3 July 2018

Birthday Celeb @ Resto Pagar Buluh, Bayan Lepas


Assalamualaikum Readers 😘

Resto Pagar Buluh, Penang | Makanan Sedap Di Bayan Lepas | Tempat Makan Best Di Penang | Alhamdulillah, bakal genap umur 28 tahun. Terima kasih buat semua kawan-kawan masuk air termasuk blogger Miamor Zafirah 😚 Maceh dear, you surprise me. Sebelum masuk abad ke 30, birthday kali ni ada temanya. Birthday gegirl jadi unicorn. Bukan celebrate birthday nina saja tapi birthday junior kolej.


Resto Pagar Buluh, Bayan Lepas

Hairband unicorn

Surprise belon unicorn. Pun dah happy


Plan asal nak makan di resto seafood tapi tokey kedai tak habis raya lagi, terpaksa cari kedai lain. Pilih punya pilih siap baling dadu *tipu ja. Kami pilih resto milik lecturer USM. Apa yang best resto ni, boleh makan sambil tengok ikan berenang. Jawabnya memang Nina makan lambat lah sebab tengok ikan dan malu jadi unicorn. Serba tak kena malam kejadian tu. Boleh angau kuasa kuda. Hahaha


Menu mee udang harimau paling win. Nampak ikan kat bawah meja tu?


Harga makan 6 orang :


Sizzling Lamb Chop - RM 19.90
Cheesy Meatball - RM 10.90
Grill Chicken with Cheese - RM 19.90
Chicken Parmigiana - RM 19.90
Mee Udang Harimau - RM 12.90 (sedap)
Mee Goreng Udang Harimau - RM 12.90
2 Orange Juice - RM 11.80
3 Honey Lemon @4.50 - RM 13.50 (sedap)
1 Ais Kosong - RM 0.30
1 Apple Juice - RM 5.90
1 Air Suam - RM 0.30


TOTAL = RM 128.20
*boleh buat reference


Semoga murah rezeki Nina belanja orang makan. Janji semua anak-anak ikan mak makan sampai licin. Kalau mai Penang, jangan lupa masukkan list resto ni. Baru first time ternak lemak kat sini. Lepas ni boleh la makan sini lagi. Hehe.. 


RESTO PAGAR BULUH

Alamat : 240, Jalan Dato Ismail Hashim, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tel : 016-296 2276

(boleh booking meja dengan bayaran RM 50)


3 comments:

Pha Is said...

dah makan jugak.. layan makan sambil tengok ikan berenang.. pergi plak dengan love one.. hehhe

dear anies said...

boleh laa try nnt mi udang kt sini😊 sblm ni mkn kt sg dua

Nina Mads said...

Pha Is : sedap juga makanan kt situ. heheh

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com