6 June 2018

Taiwan 2018 : Taoyuan International Airport Ke Taipei Main Station


Assalamualaikum Readers

Taiwan : Taoyuan International Airport ke Taipei Main Station | Cara ke Taipei Main Station (TMS) dari airport (Terminal 1 & 2) | Alhamdulillah.. perjalanan selama 4 jam 15 minit akhirnya kami selamat mendarat di Taoyuan International Airport (TIA) pada jam 12.06 pagi waktu Taipei, tak perlu tukar masa sebab waktu Taiwan sama macam Malaysia, cuma 'cuaca' seperti di Sabah, pukul 6 dah start gelap.



Cara nak dapatkan pass Taoyuan Airport MRT secara percuma? Cuma tunjukkan tiket fight Taiwan or booking nombor dan nyatakan jumlah yang akan ke Taiwan. 1 pass dapat dari Matta Fair dan 1 lagi pass dari TVA. Bila dah dapat pass ni bajet public transport jimat sikit (tambang sehala MRT TWD160 dan 1 pass valid untuk single journey saja)



View landasan nampak dah




Cantik bumbung TIA, airport besar dan luas. kaunter imi pun banyak dibuka. Menuju ke imigresen ni

Sambil beratur snap la gambar tapi jangan ambil gambar depan kaunter imi. No camera allowed


 
Urusan imigresen berjalan lancer walaupun ambil masa yang lama sebab ada ramai penumpang lain mendarat bersama. Sambil menahan rasa nak terkucir, lenguh juga kaki nak beratur. Bermacam ragam scenario boleh lihat, ada yang tak lepas imigresen. Naik senak perut.



Amazing race bermula di sini

Settle collect luggage, kami keluar dari Terminal 2 dan perlu redeem pass MRT. Tapi ini bukan tempatnya.

Kalau tak ada pass MRT dan nak berjimat, boleh follow ini. Beli tiket return MRT + naik Taipei 101 jimat tau! Beli asing2 mahal.

Nampak tak? Dah jumpa tempat redeem pass MRT. 

Mekasih si baju hijau. Tanpa mem besar tak jejak kaki ke Taiwan

Lebih kurang mesin topup pass MRT tapi kami beli dan topup di 7E

 
Sampai turn Nina depan kaunter imi, ada problem jari, fingerprint memang ada masalah sejak lahir. Then, pegawai imigresen perempuan tu tanya 2 soalan : nama penuh dan pertama kali ke datang Taiwan. Urusan imigresen di sini sama macam airport Siem Reap. Kena scan 2 jari serentak iaitu jari telunjuk. Settle semua, kami collect luggage dan mencari kaunter Taoyuan Airport MRT untuk redeem pass.



Tunggu MRT untuk ke TMS

Dalam MRT dan free wifi. Tak tipu wifi memang laju

Token MRT untuk 1 way. Macam token LRT jugak. Masuk kena touch, bila nak keluar kena masukkan dalam mesin slot. Menunggu dalam masa 5 minit.

Map yang ada dalam MRT. Senang nak refer buat pertama kali datang

Keadaan dalam MRT. Senyap, sejuk dan aman. Bukan macam kat sini kerja nak membawang. Lebih kurang macam ERL. Kami naik train express dan berhenti di 2 stesen saja. Perjalanan dari airport ke TMS dalam 35 minit. Boleh naik bas tapi agak lama. Yang best dalam ni boleh charge fon.

Perjalanan kami dapat melihat bandaraya Taipei

Cantik kawasan bandar

Kat sini banyak taman2 awam dan semuanya berlainan


View dari atas MRT, kawasan kehijauan rupanya 





 
Melilau kami cari kaunter, bila dah jumpa kaunternya, staf beritahu itu bukan tempatnya. Maka berkeliaran kami cari kaunter berpandukan direction dari staf tu. Akhirnya jumpa kaunter yang betul. Rupanya, kaunter terletak berdekatan pintu masuk / keluar MRT di Terminal 2 (Malindo & MAS). Maknanya, jika naik AA, akan turun / naik di Terminal 1. Selesai redeem pass, kami diberi token round trip untuk tren ekspress dari airport ke Taipei Main Station hanya 30-35 minit saja.



Screen jelas dan besar

Alhamdulillah kami sampai juga di TMS. Kat sini kami blur sebab keluar saja train, keadaan sunyi. Krik.. krik

Ikut saja signage sampai jumpa jalan keluar

Kami pun jalan sampai jumpa Starbucks dan escalator ni

Nampak signage ni. Kami keluar ikut Exit 6

Cantikkan design, pertama kali sampai di airport dah kagum dengan taste Taiwanese bab deco

Map ni sebelah pintu keluar Exit 6

Exit 6

Nampak tak bangunan TMS, jalan kaki time ni rasa best sebab cuaca tak panas dan angin kuat/sejuk. Spring di Taiwan pun best

1 lagi bangunan serupa tapi kalau tak silap ini gate lain. Haa confusekan? Jangan risau jalan saja sampai jumpa bangunan TMS. Rupanya TMS ni untuk MRT saja. 

 

Setiba di TMS, berpandukan itinerary, kami cari exit 6. Bila jumpa, hairan kenapa tempat ni sunyi sepi dan kosong? Haa sudah, sesat ke? Kami pun jalan lagi sampai nampak bangunan Taipei Main Station. Rupanya, stesen MRT tak sama dengan TMS. Bangunannya asing2 dan jarak antara 2 stesen ni antara 200-300 meter walaupun bersebelahan. Lintas jalan 2 kali.


Bangunan Taipei Main Station. Bersebelahan dengan TMS MRT. Dibezakan dengan bentuk dan warna bangunan yang berlainan. Nampak teksi banyak-banyak tu haaa jumpa la. Ada 4 gate ya.

Besar dan luas TMS ni. naik semput berjalan, berapa kali sesat dalam ni mencari 7E dan MRT. Pening kami dibuatnya

Ini kaunter tiket train biasa atau TRA. Boleh beli di kaunter atau mesin layan diri yang disediakan. Better beli kat kaunter sebab boleh tanya macam2 sebelum beli tiket. Staf fasih cakap BI.


 
TAIPEI MAIN STATION (TMS)


Tiba di TMS, ada beberapa benda kena settle. Harus beli tiket train, memandangkan kami bukan stay di Taipei saja tapi tour ke country2 yang lain. Boleh beli online, tapi tak berapa confident, bila website minta kad kredit, password, translate mandarin-inggeris elekk.. Jadi walk in saja. Alhamdulillah, both tiket (train biasa-TRA & HSR- High Speed Rail) masih available. Hanya TRA tak ada seat (kena berdiri), janji dapat tiket.



Kaunter tiket HSR (area tingkat bawah TMS). Staf fasih Inggeris juga. Korang boleh soal siasat macam2

Tiket train HSR dan TRA


Masalah
juga nak cari kaunter kedua2 train ni, melilau kami cari, dah la TMS ni besar, berapa kali lalu kawasan sama walaupun ada signage lengkap. Redha jelah dengan bawa beg berat. Yang bagusnya signage di TMS dan seluruh Taiwan, ada 2 bahasa, Mandarin dan English ditambah font besar dan jelas.



Locker di tingkat bawah TMS menghala ke MRT. Nak check in hotel belum masanya lagi. Bayaran yang dikenakan TWD50 untuk 3 jam pertama. 

Make sure simpan resit baik2. Jangan hilangkan kerana di resit terdapat no pin yang akan digunakan untuk buka loker nanti. Kalau hilang dendanya TWD200



Settle beli tiket, kami ke Visitor Information Center (bersebelahan kaunter TRA) untuk bertanyakan beberapa perkara. Walaupun dah ada itinerary, tapi kami tak pasti jika info yang dapat dari internet semuanya betul, jalan terbaik tanya di VIC. Berjam juga nak settlekan semua urusan, baru kami drop luggage di locker yang disediakan (storage locker di tingkat bawah TMS). Bayaran TWD50 untuk 3 jam pertama.

 
 

6 comments:

nohas said...

kawan akk bawa surat doktor sbb anak dia ada masalah finger print..mmg tk lepas imigresen..

cantik bdr Taipei..kehijauan..

I am LZ said...

Salam Ramadhan Nina,
Lama sungguh sis tak singgah sini, maaf tau..

Best baca cerita gang blogger pi melancong. Boleh jadi sumber rujukan akan datang..

Nurul Shahira said...

Memang sejenis kegigihan berjalan dlm TMS ni, hehe.

Warisan Petani said...

Seronoknya dapat jenjalang ke tempat orang

dear anies said...

mmg da cuak jg ms tiba kt tms airport tu hahahaha sunyi ya amat

Shahida Dzulkafli said...

Pengalaman yang mengujakan..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com