25 March 2017

Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening


Assalamualaikum Readers..


Review Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening | One of my fav shower foam! Saja nak kong c dengan korang. Since kes gatal-gatal dan dah tau side effect jadi kena make sure sebelum try new product/make up etc free from SLS. Apa tu SLS? Next entri k. 


Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening Refill

100%  dari tumbuhan 



Shokubutsu Shower Foam ada pelbagai jenis bau dan pilih saja. Hanya Sakura jadi pilihan dari dulu sebab wangi! 😁😁😁 Haha lepas mandi kulit wangi dan lembut bak baby. Tak pecaya sila try. Sangat jimat juga sebab buih-buih cinta banyakk. Harga untuk pack refill cuma RM 6.90 saja.



Jumlah yang diguna, sikit sudah cukup


Nak kulit seperti wanita Jepun? Jadilah feeling macam di Jepun, ada bunga sakura, sushi. Tekster shower foam yang ringan dan sedikit saja sudah cukup untuk badan.



24 March 2017

NEW Pringles Honey Butter


Assalamualaikum Readers.. 


NEW Pringles Honey Butter | Sejak kes Mister Potato hangat-hangat ajet hot tapi tak, terus mata terpandang bahagian Pringles dan ting! i found you, i found you Honey Butter yang tinggal lagi 2. Alhamdulillah rejeki dapat rasa. Sedappp memang terasa butter + honey, perfect combination! 😏😏


Pringles Honey Butter


Pringles Honey Butter dengan rasa manis-manis madu makan tak berhenti. Rugi tak kutip perabis 😂😂😂 Siapa belum try, pi beli cepat takut habis stock. Harganya RM 4.15 saja. Pringles ternyata suci dan murni 😋😋



Kepingan kuning muda 

Bahan-bahannya, tak pernah baca, ngap saja



23 March 2017

Medan Indonesia 2017 : Wisma Sederhana Budget Hotel


Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : WISMA SEDERHANA BUDGET HOTEL


Bagi korang yang plan nak stay Medan untuk 1 malam dan pagi-pagi terus gerak ke Danau Toba, elok sangat book hotel-hotel bajet macam ini. Sebab nak tidur je kan, kami book 2 hotel berasingan di Medan. Next hotel nina review k.



Dah nama pun hotel bajet mesti ada "worst things" tapi no worries, bukan jadi isu besaq untuk gegadis ber 3. Janji toilet bersih dan tilam empuk! Nasib Lala dan Maira bukan jenis cerewet 😍😍😍 Haha. Ajak sembang bagai, aku pukul 9 malam (waktu Indonesia) dah terbungkang. 



Hadapan hotel

Tak sure berapa tingkat tapi ada lif

Receptionist
Jalan menuju ke lif di sebelah kiri dan tempat makan berhadapan receptionist

Ruang agak sempit


Kawasan hotel kami dalam China Town. Lagipun hotel kami orang Cina Medan punya, banyaklah amoi malam-malam kat area hotel. Kelakar dengar dorang cakap Indonesia. Ermm sama macam cina Mesia. Sapa penah ke Medan mesti tau malam serupa krik-krik, pekan koboi, bunyi train, NO mat rempit etc.



Bilik bersih, tilam empuk asik bangat

Ini namanya almari. Motip aircond letak tepi jamban? nasib bilik sejuk

Meja cinonet sangat

Toilet bersih jangan risau siap toiletries



Kemudahan yang disediakan, LIF (muat 3 orang)WiFi gelong/sendu (each floor ada, tak dapat on9), heater, air cond berfungsi, safety locker, towel, kettle, tong sampah, selipar, receptionist 24H dan provide breakfast. Kekurangan hotel ni :


  • Tak ada penunjuk arah kiblat
  • Tak ada tingkap di bilik
  • Hanger kede
  • Deco sangat simple sampai tak ada wardrobe
  • Cermin avail di toilet saja, jenuh kami berebut
  • Setiap bilik berbeza saiz dan ruang, family sangat sempit. Bilik untuk 3 orang lebih selesa.


Muat sorang bila jalan

Bilik sebelah lif

Nice words

Nudenyee
Info menarik di Medan
Ini jelah breakfast, janji kenyang (tea panas + bubur nasi (sedap! tambah 1x), telur goreng dan roti pandan)
Kira duit untuk bayar tour guide Rp379.000/seorang

Senang nak cari lokasi, cari tangki air ni



Mungkin ada yang ok ada yang tak lepas baca review hotel. Terpulang, cari dalam Trivago bermacam hotel ada. So far bukanlah haunted room/hotel 😊😊😊



20 March 2017

Medan Indonesia 2017 : Kualanamu & Ayam Penyet Cinderalas


Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : KUALANAMU DAN AYAM PENYET CINDERALAS (DAY 1)


Tahun ni ada negara telah dijelajahi maka kena rajin tekan keyboard sebelum segalanya pupus dari ingatan (cewah). Trip ke Indonesia tanpa kawan blogger tapi bersama geng Viet. Terima kasih Mrs Farah tolong book flight untuk kami 😃😃😃



Jumpa muka-muka pelakon Sinetron kekeke

Tak pernah jemu tengok view ni. Lawa! yang macam tali tu Penang bridge


Alhamdulillah, our trip going smooth selama 4 hari (7-10 Feb), since nina plan iti dan Nadia cari hotel, kena tambah duit untuk hotel yang kami stay di Medan. Ini yang leceh kalau book and pay later. Flight dari Penang ke Indonesia hanya 30 minit sepatutnya 45 minit. Nampak tak betapa dekatnya atau pilot bawa laju? 😅😅



Sebelum mendarat, kena isi declaration form. Nanti sebelum keluar dari balai ketibaan ada pegawai akan kutip


View Medan penuh dengan kawasan hijau

Ingatkan tol tapi bukan, bayar tiket parking airport

Sangat besar airport Kualanamu ni, super bersih



Biasalah AA, sepatutnya boarding 1.45 tapi delay ke pukul 3.40 pm. Waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Sampai di airport, Pak Adi dah menunggu. Nanti nina share tour guide di Medan. Kami pun sampai dah petang, jadi gegadis nak beli simkad and YES, hotel-hotel di Medan tak semua ada WIFI. Frust mak! Sepanjang jalan dari airport, banyak kedai-kedai tawar harga simkad, pandai-pandai la pilih. Kami pilih kedai Taufiq. Terus si Lala beli, bukan main lama 😔😔😔




Carilah kedai taufiq ni bikin murah 

Promosi hangat. Murah jugak

Haaa inilah simkad yang kami guna


AYAM PENYET CINDERALAS



Kami memang nak makan then check in hotel terus tidur. Keesokknyanya nak gerak ke daerah lain pula. Jam menunjukkan dah pukul 6 pm. Di Indonesia, boleh dikatakan kedai Ayam Penyet ni paling famous la. Sedap! 


Ayam Penyet Cinderalas pekena ayam penyet ler

Menu 1
Menu 2
Kedai bersih dan kurang orang time ni mungkin sebab weekdays. Makan di tempat tertutup kena charge
Siapa suka pedas?

Tempat basuh tangan tak guna pun

Apa tengok2

Ayam penyet + jus limau (1 set) Rp 28.000. Ayam juicy kecuali sambalnya sedap pedas buat tangan bau sampai esok pagi

Kerana tempe ini sedap, habis 8 keping + sos cili hitam Rp 10.000

Indomaret ala 7E

Ini saja yang di beli. Air mineral Rp 5.500 + Pop Mie Ayam Rp 4.300 + Biskut Gery Rp 7.300 (hairan viral di Mesia hahaa, dah lama ada kat Indon)




Habis makan, tapau tempe dan singgah kedai runcit sat. Nanti nina review hotel. Ini jelah yang kami buat first day sampai Medan. To be continue.. 



16 March 2017

Makan-Makan @ Magnifique Cakes, Penang


Assalamualaikum Readers..


Tempat Makan Sedap di Magnifique Cakes Penang | Western Food Sedap di Penang | Makan Malam ala Barat | Entri makan datang lagi, bertabah lah wahai reader. Hehe.. Kali ni, bawa kawan dari KL datang makan sini, nak pekena burger katanya sebelum drop dorang di stesen bas. Tengah drive sambil memikir kedai mana nak bawak dorang ni teringat kedai ni, alang-alang tak pernah lagi pekena burgernya. Layann..


Burgers Magnifique Cakes

Sebelum makan selfie dulu. Bila lagi 2 orang ni nak turun utara



Magnifique Cakes Bandar Perda ni 100% bumiputera. Puas makan kat sini dan harga berpatutan. Ada kawan suka ke sini sebab tandas macam hotel. Hehe.. Kali ni try burger yang besar dan sedap. Kalau perut tak berapa nak lapar, memang tak boleh nak habiskan. Adalah diwajibkan kempiskan perut dulu setiap kali teringin nak makan kat sini. Ngeh ngeh *itupun kalau boleh kempis perut dalam masa sehari.



Sedap fries ni

Blackpaper memang ngam di tekak. Sedap hingga kikis papan

Terliur tengok burger pilihan Mas dengan Shera ni. Meleleh teruk

Bila dah makan cheese harus pilih air masam2 baru tak muakkan




1 Rose Lemonade Juice - RM 7.90
2 Lemon Tea *medium - RM 11.00x2
1 Chicken Burger (Cheese Sauce) - RM 33.80x2
1 Meatball with Fries - RM 11.00 (Sedap!)
1 Beef Burger (Blackpepper Sauce) - RM 15.90
1 Melted Cheese Fries - RM 8.90


Total : RM 77.50
Service Charge : RM 7.75



TOTAL : RM 85.25


MAGNIFIQUE CAKES
No. 11, Ground Floor, Jalan Perniagaan Perda Barat,
Kawasan Perniagaan Perda Barat,
14000 Bukit Mertajam, Penang

Dibuka setiap hari


Official Instagram : @MagnifiqueCakes




15 March 2017

Dinner @ The Table Penang


Assalamualaikum Readers..


Tempat Makan Sedap di The Table Penang | Makan Malam The Table | Hipsters Cafe The Table Penang | Kembali bersiaran selama berminggu tak update blog, busy kerja, travel. Satu lagi cafe hipster di Penang dan cafe kepunyaan Melayu kita. Sangat suka lepak sini dan makanan sedap! No wonder tourist Europe suka makan sini.



Menu di The Table Penang

Partner cari makan, siap ada planning nak terjah kedai makan around Penang. Wee


The Table Penang sangat senang nak terjah, hanya di belakang Masjid Kapitan Keling dan selang berapa kedai dari Moustache Houze. Makan di sini bulan lepas tapi tak sempat nak update. Entri basi pun biarlah janji update. Heee.. Dah nama pun hipster cafe, mesti lah deko pun lawaaa. Selfie tak habis-habis di dinding.



Cafe ni ada 2 tempat makan, boleh pilih makan di bawah ataupun di atas. Pilihlah menu apa saja, mesti berselera makan. Harga pun berbaloi dengan kesedapan makanan. Siapa hantu cheese, inilah tempatnya! 



Tangga menuju ke atas. Tinggi betoi

Nice deco!

Hipster lawaaa! Suka tengok ala-ala abstrak

Tempat makan yang perbagai. Pilih nak meja mana satu. Last2 kami pilih di bawah kipas

Space di atas agak terhad, kalau ramai orang tu agak crowded


1 PassionFruit - RM 8.50
1 Lemonade Mint - RM 8.50
1 Meatball Baked with Cheese - RM 13.00
1 Meatball with Fries - RM 11.00 (Sedap!)
1 Chicken Grill Creamy Mushroom - RM 16.50
1 Buttermilk Chicken - RM 17.00 (Sedap)


TOTAL : RM 74.50


TheTable Penang
No 27, Carnarvon St, Georgetown, Penang

Dibuka setiap hari
Jam 6pm - 11.30pm kecuali Khamis


Official Instagram : @TheTablePenang



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com