30 May 2018

Taiwan, The Heart Of Asia

Assalamualaikum Readers 😁



TAIWAN, THE HEART OF ASIA


Selamat berpuasa buat semua pembaca, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. Sapa yang follow ig Nina akan tau kemana tuan blog ni menghilang. Hehehe..  Sebenarnya, ini semua unplanned trip, kalau tak kerana sorang hamba Allah tu tak mulakan conversation, mesti semua tak jadi. Acecece..




Penang International Airport

Passport penting macam nyawa


 
Tapi bila dikenang, rasa seronok ronok pulak dapat fly bersama lagi. Patut sebelum tu mengigau macam nak ke Asia Timur, ke South Korea, Hong Kong (mak cik ajak Dis tahun ni, ajak ayam kot), main dengan salji. Lepas tengok harga tiket, currency, musim etc terus ON. Jadi Taiwan menjadi negara pertama untuk 2018.



Flight kami pukul 7.15 AM.. kena check in awal dah selesai baru lega

Ada orang dah menonong ke depan sebelum kejadian kelakar

Ini baru lepas tersedar dari mimpi jumpa Gate H

Ada kisah lawak di pagi tu, selesai urusan imigresen. Kami menonong naik aerotrain walaupun kat pintu cuma tulis gate A, B dan C. Kami pun naik sampai balai berlepas, kat sana tercari gate H tapi tak ada. Then tanya staf kat kaunter tu, dia cakap, naik balik aerotrain dan cari gate H. Rupanya gate H satu bangunan dengan KLIA. Hahaha... mamai di pagi hari 



 
Alhamdulillah, rancang makin menjadi bila Malindo Air ada offer tix murah. Yabedabeduuu. Kami beli pada Nov 2017 tanpa return tiket dalam RM 300++ (free luggage + meals). Plan balik masih berkira-kira sama ada di Taipei atau Koahsiung. Lepas Nov 2017, memburu tix return, mula rancang dan susun itinerary. Akhirnya, dapat tix murah AA dalam RM 200++ tanpa add on (cuba check di Skyscanner untuk promo tix).



Muka mesti mau sengih walaupun tersalah gate. Hahaha


Masih awal lagi ni. Gate H ni yang paling hujung sekali. Takda surau jadi kami solat subuh belakang dinding.

Ready for boarding

Sementara menunggu flight, wajib isi arrival card sesiap sebelum landing. Mudah urusan di imigresen 

Bila hari semakin dekat, kami masih lagi godek-godek info dalam Google walaupun info tak banyak/tak membantu. Info dalam BM tak banyak dan kurang rakyat Malaysia terutama Melayu yang melancong ke Taiwan. Boleh refer info dalam BI tapi tak sesuai. Nasib sorang di Penang, sorang di KL jadi partner terjah Taiwan Visitors Association (TVA), KL dan Matta Fair untuk dapatkan info tambahan dan pamphlet. 



Apa yang kami rancangkan dipermudahkan urusan oleh Allah dari hari tiba hingga hari terakhir disana, itinerary terasa sangat berbaloi bila info 99% padat, tepat dan muktahir (macam dialog berita TV1). Sengih memanjang.



Pejabat TVA


 Alamat Taiwan Visitors Association (TVA)


67, Jalan Raja Chulan,
Bukit Ceylon,
50200 Kuala Lumpur.

Operation Hours : Mon - Fri (9.00 AM - 5.30 PM)

Closed : Weekends, Public Holidays


*Lebih tepat di Tingkat 25, Menara Boustead, Bukit Bintang (selari dengan Hotel Istana)

Kat sini boleh tanya macam-macam tentang Taiwan. Sila berkomunikasi dalam BI sebab staf kat sini Taiwanese. 



Sebahagian majalah, pamphlet etc yang dapat dari TVA dan Matta Fair. Banyak ohh. Tak habis khatam oleh tuan penasihat


Pada penghujung bulan April lepas, bermulanya 'Amazing Race Asia' kami di bumi 'Meteor Garden' dan negara bekas jajahan Jepun ini. To be continue...

25 May 2018

Nivea Makeup Clear Cleansing Wipes

Assalamualaikum Readers 😃

 
Nivea Makeup Clear Cleansing Wipes Review | Selamat berpuasa semua dan kembali bersiaran sekejap sebelum membuta lunch time gini. Kalau dah pakai makeup mesti kena bersihkan kekotoran. ketegaq degil di muka. RM 20.50.


Nivea Makeup Clear Cleansing Wipes


Since dah confirm nak fly ke Taiwan, ayuh mencari kebendaan yang ringan-ringan saja untuk dibawa. Hehe.. Makanya diatas tunjuk nasihat promoter Guardian, jari jemari pun ambil wipes tissue ni 😅😅😅


Sonang nak buka, nak bawa


Berkesan remove make up di mana saja tak kira waktu. Diperkaya dengan Vitamin E tanpa meninggalkan kesan di muka. Kulit terasa lembab dan segar. Beli sebungkus usung ke mana saja masa travel sebab nak solat senang cuci.


Penutup cleansing wipes senang dibuka dan ditutup. Dengan size kontot muat beg korang. Nak cuci makeup make sure tonyoh kuat baru tanggal semua.


Putih bersih suci murni

Kesudahannya kotor dan hitam. Segala jenis mak nenek ada di tisu


22 May 2018

Resepi Udang Masak Ubi Kentang

Assalamualaikum Readers 😃


Resepi Udang Masak Ubi Kentang | Resepi main campak-campak tapi sedap. Simple dan boleh masak untuk berbuka/sahur. Nanti cuba ya, boleh tambah bahan ikut suka hati. Rasanya macam gulai masak udang gituw.


Udang masak ubi kentang tanpa santan


Bahan-Bahan :

2 Ulas bawang putih & merah
(ditumbuk)
1 biji bawang besar
Sedikit serbuk jintan manis, jintan putih, lada hitam, garam, gula dan perencah masakan (pakai ajinomoto)
1 biji ubi kentang
Sedikit perahan air asam jawa
2 Biji tomato
Udang (ikut suka)


Cara-Caranya :


1. Goreng udang dan kentang biar separuh masak dan asingkan.


2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang telah ditumbuk hingga naik bau.


3. Masukkan sedikit air dan masuk sedikit serbuk jintan manis, jintan putih, lada dan serbuk perasa.


4. Masukkan air asam jawa, udang dan kentang yang digoreng sedikit. Masak hingga ubi empuk.


5. Biarkan mendidih, boleh tambah garam dan gula. Dah sesedap rasa tu boleh lah hidang.


SELAMAT MENCUBA 😁 RESEPI ORANG UTARA


21 May 2018

Souvenir From Spain, Portugal And UK

Assalamualaikum Readers 😉


Souvenir From Spain, Portugal And UK | Niat kirimkan kawan beli baju Hard Rock Cafe, sekali makcik ni bagi buy 1 free 3 😃😃 Terima kasih Kemar (ex-ofismate a.k.a travelmate). Syok 2 minggu jelajah Spain dan lompat sekejap ke Lisbon dan London. 


Tengok baju Hard Rock, FM dengan keychain dah happy. Seronok collect bendera dan cop passport. Rasa berbaloi


Alhamdulillah diberi kawan-kawan yang baik (1 rezeki tu), ye tak lupa Khairani. In shaa allah balik dari Singa, Nina settle hadiah top komen. 


20 May 2018

Samyang Hot Chicken Ramen Curry

Assalamualaikum Readers 😃

 
Samyang Hot Chicken Ramen Curry | Selamat berpuasa semua. Sebelum tidur, Nina try makan ramen curry ni. Bulan puasa ke tak puasa habit makan malam bermaharajalelaaaa. Tak tahan tengok mangkuk Samyang ni macam senyum. Senyum suruh makan ler 😅😅


Samyang Hot Chicken Ramen Curry

Wajib repeat


Perisa ni tak pernah cuba lagi, itu pun nampak masa shopping barang masak untuk puasa. Harga RM 6.95 (ada lagi gst) 😂😂 Kalau ingatkan kisah masa travel, meggi dan seangkatan jadi makanan, nasib kenyang.


Selak sikit chakk

Ada karot dan apa entah janji sedap

Dah siap! Makan sambil teringat mamat korea dalam bas yang tidur bukak mulut tu


Entri takda kaitan dengan mamat Korea. Nanti tunggu entri coti-coti. Yang belum pernah try, beli dan cuba selepas berbuka.


16 May 2018

Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Ramadhan Buffet Best Di Penang

Assalamualaikum Readers 😊


Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Ramadhan Buffet Best Di Penang 2018 | Bulan puasa kembali lagi tahun ini dan kebanyakan hotel dah ready dengan menu-menu best oleh chef-chef mereka tak terkecuali Royale Chulan Penang! 😍😉 Meh menjamu mata korang dengan menu-menu yang buat terliur.


3 May lepas, diberi kesempatan untuk review menu-menu di Royale Chulan bersama beberapa blogger jemputan. Amat bertuah kerana ini kali pertama Nina dapat join memandangkan tahun lepas tak dapat attend. Bertemakan Bazar Ramadhan. Meriah dengan juadah.




HIDANGAN MENU UTAMA - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG


Masih mengekalkan ciri keenakkan pada setiap hari, hidangan menu utama ini amat menarik minat pelanggannya. Pertukaran menu juga seperti nasi dhal, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi kerabu dan nasi goring ikan masin.



Nasi tomato dan nasi putih disediakan

Ayam masak merah madu

Kurma kambing kentang

Rendang Kerang


Daging Kerutuk

Sambal Sotong

Stir fry blackpaper chicken

Paru goreng berlada

Asam pedas ekor lembu

Japanese beancurd with oyster egg sauce

Nasi tomato dan rendang daging + kerang. Sedap


Kesemua hidangan berasaskan masakan Melayu Traditional. Dish paling Nina suka mostly rendang. Ada pelbagai jenis rendang dan I just love it! Makan rendang time raya je mana tak mengidam. Hehe.. Banyak menu buffet ramadhan di Royale Chulan yang boleh dipilih. Ada beberapa menu yang buat "hati terpaut" .



GERAI AKSI DARI CHEF - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG





Dari atrium hotel sehingga ke dalam kawasan Sri Tanjung Café, menjadi bazaar ramadhan yang ditemui di Malaysia. Setiap menu berbeza untuk setiap hari, jadi jangan lepaskan peluang.



Kambing Golek wajib ada

Sup Tulang Rawan Berempah (wajib cuba sedap)

Sup tulang rawan berempah. Suka ini

Makan bersama sup tulang. Terliur pekat pati sup tulang

Sup tulang dan satay menjadi pilihan pertama. Nampak pun sedap

Ikan Bakar

Ikan bakar siap bersama sos

Perencah ikan bakar

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah nampak crisp

Satay ayam & daging

Satay ayam & daging

Dish tambahan satay juga ada

Cucur kepah berlauk

Dish yang menarik hati kerana nama cucur kepahnya

Sos cucur kepah berlauk

Gerai bubur lambuk dan pulut kuning kukus kari ayam

Pulut kuning

Bubur lambuk pembuka selera

Kari ayam

Gerai apam balik (pilihan 'filing' pisang, peanut butter dan jagung manis)

Asam laksa juga kena dengan selera tekak

Kuah asam laksa

Gerai ABC dan ais kacang

Koleksi air minuman sejuk yang boleh dipilih


Menawarkan sehingga 11 gerai aksi pada setiap malam, membuatkan pelanggan merasai kemeriahan seperti berada di bazaar ramadhan. 


Gerai lain yang ada termasuk beef curry noodles, hainanese chicken rice, nyonya curry me, wanton noodle soup, hokkien prawn noodle dan chee cheong fun. Nampak tak menu banyak? 😃😃


PENCUCI MULUT / DESSERT - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG


Seleksi pencuci mulut yang berwarna warni. Rambang mana tengok dan deconya amat comel. Pudingnya sedap tak terlalu manis, sesuai untuk orang yang kurang gemar makanan manis.



Mini cream caramel

Mango Pudding

Cendol pudding

Agar-agar santan

Strawberry mousse

Assorted fruit jelly

Chocolate bread & butter pudding

Pengat pisang

Cream puff lembut

Kuih muih traditional

Assorted butter cake

Sagu gula melaka


PEMBUKA SELERA DAN ANEKA SALAD & ULAM-ULAMAN - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG


Selera kampung semestinya ulam ulaman bersama sambal tak lupa juga berjenis salad dan jeruk. Buah-buahan termasuk rojak tidak dilupakan.


Selain itu, appetizers section juga penuh dengan jenis-jenis kerabu serta ulam-ulaman dan sambil itu boleh makan bersama beraneka jenis sambal.


Rojak buah 

Rojak sedap kerana kuahnya

Pasembor !!

Gado-gado dan kerabu mangga

Gado gado

Buah buahan segar

Jeruk buah

Assorted kerabu

Tauhu sumbat

Ulam-ulaman kampung 

Papadom, telur masin, sambal belacan dan ikan masin

Kerabu pucuk paku

Pajeri nanas

Kerabu daging bakar

Sambal ikan bilis


Menu yang blogger review hanyalah sebahagian saja. Untuk pembuka selera seperti salad termasuk (vermicelly salad, potato salad, salad telur puyuh, seafood cocktail salad, ceaser salad, tomato moza salad, thai papaya salad dan kimchi salad).


Kerabu seperti (kerabu ulam kampung, kerabu sotong, kerabu jelly fish, kerabu ikan masin, kerabu thai chicken, kerabu terung berlada, ulam raja, kacang botol, jantung pisang dan udang kerisik). Bermacam lagi menu yang rotate setiap hari.



Chef dan staff Royale Chulan

Support each other. Kalau nak jadi blogger long-term hehe

Terjumpa classmate high school si tudung hijau memerangkap ketua darjah (10 tahun tak jumpa). Tudung merah tu junior kami. 

Entrance hotel

Voucher Early Bird


Overall berpuas hati dengan menu yang disajikan. Para pelanggan juga boleh melayan persembahan dari band sesudah menjamu selera.


Details 


Website : royalechulan-penang

FB : royalechulanpenang

Instagram : @royalechulanpenang



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com