22 July 2018

Dinner @ BM Tom Yam, Bukit Mertajam


Assalamualaikum Readers


Makan Malam Di BM Tom Yam, Bukit Mertajam, Penang | First time dan last time makan di sini. Satu lagi kedai kena banned ! Food blogger, lidah bukan main. Haha.. Sebelum ni setiap kali lalu depan resto ni mesti full, memanjang penuh dengan orang. Alang-alang nak dinner, kami singgah sini nak rasa 'tom yam' dia. My expectation nasib tak tinggi melangit, rasa ke laut Krabi dah 😂😂😂



Tom yam tak sedap
  
 
Tak sure kenapa ramai tapi kami boleh review tom yamnya tak kaw, tak pedas dan seafood pun tak fresh. Baik buat tom yam sendiri kat rumah baq hang. Kedai ore Klate belum tentu masakan macam Thai. I is sad, dah tengah lapaq gedik-gedik then dapat lauk macam ni. Boleh kurus. Hahah



Air boleh tahan



Seminggu lepas kami makan tu, bf cakap resto ni kena tutup sebab tahap kebersihan tak memuaskan. Nasib baik tak kena keracunan makanan. Tengok dapur pun alahai 😂😂 So don't judge a restaurant by how many people come in. Boleh pakai teori ni tak. Orang kita, nampak penuh nak masuk, nak try tapi makanan belum tentu sedap.

 
 

No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com