13 October 2017

Medan Indonesia 2017 : Perkampungan Batak Di Pulau Samosir


Assalamualaikum Readers 🙉


MEDAN INDONESIA 2017 : PERKAMPUNGAN BATAK DI PULAU SAMOSIR


Bersambung entri bulan 4, malas tapi bila nak habis entri Indonesia. Blogger Anies pun dah start Kemboja 😂😂 Kami ke perkampungan Batak saja. Tulah kita selalu cakap perangai macam orang Batak 😝😝 Sambungan dari sini


Pelabuhan Penyeberangan Tomok

Tomok di Malaysia pun ada

Besar juga Pulau Samosir

Makan Raja Batak


Kami tiba di Pulau Samosir, banyak anjing betoi. Tulah suka sangat menganjing. Haha.. Sebelum shopping, masuk tengok rumah tradisional Batak dan Muzium Batak. Seram tapi baca doa apa yang patut, ada budak Mayesa kang tak leh tidur pulak.


Pintu ke Sigale-gale

Terus ke toilet

Ready nak menari


Laluan harus melalui kedai-kedai orang Batak. Mata rambang tengok kain-kain tenun. Kami masuk ke Wisata Parsaoran, nak menari tarian Sigale-Gale dan rumah-rumah orang Batak yang klasik tapi tak macam rumah Minang.


Patung anak raja Batak. Wajib pakai kain yang ada untuk acara

Unikkan rumah Batak

Tarian Sigale-gale. Gini la ropenye. Harga menari dengan patung Rp 5.000


Tarian Sigale-Gale masyarakat Batak di Samosir. Sebuah patung berbentuk manusia yang digerakkan dan menari ikut muzik tradisional. 


Patung Sigale-gale berusia ratusan tahun dari cerita raja Batak kehilangan anak tunggalnya. Raja teringat anaknya pewaris dari keturunan raja itu. Kerana terlalu sedih raja jatuh sakit.


Penasihat raja membuat patung kayu yang menyerupai wajah anak raja. Beberapa upacara termasuk menyeru roh anak raja masuk ke dalam patung dan ditunjukkan kepada raja. Ajaibnya setelah raja lihat patung terus sembuh.


Dah habis menari. Macam nyah jadinya

Tak tau tiang apa ni


Dah habis menari, skip Makam Raja Batak. Scary nak masuk. Terus ke Muzium Batak. Macam-macam ada. Boleh tengok barang-barang purba. Tak ambik gambar sebab gelap.


Kubur Raja Batak yang scary. Ada kesan darah so kami skip tak masuk. Takut

Pintu masuk buat tegak bulu roma kami. Ada kisah ukiran cicak tu. Nina dah lupa haha

Tomok ada buat muzium rupanya kat sini. kahkah

Sekali tengok macam haunted house. Masuk pun pegang tangan. Tipu je

Dah nak balik baru perasan kera ni tergayut sana sini. Motif apa pun tak tau lah.


Yeahh tunggu entri shopping sampai gadoh dengan peniaga Batak. Memang cari gadoh letak harga cekik leher. Hahaa.. Siapa tak suka shopping 😅


15 comments:

  1. kesian Tomok..hehe...menarik rumah Batak..

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah dengar nama batak nih.. kalau x silap kat malaysia pun ada... batak, senoi..

    ReplyDelete
  3. menarik masyarakat batak ni... yg ni kaum batak makan org tak sis...

    ReplyDelete
  4. Takutnya kalau banyak anjing Nina. Nak berjalan pun serba salah ek.
    Kebetulah hari tu baru cerita pasal Batak dengan Pak Mertua.

    ReplyDelete
  5. boleh cerita sket tak pasal raja batak? hehehe...

    ReplyDelete
  6. sakan berjalan.. syok betul.. heheh

    ReplyDelete
  7. Bangunan-bangunan yang ada nampak klasik betul... tapi tengok lama-lama nampak seram pula... huhuhu

    ReplyDelete
  8. lame betul die nak buat sambungan entry ea..

    ReplyDelete
  9. lawa hampa pakai macam orang batak no..heee

    ReplyDelete
  10. sik baik anjing kalu ayam mau x jejak tanah bdk sorg tu lari😄😄

    ReplyDelete
  11. ada darah? darah real? bkn sirap kann😄

    ReplyDelete
  12. waa.. bestnya !! kaum batak ni antara kaum minoriti kan ? dulu pernah buat assignment pasal kaum batak.. tapi dah lupa.. hee~ lama sangat.. betul ke KAUM ? suku kaum batak.. betul kot kan ?

    ReplyDelete
  13. Asalam hebatnya travel yg bermanfaat

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com