsaoran, nak menari tarian Sigale-Gale dan rumah-rumah orang Batak yang klasik tapi tak macam rumah Minang.


Patung anak raja Batak. Wajib pakai kain yang ada untuk acara

Unikkan rumah Batak

Tarian Sigale-gale. Gini la ropenye. Harga menari dengan patung Rp 5.000


Tarian Sigale-Gale masyarakat Batak di Samosir. Sebuah patung berbentuk manusia yang digerakkan dan menari ikut muzik tradisional. 


Patung Sigale-gale berusia ratusan tahun dari cerita raja Batak kehilangan anak tunggalnya. Raja teringat anaknya pewaris dari keturunan raja itu. Kerana terlalu sedih raja jatuh sakit.


Penasihat raja membuat patung kayu yang menyerupai wajah anak raja. Beberapa upacara termasuk menyeru roh anak raja masuk ke dalam patung dan ditunjukkan kepada raja. Ajaibnya setelah raja lihat patung terus sembuh.


Dah habis menari. Macam nyah jadinya

Tak tau tiang apa ni


Dah habis menari, skip Makam Raja Batak. Scary nak masuk. Terus ke Muzium Batak. Macam-macam ada. Boleh tengok barang-barang purba. Tak ambik gambar sebab gelap.


Kubur Raja Batak yang scary. Ada kesan darah so kami skip tak masuk. Takut

Pintu masuk buat tegak bulu roma kami. Ada kisah ukiran cicak tu. Nina dah lupa haha

Tomok ada buat muzium rupanya kat sini. kahkah

Sekali tengok macam haunted house. Masuk pun pegang tangan. Tipu je

Dah nak balik baru perasan kera ni tergayut sana sini. Motif apa pun tak tau la


Yeahh tunggu entri shopping sampai gadoh dengan peniaga Batak. Memang cari gadoh letak harga cekik leher. Hahaa.. Siapa tak suka shopping 😅


7 Oct 2017

Makan Beriyani Ayam Claypot Di Restoran Kapitan George Town

Assalamualaikum Readers 💁🏻


Beriyani Ayam Claypot Sedap Di Restoran Kapitan Penang | Makan Sedap di George Town | Kalau ajak dating kat sini yang dituju. Tempat kesayangan bf kalau nak ternak lemak. Ikut saja ada orang nak belanja. Hahah


Beriyani ayam claypot. Aku syak nasi dengan ayam ni berhantu sebab sekali bau macam ketagih. Haha


Entri sebelum ni di sini . Contoh kalau kami keluar dari pagi, means pagi ternak lemak di sini, petang pula tempat lain. Padan la sama-sama kaki makan 😂😂 makan sampai cakap perut sendat lah.


Kambing tu tak sah kalau tak makan mamat sorang ni. Tapi tak lahir tahun kambing pun. Harga makan berdua dalam RM 44++


Ada sesuatu yang buat orang takkan lupa kesedapan makanan di sini. Yang buatkan orang Kedah macam bf jadi mengidam. Gais kalau singgah Penang walaupun sekejap, meh la makan sini, konfem tak menyesal. Gaya macam promote kedai 😅


5 Oct 2017

Belanja Makan Pizza Hut

Assalamualaikum Readers


Belanja Makan Pizza Hut | 8 October lepas, genap sebulan kerja tempat baru, new environment, new people, new knowledge gitu. So far ok. Tak dapat nak dedahkan muka-muka team I sebab saja nak privatekan life dari pengetahuan orang. Yelah, stalker banyak baca blog ni. Bukan perasan tapi I know each one of them 😆😆 Gelak jahat.


Super & chicken supreme ni dah jadi benda wajib makan + 2 mushroom soup bawah RM 41.80



Bersempena dengan gaji pertama, berbesar hati nak belanja, bak kata Ustaz Kazem, lagi banyak kita belanja (sedekah) orang lagi murah rezeki. Itu prinsip hidup dan ikut perangai bapakku. Share rezeki tak salah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 😆 Simple COD ke ofis.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com