4 June 2018

KFC Chizza Combo Dan Crispy Tenders A'la Carte


Assalamualaikum Readers


Pertama Kali Order KFC Online | KFC Chizza Combo Dan Crispy Tenders A La Carte | First time order kfc ni bulan April lepas, saja godek-godek website dan nampak dah boleh delivery ke rumah. Masa nak 'set' kan alamat susah jugak, kena tengok map betul-betul. Sebenarnya nak delivery ni kena tengok jugak kawasan rumah tu dekat dengan resto atau tak. Cuma McD saja tak boleh. 


KFC Crispy Tenders A La Carte

Chizza

KFC Chizza

KFC Wedges (set bersama chizza)


Sempena bulan puasa ni, ada yang tak sempat berbuka di rumah contoh macam kawan Nina (hadap jammed di Penang bridge termasuk si Lokman) boleh cakap kesian jelah kat depa ni 😂😂 Korang kalau tiap-tiap hari 'sangkut' boleh delivery ke ofis dulu, nanti senang boleh berbuka dalam kereta. Nina faham tak semua orang boleh ke bazar ramadan. 


Sedap ke menu-menu tu?


1. Chizza - Bloggers ramai review tak sedap tapi Nina rasa sedap, isi ayam padat dan cheese sedap walaupun sikit. Makan panas-panas best!


2. Crispy Tenders - Jejari ayam sedap makan dengan sos cheese. Sos tu dapat half saja. Not bad. Kena dengan harganya. 


Senang saja nak buat account KFC ni. Ada instructions step-by-step, mudah saja. Janji ingat password tu. Kalau lupa boleh reset semula. Isi butiran yang diminta dan alamat harus lengkap, kesian rider tak jumpa lokasi pulak. 


Pilih menu dan confirmkan

Bahagian bayar boleh pilih nak beri duit cukup-cukup atau perlukan baki

Check email untuk pengesahan order. Kadang-kadang delivery ambil masa cuma 15 minit paling awal dan 30 minit paling lewat


Zaman dah maju, dihujung jari, maka kita ambil peluang yang ada. Jimat masa, tenaga dan minyak. Lagi banyak resto ada delivery lagi seronok.


9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Farah said...

Pasal rumah kita yang kat Malaysia dekat kampung, so takde delivery semua ni :(

aswadz said...

chizza tak pernah makan lagi. tapi macam x berminat je nak makan. huhuhu...

شركة المثالية said...


شركة المثالية لمكافحة الحشرات
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة رش مبيدات بالجبيل

nohas said...

selalu gak order online kalau stay back kt office..mmg bencinta nk turun dari tingkat 17, nak pi beli foods..

dua2 blm try lagi..

sayidah napisah said...

chizza tu cheese campur nenas eh? kalau sesiapa yang tak berapa ngam dengan nenas, boleh ketepikan kot kan hahaha.

I am LZ said...

Wow sekarang KFC pun boleh order di hujung jari, best! Malangnya tempat LZ masih belum ada KFC delivery lagi..

Nurul Shahira said...

Aah, chizza tu byk gak review kata x best. Tapi hari tu mkn best je rasa dia. Ikut outlet la kut jadi ok ke tak kan

Nina Mads said...

Sayidah : Ya mixed cheese+nanas. kalau tak makan boleh buang hehe

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com