31 Dec 2018

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Hai, tak sabar nak skincare review kali ini. Nina susah nak share review tentang skincare kecuali Nina gunakan produk tu. Pencuci muka yang tengah Nina gunakan sekarang ialah ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dari brand Hansaegee Nature. Ini brand dari Korea dan Nina juga salah seorang membership, dulu selalu beli barang make up. Bahan-bahan yang digunakan untuk produk ini semestinya 100% berkualiti dan dari bahan semulajadi. Pencuci dari brand Hansaegee Nature amat sesuai untuk semua jenis kulit.
 
 
 

 
 
 
Bila kulit muka kita ada masalah macam jerawat dan kulit muka berminyak, tak boleh simply main pakai sebarangan produk pencuci muka sebab kadangkala bahan-bahan dari produk itu tak sesuai dengan kulit kita, malah akan membuatkan kulit muka menjadi semakin teruk. Sebelum Nina gunakan sebarang skincare, firstly mesti baca dahulu ingredients produk.
 
 
 



 
 
Pencuci muka ini mengandungi bahan tea tree oil yang membantu masalah kulit berjerawat. Bahan lain seperti aloe vera, lavender dan lain-lain yang dapat membantu mengawal minyak di muka, membersihkan liang pori yang tersumbat, melembap dan melembutkan kulit muka. Mula-mula risau juga nak bertukar pencuci muka tapi bila first time pakai wah terus fall in love. Dari dulu lagi, daun lidah buaya dan tea tree oil banyak digunakan dalam produk kecantikan dan tak dinafikan kedua-duanya perfect combination.
 
 
 
 
 
 
Tea tree leaf oil bertindak merawat masalah kulit berminyak, mengurangkan infeksi kulit dan melicinkan kulit. Sangat sesuai untuk kulit muka berjerawat, tak menghakis kulit muka dan membuatkan kulit menjadi kemerah-merahan sekaligus merosakkan kulit. Selain dari dua bahan utama itu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni turut mengandungi Salvia Officinalis (Sage), Leaf Extract, Lavandula Augustifolia (Lavender) Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract dan Jasminum Officinale (Jasmine) Extract.
 
 


 
 
Apa yang best produk ni? Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan yang basah. Bila muka basah, lebih banyak buih-buih yang terhasil. Best pakai, lepas cuci muka terasa segar dan lembab. Tidak mengeringkan kulit sama sekali.
 
 
Kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
 
  • Membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kulit.
  • Membantu mengatasi masalah jerawat di muka.
  • Mengeluarkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit.
  • Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit berminyak, kulit kering dan kulit combination
  • Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
  • Mengawal minyak
  • Jenis texture : Foam
  • Harga RM 65.00 (150ml)
 
 


 
 
 
Cara penggunaan
 
  • Basahkan muka dan tapak tangan.
  • Picit cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih.
  • Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
  • Buih akan menjadi semakin banyak pada kulit yang basah.
  • Bilas wajah.
 
 
Sudah seminggu Nina pakai produk ini, tak ada lagi masalah lain. Ok saja. Ada sesetengah produk kalau tak sesuai terus kulit muka reject (jadi gatal). Paling best lepas cuci kulit terasa smooth dan kesan minyak berlebihan kurang sedikit. Teksturnya sangat ringan pada kulit.
 
 
 

 
 
Kepada yang tengah cari skincare dari bahan-bahan semulajadi, boleh try produk Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sekali guna dah jatuh hati.
 
 

 
 
 
 
 
 
 


28 Dec 2018

Ambil Keputusan Ujian Darah

 Assalamualaikum Readers


Harini ambil result di klinik dan alhamdulillah bebas dari penyakit thyroid. Ini semua gara-gara doc hindu di Klinik Joe Fernandez Perai suruh buat test kononnya Nina demam 26 Dis lepas sebab ada simptom penyakit itu. Kadang meluat nak ke klinik JF bila tak sihat sebab mesti akan diperiksa oleh doc hindu tu. Suka melalut bukan-bukan 😒


Mak ajak makan pasembor di Padang Kota Lama. Kesian tengok anak tak ketahuan, demam pun gagah drive

Result keputusan darah


Kalau ikutkan mana datangnya pulak penyakit tu sedangkan dalam keturunan pun tak ada. Malas nak bertekak dengan doc. Kalau spesis doktor kelulusan dari India ni dia punya peel tu memang annoying sikit. Harap lepas ni tak jumpa dah doc tu. Walaupun ubat klinik JF serasi dengan badan tapi mengenangkan doc sekor tu, kena ke branch lain lah nampaknya. 

23 Dec 2018

Review Filem : Aquaman

 Assalamualaikum


Filem Aquaman yang ditunggu-tunggu, akhir keluar juga.  Filem terbaru dari superhero DC. Pastinya buat mereka yang mengikuti perkembangan superhero Justice League akan puas hati apabila selesai menonton filem ni. Boleh dikatakan filem Aquaman adalah filem terbaik keluaran DC, lebih baik dari Superman dan Justice League atau Wonder Women.


Jika nak dibandingkan filem Aquaman ini setaraf atau lebih baik dari siri Marvel Thor, dari segi GCI lebih hebat dari Asgard.



Sinopsis Aquaman :


Mengisahkan mengenai raja yang berdarah separa manusia dan Atlantis, Arthur Curry (Jason Momoa) yang meningkat dewasa dan kebolehannya tersendiri. Dunia Atlantis yang diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dari Bumi menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berperang antara sama sendiri. 


Kebolehan Arthur bercakap dengan ikan-ikan


Khuatir akan peperangan tersebut akan menghancurkan dunia, Mera (Amber Heard), seorang puteri raja dari Atlantis telah bertemu dengan Arthur untuk kembali menuntut takhtanya sekali gus menyelamatkan dunia dari peperangan.


Mera makan bunga ros. Scene kalakar pun ada

Laki tak guna, apa dia buat pada mother Arthur

Abang tiri Arthur

Perebutan kuasa untuk menjadi 'King of the Ocean' antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan. 


Atlantis sama hebat macam Asgard?

Perang di Atlantis


Aquaman memang agak pelik di imaginasi. Kisah Atlantis dan juga  manusia bercakap dalam air. Tentang adik beradik tiri. Filem arahan James Wan tidak pernah mengecewakan. Kebolehannya mengarah Fast & Furious 7 dan kini filem superhero.



Berjayakan Arthur menyelamatkan ibunya dan Atlantis, apa yang terjadi pada ibunya selepas kembali ke Atlantis, sama-sama saksikan.


21 Dec 2018

Review Filem : Sabrina (2018)

Assalamualaikum Readers 
 
 
Review Filem : Sabrina (2018) | Filem yang dikatakan seram dari negara seberang. Entah macam mana bf boleh ajak tengok, dah la tak berapa suka nak layan filem seram. Siapa dah tengok filem The Doll 2, mesti akan kenal dengan patung bernama Sabrina. Siapa yang tak tahan dengan darah, tak digalakkan tengok. Muntah nanti. Movie peram dari bulan 10. Hehe..
 
 
 

 
 
 
 
Sambungan dari kisah The Doll 2, Maira (Luna Maya) hidup bahagia selepas perkahwinan keduanya bersama Aiden (Christian Sugiono). Aiden mempunyai syarikat yang mengeluarkan permainan anak patung yang berjaya. Dia tak ingin melihat Maira sedih disebabkan kisah lalu ketika Maira kehilangan anak perempuannya dalam kemalangan dan menghancurkan perkahwinannya. Oleh itu, Aiden membuat patung baru bernama Sabrina untuk Maira. Membuktikan cintanya kepada Maira.
 
 
 
Patung Sabrina adalah patung kesayangan anak Maira yang telah meninggal dunia. Setelah Aiden memberi patung Sabrina, kejadian-kejadian aneh muncul kembali, bahkan lagi teruk gangguannya dari dahulu. Kebahagiannya mereka juga belum sempurna apabila anak saudara Aiden belum dapat menerima kehadiran Maira sebagai ibu saudaranya. Vanya tak dapat terima hakikat kematian ibu kandungnya, Andini.
 
 
 
Maira dirasuk untuk membunuh Bu Laras

 

Suatu hari, Vanya memanggil roh ibunya menggunakan permainan Pensil Charlie. Roh jahat mula memasuki patung Sabrina, Vanya mula bercakap dan bermain sendirian. Vanya nampak ibunya datang setiap hari. Aiden dan Maira tak mempercayai, sehingga Maira mengalami beberapa gangguan yang menakutkan dan mampu melihat Andini. Mereka memanggil sepasang paranormal yang pernah membantu dalam kes Andini.
 
 
 
Paranormal itu bernama Bu Laras memberitahu hantu di rumah Maira bukan Andini tetapi iblis yang menetap di patung Sabrina. Iblis bernama Baghiah, inginkan tubuh manusia dan menjadi sasarannya ialah keluarga Maira dan Aiden. Nak tahu kenapa iblis tu asyik cari keluarga Aiden, kena tengok dan baru dapat jawapannya, segalanya berpunca dari Aiden. Tahap seram boleh tahan juga bila part Maira, Vanya nak membunuh Bu Laras.
 
 
 
🌟🌟🌟
 

20 Dec 2018

Burger McDonald's Smokey Grilled Beef

Assalamualaikum Readers



Burger McD Smokey Grilled Beef | Siapa dah cuba 2 burger terbaru dari McD? Tak lah baru sangat cuma comeback burger saja, biasalah McD ada musim-musim burger. Haha, ingat musim kawen, musim hujan dan musim buah. Merepek dah ni. Lama tak makan burger ni mesti rindu mengugat di hati, adududu. Not bad rasanya masih sama dan yang penting patty daging mantop dan tebal. Sos pun banyak, meleleh-leleh keluar dari burger. Balik kerja tengok panorama ni telan air liur, sampai tak sempat nak mandi. Hahah.. Kali ni air minuman Nina pilih Mocha, dibawahnya ada coklat (kacau sebelum minum). Nasib kena dengan tekak.




2 burger yang boleh dipilih.. Suka yang mana?

Packaging dah maju. Smokey Grilled Beef - RM 16.55 dan Iced Mocha - RM 4.45

Lawanya kulit burger banyak jerawat

Nampak sos leleh.. Leceh kalau leleh sangat, mulut comot


Yang belum cuba, jom lah ke McD sebelum musim burger McD berubah ke Prosperity pulak. Harga dah lupa lah pulak kalau set besar ni. Resit terbang entah ke mana. Kalau ada Nina edit balik entri. Haha (kalau rajin).

18 Dec 2018

Kiehls Ultra Facial Oil Free Gel Cream

Assalamualaikum Readers
  
 
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream | Ini produk ke 5 dari Kiehl's yang Nina paling suka pakai. Serius best! Kiehl's mengeluarkan rangkaian penjagaan untuk kulit berminyak. Ada 3 produk kesemuanya iaitu cleanser, toner dan moisturizer. Produk ini paling menarik selain dari toner Calendula tu, rasa benda ni WAJIB pakai sebelum apply apa-apa make up. Teksturnya berkrim dan bila apply di kulit cepat menyerap dan kurang berminyak di tangan. Nina beli dari bulan Julai dan habis pakai 12 Disember lepas.
 


Rangkaian produk Kiehl's dan sample percuma untuk dicuba

 
 
Apa yang best Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream :
 
 
  • Produk ini non-sticky dan mudah dipakai dan cepat serap di kulit.

  • Keunikkan gel ini ialah texturenya tak mengeringkan kulit

  • Oil-free, paraben-free, fragrance-free dan colorant-free

  • Harga 50ml - RM 118.80. Hanya ada saiz ini saja.

  • Membuatkan kulit nampak shining dan tak mengeringkan kulit, nampak lembab muka dan mengurangkan pengeluaran minyak muka

  • Sesuai untuk kulit berminyak dan sedikit tak sesuai jika kulit sensitive terhadap alcohol.

  • Produk ini mengandungi alcohol ya

  • Tahan selama 6 bulan kalau pakai sikit saja. Hehe.. Kalau pakai banyak maka cepat lah habis

  • Apply sebelum pakai make up dan sunblock

  • Lepas apply di muka akan rasa sejuk. Suka sangat!
 

Botol pun comel dan senang dibawa ke mana saja
 
Krim putih dan bila apply di muka nampak transparent


13 Dec 2018

Kiehls Clearly Corrective Brightening And Soothing Treatment Water

Assalamualaikum Readers


Kiehl's Clearly Corrective Brightening & Soothing Treatment Water | Panjangnya nama treatment water ni. Hahaha.. Ok ni produk ke 4 dari Kiehl's yang Nina pakai. Ada duit lebih beli 2 produk sekali gus termasuk pelembab. Lama tak share skincare, asyik peram dalam draft. Hehe.. Dah nama treatment water, jadi kerjanya merawat kulit muka. Nina ada kawasan gelap area mulut. Nina beli dari 29 Julai dan menjadi ahli Kiehl’s sampai sekarang baru setengah botol, pakai waktu malam saja.


Kiehl's Clearly Corrective Brightening & Soothing Treatment Water


Tak dinafikan produk Kiehl's ni amatlah mahal dan harga murah untuk botol size kecil. Nina pun bukan orang 'have have'. Cuma dah berdukacita dengan produk di drug store, banyak yang tak sesuai, bila pakai muka merah, gatal-gatal. Bila dah jumpa solution haruslah melabur sikit. Apa yang best produk ni. Sales advisor pun ada bagi tahu produk ni hanya memutihkan kulit muka saja, jadi yang nak putih dan nampak glowing tu boleh la dapatkan sample percuma.


Putih-putih melati

Kalau rajin baca boleh baca

Sebelum guna kena shake dulu ya



Apa yang best Kiehl's Clearly Corrective Brightening ni :

  • Bahan utamanya Liquorice Root, dikenali sebagai bahan pelembap dan mengandungi Vitamin C yang dapat meredakan keradangan kulit.
  • Sebelum guna kena shake dulu. Paling nina suka sebab ada shining dalam botol ni.
  • Produk ni non-sticky dan mudah pakai dan cepat serap.
  • Alcohol free
  • Harga 200ml - RM 173.30
  • Membuatkan parut-parut dan warna kulit tak sekata pudar sedikit demi sedikit.
  • Mencerahkan kulit with a subtle glow. Memang best!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh tahan selama 12 bulan selepas dibuka dengan hanya 3 titik setiap penggunaan. Sangat jimat. Beli produk mahal kena pakai sikit-sikit. Haha
  • Lepas sapu dimuka, kulit nampak glowing dan rasa tak nak pakai make up.
  • Cara guna dengan drop ke kapas dan lap dimuka tapi Nina pakai terus ke muka rasa feel dia lain macam.
  • Produk Kiehl's ni ambil masa yang lama untuk nampak resultnya, kena sabar berbulan-bulan. Yelah muka dah memang tak pololes mesti makan masa nak nampak elok kulit tu.
  • Bila pakai sebelum tidur, bangun esok pagi masih rasa kulit muka lembab.
 

10 Dec 2018

Fizzy Cafe Mee Udang Ketam, Bayan Lepas, Penang

Assalamualaikum Readers
  
 
Fizzy Café Bayan Lepas, Penang | Fizzy Café Mee Udang Ketam | Tak sah kalau dah keluar dating tak pi makan-makan. Hahaa. Dalam satu hari tu boleh buat kerja gila, food hunting sampai merata ceruk dalam Penang dan Seberang Perai. Hahaha.. Ok, kali ni kami terjah sini sebab dah lapaq sangat dan dekat area kampung Nina. Senang nak cari kedai ni, tepi jalan dan tempat park pun luas cuma kedai tak besar sangat, ala-ala warung tepi jalan gitu. Makan kat sini bertarikh 22 Sept 2018. Yaaa lama baru nak up story.
 
 
 
Nasi goreng udang, nampak nasi sikit tapi banyak. Harga dah lupa sebab bf belanja. Dalam belas ringgit
 
 
 
Apa yang best Fizzy Café ni? Famous nasi goreng udang dan shell out. Harga tak sure tapi berbaloi sebab udang-udang size besaq, puas makan. Bandung cincau pekat dan sekali minum terangkat meja. Hahaha.. Bukan terangkat meja tapi sampai lupa handbag, nasib tokey kedai tolong simpan. Kahkah.. Nanti kalau singgah atau plan nak menternak lemak di Penang, mai la cari dan singgah kedai ni. Recommended!
 
 
 
 
FIZZY CAFE MEE UDANG KETAM
 
 
Alamat : 935, Kampung Bukit 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
(pakai waze confirm jumpa)
 
 
 
 
  

8 Dec 2018

Papisz Cafe : Tempat Makan Best Di Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Papisz Café Penang | Tempat Makan Best Di Penang | Entri makan-makan kembali lagi. Lebih kepada entri peram sebenarnya, peram dari bulan 8. Hahaha.. Penghujung tahun ni blog macam 'luar biasa' sendu. Nasib PV masih naik. Maceh pembaca sekalian. Asyik bangat walaupun blog jarang update. Ada port baru yang kami terjah, kali ni di Papisz Café, owner orang kita tapi boleh maju dengan menu dorang sendiri. First time Nina dan bf terjah, tak silap dulu di Sungai Pinang tapi sekarang dah pindah ke Sunway Tunas, Bayan Baru. Makan kat sini bertarikh 29 Ogos 2018. Yaaa lama baru nak up story.


Papisz Cafe - Soda floats & Rootbeer floats

Bistro Chicken Pasta - Pilihan Nina

Chicken Parmigiana + Grilled Chicken - Pilihan bf



Apa yang best Papisz Café ni? Lepas bf bayar, dia dapat business card dan card with stamp (collect stamp & boleh dapat diskaun). Menariknya idea tokey! Menggalakkan customer untuk mai makan lagi. Nanti nak try menu lain pulak. Deco café ni sangat simple dan cantik. Hitam dan putih menjadi pilihan. Theme Scandinavian gitu. Nak makan sini make sure kena awal, kalau dating lewat sikit mesti café penuh dengan orang, so lepas settle maghrib, kami menjadi customer pertama. Hehe.. Tunggu makanan pun tak lama. Menu makanan di café ni pun banyak choice, tak tau nak pilih yang mana. Since kami terjah bulan Kemerdekaan, ada la promosi dengan harga berpatutan.




Entrance resto

Collect stamp!

Menarikkan idea? Boleh makan dengan keseronokkan mengutip stamp. Yeayy


Business card. Datang Penang jangan lupa singgah



Overall makanan kat sini memang sedap. Portion pun banyak, harga affordable, macam makan di resto-resto fames. Mai kita sokong business orang kita. Thumps up! Nampaknya, sikit saja blogger review resto ni di blog masing-masing, yang banyak review di IG & FB.


PAPISZ CAFE
Alamat : 27, Persiaran Mahsuri 1/1,
Bandar Sunway Tunas,
11950 Bayan Baru, Penang.
Buka : 6 PM - 11 PM (setiap hari)



1 Dec 2018

Delicious Christmas Buffet Fiesta Di Lexis Suites Penang

Assalamualaikum Readers

 
 
Delicious Christmas Buffet Fiesta Di Lexis Suites Penang | Makan Christmas Sedap 2018 Di Penang | Entri makan-makan kembali bersiaran lagi. Tiba-tiba muncul terus hapdate entri makan. Kemain kau Nina, menyepi berminggu-minggu tup tup post pasal makan. Heee.. Ya ampun, idea makin kering kontang dah ni. Ok, kali ni nak promote makanan sempena Christmas di Lexis Suites Penang. 



Suasana Christmas meriah di Lexis

Happy tummy



Krismas akan tiba tak lama lagi, dan ramai hotel sudah mula mempromosikan sajian popular makanan mereka tak terkecuali Lexis. Ini kali pertama Nina cuba makanan di Lexis selepas beberapa kali terpaksa 'postponed' review dari pihak Lexis disebabkan pergi travel. Ok, bertempat di Roselle Coffee House dan Hibiscus Grand Ballroom, Lexis menawarkan makanan bersama kemeriahan untuk menyambut hari Christmas yang bakal tiba tidak lama lagi. Dibawah kesemuanya menu main dish di Lexis. Senarai Christmas Buffet Menu 2018 terbahagi kepada :



*Cold Delicacies
*Cheese Corner
*Soup
*Carving
*Seafood On Ice
*Pasta Stall
*Western Delight
*Hot Delicacies



Banyak menu main dish yang sedap dan menarik, lain dari hotel yang lain

Mini Burger with Salami

Grilled Spicy Sausage with BBQ Gravy

Poached Sea Bass with Fresh Dill & Saffron Butter Sauce

Grilled Lamb Chop with Mints Jeery

Homemade Chicken Roulade with Creamy Pomegranate Sauce

Oven Baked Fragrant Pumpkin with Fresh Prawn Meat

Pan Fried Smoked Duck Breast with ingredients & condiments

Fragrant Prawns with Nutmeg Mayo Sauce 



Hidangan disediakan oleh Executive Chef, chef Johnno dan teamnya telah menyediakan beberapa sajian yang bakal dihidangkan sempena Christmas Eve Buffet Dinner di Hibiscus Grand Ballroom dari pukul 6.30pm hingga 1.00am dan Christmas Day Buffet Lunch di Roselle Coffee House dari pukul 12.00pm sehingga 3.00pm. Kesemua hidangan akan dihidangkan di section yang berlainan dari cold delicacies, cheese corner, soup, carving, seafood on ice, pasta, western delight, hot dishes to dessert.


 






Brussel Sprouts with Turkey Ham





Deep Fry Cheese Ball


 

Apa yang menarik di Lexis, korang harus cuba hot pumpkin golden soup dimakan bersama fresh baked bread, rolls dan butter. Baru la terangkat! Jangan lupa cuba buffet with a variety of hors d'óeuvres iaitu Smoked Salmon Platter, Cherry Tomato & Mozarella with Balsamic Reduction, Australia Potato Salad bersama beraneka jenis salads seperti Chicago Turkey Salad coupled with different types of dressing yang akan menaikkan selera. Perlbagai salad yang menarik hati. 



Chicago Turkey Salad

Cherry Tomato & Mozzarella with Balsamic Reduction

Australia Potato Salad


Untuk sajian main dish, mereka menyajikan classic dish seperti Poached Sea Bass with Fresh Drill & Saffron Butter Sauce, Deep Fried Cheese Ball, Baked Creamy Seafood Stew, Homemade Chicken Roulade with Creamy Pomegranate Sauce, Grilled Lamb Chop with Mints Jerry, Fragrant Prawns with Nutmeg Mayo Sauce, Mini Burgers with Salami dan lain-lain lagi. Kelainan yang ada di Lexis ialah Pan Fried Smoked Duck Breast. 



Roasted Turkey

Pumpkin Golden Soup

Assorted Cheese



Tak sah kalau Christmas tak ada Roasted Turkey! yang dihidangkan bersama Yorkshine Pudding, Roasted Baby Potato, Chestnut & Apple Stuffing and Cranberry, Giblet, Butter Vegetable Sauce. Seterusnya Lexis juga menyediakan beraneka dessert yang sangat tempting seperti Chocolate Truffle Cake, Floating Island with Almonds & Caramel, Lexis style Bread Butter Pudding, Chocolate Fountain, Honey Dew Sago dan banyak lagi. Tak lupa juga Christmas Cookies, Stollen dan Yule Log. Banyak makanan yang mungkin belum tentu korang dapat rasa di hotel lain. Sajian yang dihidangkan oleh Lexis amat berlainan dari yang lain. Setiap hidangan ada keistimewaan sendiri. 



Fruits Section
 
Yellow Watermelon

Papaya

Jackfruit

Pineapple

Honeydew

Watermelon

 
Bukan itu saja banyak juga dessert yang chef Lexis hidangkan buat para pelanggannya. Banyak pilihan makanan yang boleh menceriakan hari korang. Meriah meja dengan pelbagai jenis kek dan dessert untuk dicuba termasuk aiskrim! Semuanya sedap-sedap belaka. Hehe.. Minuman juga terdapat dalam pelbagai perisa. Semuanya dah cuba. Sedap!






Baked Creamy Seafood Stew
 
Classic Cheese Cake


Sweet Pleasure

Chocolate Brownies

Sweet Pleasure
 




Lexis Bread Butter Pudding

Strawberry, Lychee Lemonade, Nescafe, Green Tea


Antara menu-menu makanan yang sempat kami nikmati dan rasai kesedapannya. Perut kenyang hati pun senang kan. Hee.. Patut cuba semuanya ok. Gerenti tak menyesal punya. Thumbs Up guys ! Come and join us soon. 



Enjoy our dinner







Chocolate, Yam & Strawberry with caramel & nuts

 

Harga yang ditawarkan amat berpatutan.Boleh refer harga di bawah ini, boleh buat bajet mengikut kemampuan masing-masing. Tetamu yang menjamu selera juga berpeluang memenangi cabutan bertuah pada Christmas Eve Buffet Dinner pada masa yang sama boleh menonton persembahan live band. Bagi sesiapa yang ingin menyambut tahun baru di Lexis boleh datang pada 31st December 2018. Selepas habis dinner di Hibiscus Grand Ballroom dan naik ke Sky Terrace untuk menyertai countdown party dan enjoy melihat magic show, live band, games session dan banyak lagi, semuanya disediakan hanya untuk tetamu. 


Christmas Eve Buffet Dinner
 
 
Starts 6.30pm - 1.00am on December 24, 2018 di Hibiscus Grand Ballroom
 
 
Adult - RM 120nett
Child & Senior Citizen - RM 70nett



Christmas Day Buffet Lunch


Starts 12.00pm - 3.00pm on December, 25 2018 di Roselle Coffee House

 
Adult - RM 88nett
Child & Senior Citizen - RM 58nett



New Year Fiesta Countdown Party


on 31st December at Sky Terrace 

 
- Buffet Dinner at Hibiscus Grand Ballroom : 6.30pm - 11.00pm
- After Party at Sky Terrace : 10.00pm - 1.00am

 
Adult - RM 188nett
Child & Senior Citizen - RM 100nett


 
Untuk info lanjut dan booking, boleh hubungi Lexis Suites Penang atau email ke reservations@lexissuitespenang.com atau contact Jason Chee ya..


 
Jason Chee
(Assistant Comm Manager)
Tel : 04-628 2888 / Mobile : 016-428 8572
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com