28 June 2018

Cetak T-Shirt Rekaan Sendiri Di Printcious



Assalamualaikum Readers
 
 
Cetak T-Shirt Rekaan Sendiri Di Printcious | T-Shirt Printing Online Printcious | Jatuh cinta dengan baju yang dapat dari Printcious ni. Sebijik macam yang Nina nak. Meriah la majlis nanti. Hehehe.. Kalau dulu susah nak cari t-shirt printing online dan nak cari kedai material pulak tak best. Sejak dapat email dari Printcious, baru tahu ada website magic ni.. Lepas ni boleh design apa saja yang Nina inginkan tanpa perlu susah-susah mencari. Hanya cari gambar yang menarik.
 
 
 
 
 
 
 
Kalau printing di luar agak leceh dan mahal. Bak kata semua benda nak cas. Nak gambar dalam Photoshop, AI dan sebagainya. Cas artwork lagi. Sekarang kalau ada apa-apa majlis akan print t-shirt dari Printcious direct. Jimat pun jimat siap dapat diskaun dan voucher lagi. Sebab tak ada HIDDEN CHARGES, COST artwork. Nina design dan dalam masa 5 hari barang dah sampai dari GDex.  Macam mana nak tempeh t-shirt printing online di Printcious? Jimat masa dan tenaga, klik-klik dah siap.

 
 
Kotak pun comel
 
 
Material kain soft, tak terlalu jarang
 
 
 
 
 
6 LANGKAH TEMPAH CUSTOM T-SHIRT DI PRINTCIOUS
 
 
 
 
Step 1 - Boleh pilih nak register atau Log in menggunakan FB https://www.printcious.com/my/create/t-shirts
 

 
Step 2 - Mula design, pilih saiz



Step 3 - Upload gambar yang korang nak tu dan klik insert



Step 4 - Drag gambar yang korang upload tadi dan design selepas tu klik DONE. (Gunakan image yang save dalam PNG format, tak ada warna background)


 
Step 5 - Dah siap edit, klik add to cart. Kalau ada voucher masukkan code dan apply. Akhir sekali klik checkout


 

Step 6 - Checkout !!
 
 
Step 7 - Lengkapkan alamat
 
 

Step 8 - Pilih untuk pembayaran. Nina hanya perlu bayar RM 22 sahaja, dapat voucher diskaun RM 100. Ok laa



Selesai sudah cara-cara untuk tempah. Apa tunggu lagi, kalau ada apa-apa majlis boleh tempah awal-awal. Semuanya di hujung jari saja, dalam talian dan siap! Jangan tunggu lama-lama tau.
 
 
 
 


 

27 June 2018

McDonald's Delivery Tak Memuaskan


Assalamualaikum Readers
 
 
McDonald's Delivery Tak Memuaskan | Katanya teknologi di hujung jari, maka Nina menggunakan teknologi yang ada untuk order apa saja kecuali orang bunian. Kita sebagai pengguna, kalau tak cuba mana tahu sesebuah website tu bagus ke tak bagus. Semalam try order Mcd dalam website, mulanya terujaaaaaa hingga akhirnya frusttttt !! Dah la area umah tak ada delivery, bila guna alamat office jadi macam ni pulak. Nampak tak nak bagi orang makan ke apa.
 
 
McDonald's Delivery

 
Berapa kali cuba daaa, apa daaa error dan alasan tak boleh pakai / masuk akal. Browser IE dan Google Chrome pun sama. Jawabnya malas terus nak order. Bebal berapa kali cuba, dan perut lapar. Rasanya dah follow step-by-step. Apa yang tak kena? Dedulu masa study subjek Web Programming, kesalahan utama bila si 'pencipta' website ni tak improve apa yang ada. Maybe sebab McD ni rasa ramai suka makan di restoran atau drive thru. Habis semua orang ada masa ke nak buat semua tu.

 
 


Step 1 - Pilih menu


Step 2 - Boleh tambah apa menu yang korang nak 


Step 3 - check pesanan & masukkan code


Step 4 - boleh buat pilihan pembayaran & confirm order



Berapa kali buat pesanan baru daaa.. Mohon Mcd perbetulkan error ni. Alasan tak boleh terima
 
 
 


26 June 2018

Pokok Peria Pantai


Assalamualaikum Readers
 
 
Pokok Peria Pantai | Daun Peria Pantai | Membesar dengan pokok ni bagi Nina sangat mujarab kalau demam biasa / demam panas / demam campak bila mak mandikan dengan cara blend daunnya, daunnya juga akan mengeluarkan buih apabila diramas. Dikatakan dijadikan sabun pada zaman nenek moyang kita. Jarang makan daunnya, lebih kepada buat mandian untuk turunkan suhu badan. Peria pantai antara pokok yang agak popular bagi orang Utara. Tapi ada juga yang makan pucuknya sebagai ulaman. Bahkan orang India juga ambil daun pokok ini (tanpa minta izin).
 
 
Pokok peria pantai
 
 
Pokok peria pantai atau peria laut ni senang tumbuh menggunakan semaian keratan batang atau biji benih dan senang hidup. Pokok ni banyak terdapat di kawasan kampung-kampung. Pokok ini biasa hidup subur di kawasan-kawasan beriklim panas. Ia banyak terdapat di Afrika Timur hingga ke India, selain itu terdapat di Asia Tenggara dan kawasan-kawasan panas di Australia.



Daun peria pantai yang bersinar


Pokok peria pantai perlu di pangkas. Cepat tumbuh pucuknya



Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah, merawat kencing manis. Berhati-hatilah memakan sayur atau ulam kerana ia mendatangkan masalah angin dalam badan. Jika terlebih makan, peria pantai boleh menyebabkan cirit-birit.



 

25 June 2018

Chicken Rio Burger Dan McFlurry Durian


Assalamualaikum Readers


McDonald's Chicken Rio Burger & McFlurry Durian | Masuk kali ke 2 dalam bulan ni makan eskem durian. Tak dinafikan setiap outlet ada kedekut / pemurah isi durian. Sayangnya terlupa nak makan sampai 2 hari, sekali tengok eskem dah jadi air durian 😂😂😂


Chicken Rio Burger seindah kotak

Tak puas makan

Banyak isi durian dengan harga RM 8.99



Boleh dikatakan Nina ni fan McD, bukan apa menunya mesti ada musim macam Rio Burger. Musim bola mesti ada. Macam season jugak lah tunggu menu-menu McD ni. Jadi pelanggan tak bosan. Ternanti-nanti sampai kempunan. Kalau rumah dekat dengan McD, hari-hari terjah kot 😅😅


Walaupun banyak jerawat tapi sedap

Cheese dan sos banyak sehingga meleleh padan dengan harga RM 16.45 (large)

Isi di dalam meriah dengan kubis


Rasa chicken rio burger ni tak pernah berubah. Sedap, pedas-pedas lemak cheesenya. Balance rasa burgernya. Belum cuba daging dan sebelum ni pun tak try makan. Dapatkan segera sementara World Cup masih berlangsung hingga 15 Julai. Nak kena ulang makan. 



22 June 2018

Cerita Aidilfitri 2018


Assalamualaikum Readers 


Sebelum otak makin tepu nak taip apa, baik mengarut cecepat 😅 Cukup lah 5 hari cuti raya tahun ni, raya ke 5 dah start kerja. Ada yang masih mood cuti ke? Apa yang beza raya Nina tahun ni? #teamrayalena 😂😂 Ya, 1 Syawal 1439 H, raya pertama habiskan masa dengan makan, tidur. Ditambah cuaca panas, rumah tak siap kemas dan family berkumpul pada raya ke 2. Masing2 raya kampung mertua.


Aidilfitri 2018 dengan muka tahan panas. Baju ni lepas raya 2017 baru siap, dah la jahit lace cincai, kena oter sendiri



Hari Raya Ke 2


Pagi raya ke 2 semua family sebelah mak berkumpul di rumah Pak Long, dimulakan dengan bacaan yassin untuk mereka yang telah pergi, sesi makan2, lucky draw dari Pak Ngah (tokey RedONE) dan celebrate birthday baby June. Gambar memang tak teringat nak ambil 😅😅 Yang penting cabutan bertuah bukan tapaware tapi duit raya. Mak dapat RM 50, Nina dapat RM 10 😂 Rejeki


Spaghetti sapa buat entah. Not bad rasa meatball



Selesai majlis, terus gerak balik kampung sebelah bapa. Nasib 1 negeri. Balik kampung Bayan Lepas lagi meriah sebab family besar. Tiap-tiap tahun ada baca yassin dan makan-makan di rumah pusaka Tok (dah jadi rumah Pak Tam, abang bapa no 5).


Satu-satunya sepupu Nina yang jadi orang istimewa. Tak pernah tau umur berapa 😅 Biasa dia panggil kakak. Sepupu lain kurang layan dia, maklumlah normal.

Majlis bacaan yassin dimulakan dengan kata aluan sepupu nina (berbaju hitam, dia bagi duit raya setiap sorang 😆). Tuan rumah baju purple 

Sepupu paling berumur dan anak-anak

Makanan disponsor oleh mak tam dan makcik. Epal jeruk tu sedap betul



Nina suka balik kampung bapa sebab makcik dan sepupu-sepupu bagi duit raya. Mungkin sebab muka baby face dan belum kawen kot. Hahaha.. Kena jadi remaja macam ni. Selesai makan, sembang, haruslah selfie. Bukan dapat kumpul semua, ada yang kerja, raya rumah mertua, pergi kenduri, ada juga yang lupa daratan sanak saudara. Ada kematian baru nampak batang hidung. Mostly family abang no 2 & 3 bapa. 


Duduk ikut turutan. Muka bapa dengan abang no 5 (baju purple) dah macam kembo. Dari kanan : mak tam, pak tam, bapa, makcik, paksu, maksu, mak andak

Mohd Zain big fam. Tak cukup korum. Sepupu dan anak buah. Semua dapat angkut balik Lawin best ni

Semua ni anak-anak sepupu Nina bersama anak dan laki/bini. Mak sedara pun belum kawen lagi

Hang dah kenapa Wazzer Shariff, sepupu sado, single lagi tau. Promote2. Bebudak belakang ni kalau nak bagi dorang duit raya pikir 44 kali. Mau lari bajet

Duit raya tak termasuk dari bos. Alhamdullillah cukup kalau nak beli jeans Levis. Haha


Hari Raya Ke 3


Open house rumah Mak Lang di Kulim. Biasanya ternak lemak sepuasnya tapi maaf gambar makanan lupa nak ambil. Haha.. Makan nasi beriani dan rendang ayam, pekena pulut durian. Dapp..


Kuah durian cicah roti gardenia


Setiap kali mai rumah mak lang, mesti lupa nak bawa makanan untuk monyet/kera depan pintu masuk taman. Kesian tengok masing2 tunggu makanan.



Struggle nak bagi dorang ni makan, asal turun kereta kena kejar. Last2 baling pisang ikut tingkap. Haha.. Yang mana blogger Kedah nak beramal boleh mai Taman Nilam Baiduri, Kulim. Setiap hari ada orang bagi makan. Sambil beraya sambil bersedekah.


Jadi sebelum balik, pak njang sempat singgah gerai buah berdekatan (dalam 3 km) beli pisang dan alhamdulillah tuan gerai jual sekotak pisang ranum hanya RM 10. Dia tahu kami nak bagi monyet makan sebab pernah sekor dua datang gerainya. Semoga murah rezeki kak tu.


Rezeki balik dari Kulim, mak njang belanja eskem durian. Kede isi durian lah McD Sunway Carnival. Boleh dikatakan raya ke 3 tu sendawa pun bau durian.


Ada juga plan nak kidnap sekor anak monyet ni jadi tukang cabut uban mak ke cari kutu2 degil kucing ke. Tapi masalah juga nak membela 😂😂🐒 Apa pun Nina nak ucapkan 



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BUAT BLOGGER mana tahu terlajak komen mengguris perasaan ke 😘


13 June 2018

Kad Raya #3 Dari Farrah MF


Assalamualaikum Readers 😃


Kad raya ke 3 dari akak Blogger Farah MF. Terima kasih akak comel. Alhamdulillah sampai ofis sehari sebelum cuti hari raya. Kalau tak mesti risau, kena hujan ke, kan dah rosak kad raya DIY yang comel ni.


Kad raya akak Farrah MF

12 June 2018

Kiehl's Hadiah Untuk Diri


Assalamualaikum Readers 😆


Kiehl's Hadiah Untuk Diri, Self Reward Di Hari Raya | Excited macam tunggu duit raya. Haha.. Orang lain sibuk beli baju raya macam nak pi menikah, aku sibuk beli skincare. Dah lama usha Kiehl's, sebab bila ke Gurney Plaza, mesti lalu depan outlet Kiehl's tapi tak tergerak hati nak masuk. Sejak balik dari Taiwan, potpori pori-pori di pipi nampak lebih besar daripada biasa, breakout sikit. Maybe sana cuaca sejuk. Takkan nak tunggu jadi lopak di jalan baru nak cari pakar kulit.


Kiehl's box nampak mewah. Sebelum koyak dikerjakan kucing.

Wrapping macam tak nak bagi bukak. Maceh abang GDex



Kiehl's skincare dari New York, dorang ada beauty advisor, boleh tanya dan check jenis kulit kita dan advise produk apa bagus untuk kulit. Sebelum beli skincare ni, banyak baca review positif.


Start 0% gst, usha website Kiehl's, harga mur mur amat, terus beli dan dengan pembeli online dapat 5 sample percuma (boleh pilih). Verangan nak kulit licin macam telur ayam di hari raya 😄😅😅 Sapa tak suka muka pololes kan?



Ramai blogger review kata bagus dan jimat, tahan selama 6 bulan. RM 113.21

Harap cik mask dapat memerangkap kekotoran di muka. RM 122.64


Dalam tempoh 28 hari boleh nampak resultnya. Kalau tak ada perubahan Kiehl's akan pulangkan duit. Beauty is pain, kena laburkan duit beratus. Dah guna 4 hari, nampak parut semakin pudar dan kalau betul-betul berkesan, Nina buat review okay girls.


3 sample untuk kecikkan pori dan best sellers

Serum untuk hilangkan bekas jerawat


Tunggu eh 28 hari, tak sabar nak tengok perubahan muka. Boleh tengok website Kiehl's 👈


Amalan Bagi Duit Raya?


Assalamualaikum Readers 😁


Amalan Bagi Duit Raya? Perlu Atau Tidak Bagi Duit Raya | Seronok ronok orang yang tadah tangan dapat duit raya kan. Haha.. Zaman tu dah berlalu bagi Nina, sekarang turn sendiri pulak. Tahun lepas tak dapat bagi duit raya sebab resign, In shaa Allah tahun ni ON. 


Sampul duit raya orang sponsor, duit raya siap isi


Budak-budak sekarang kalau raya ingat duit raya. Kumpul duit raya nak beli apa yang inginkan tak ubah macam zaman budak 90'an. Zaman dulu kalau dapat duit raya RM 2 pun dah happy, pusing kutip duit raya setiap rumah tapi sekarang zaman dah banyak berubah. Rata-rata datang minta duit raya, bukan bersalaman dan makan kuih raya pun.


Adat Cina. At least ada mualaf terangkan

Mindset ibu bapa kena ubah juga


Nak beraya pun tuan rumah tanya dulu. Nak raya ke nak duit raya? Kalau nak duit raya, terus bagi duit. Memang tak masuk rumah lah beraya. Definisi raya dah berubah mengikut peredaran zaman. Sebetulnya berkunjung je rumah sedara mara, rakan-rakan, jiran-jiran untuk eratkan silaturahim, bermaaf-maafan.


Bagi family Nina, bagi duit raya ikut bajet masing-masing, terutama yang masih belajar. Anggap macam bersedekah. Anak-anak kena ajar supaya jangan meminta-minta duit raya dari orang dan jangan demand nak duit kertas warna apa. Haha.. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com