5 Nov 2018

Review Filem : Venom

Assalamualaikum Readers

 
Review Filem Venom | Kembali bersiaran dalam blog yang tenggelam timbul ni. Hehehe.. Bukan tak ada cerita tapi busy dengan kerja, balik rumah dah letih so ke laut ler. Movie ni sempat Nina tengok 18 October lepas di GSC Sunway, since bf tak nak tengok movie kat dalam pulau sebab seat tak best. Hahaha.. Sebuah movie superhero based on Marvel Comic. Yang layan komik mesti akan kenal karakter dalam Venom ni. Box office $541.6 million. Siapa yang geli nak tengok makhluk Venom ni boleh tolak tepi tapi ada part kelakar. 





 
SINOPSIS VENOM


Semasa meneroka planet baru yang boleh didiami, Life Foundation, sebuah syarikat bio-kejuruteraan terjumpa sebuah komet yang mempunyai symbiotic lifeforms. Mereka membawa pulang 4 sampel ke Bumi, tetapi semasa kapal terhempas di Malaysia, satu symbiotic terlepas. Life Foundation membawa pulang 3 symbiotic ke makmal mereka di San Francisco, di mana CEO, Carlton Drake mengetahui symbiotic tidak dapat bertahan tanpa oksigen dari 'tuan rumah' (means symbiotic ni kena masuk dalam badan manusia untuk hidup). Wartawan penyiasatan, Eddie Brock memberikan dokumen terperinci dalam percubaan Drake menghantar manusia ke planet baru untuk penyelidikannya dalam masa yang sama tunangnya, Anne Weying, seorang peguam yang terlibat dalam membela pertubuhan Life Foundation. Akhirnya, Brock dan Anne kehilangan pekerjaan mereka dan Anne memutuskan pertunangan.


Brock menemu ramah Drake dan mendedahkan kegiatannya

Symbiotic


6 bulan kemudian, Drake berjaya mencari symbiotic yang 'mencari tuan rumahnya sendiri'. Dora Skirth, salah seorang saintis Drake yang tidak bersetuju dengan penyelidikan Drake yang menggunakan gelandanggan untuk diuji dengan symbiotic menghubungi Brock dan mahu Brock mendedahkan kegiatan Drake. Dora membawa Brock memasuki makmal Life Foundation untuk mencari bukti dan Brock ternampak kenalannya, sorang wanita tua di jalanan bernama Maria, telah menjadi salah satu mangsa ujikaji Drake.



Mangsa ujikaji Drake

 
Broke cuba menyelamatkan Maria tanpa mengetahui di dalam badan Maria sudah ada symbiotic. Maria menyerang Brock dan symbiotic itu pindah ke badan Broke dan Maria menjadi arwah (apabila symbiotic berpindah ke badan lain, orang itu akan mati). Brock melarikan diri, dan dia mengalami gejala pelik dan meminta bantuan Anne dan teman lelaki barunya, Dr Dan Lewis, akhirnya mereka menemui symbiotic dalam badan Brock, satu-satunya spesimen yang masih hidup dan menyukai Brock.


Brock dapat gejala pelik

Membunuh tentera upahan Drake

Venom memperkenalkan diri

 

Drake menghantar tentera upahan untuk mengambil symbiotic dari Brock, tetapi Brock bertukar menjadi Venom dan menyerang tentera upahan. Symbiotic menyembunyikan diri di luar bandar dan berkomunikasi dengan Brock dan memperkenalkan diri sebagai Venom. Ia menerangkan bahawa komet menjadi pengangkutan mereka untuk mencari dunia baru di mana symbiotic dapat menetap dan memakan penduduknya. Venom menawarkan untuk melindungi Brock jika dia dapat membantu symbiotic mencapai matlamat mereka.




Brock memecah masuk ke office lamanya untuk membuktikan jenayah Drake, tetapi dia dikepung oleh SWAT dalam perjalanan dan Venom merubah dirinya untuk melepaskan diri. Anne menyaksikan perubahan Brock dan membawanya kembali ke pejabat Dr. Lewis. Mereka mendedahkan symbiotic perlahan-lahan akan memakan organ-organ dalaman Brock. Brock juga mengetahui bahawa symbiotic mempunyai 2 kelemahan iaitu bunyi dan api. Anne menggunakan mesin MRI untuk melemahkan symbiotic untuk memisahkannya dari badan Brock. Brock kemudian ditangkap oleh Drake dan symbiotic melarikan diri dari bilik MRI dan memasuki tubuh anjing.



Riot masuk ke dalam badan Drake

Berlawan habis-habisan untuk halang Drake dan Riot membawa symbiotic ke Bumi

 

Symbiotic ke 4, Riot dari Malaysia ke San Francisco dengan melompat dari badan ke badan. Riot memilih Drake untuk membawa sisa symbiotic ke Bumi. Venom memasuki badan Anne supaya mereka boleh membebaskan Brock. Apabila Venom terikat dengan Brock, dia telah yakin untuk melindungi Bumi dari spesisnya. Dimana Riot sebenarnya ketua 'tentera' dan kuat untuk dikalahkan. Riot dan Drake cuba melarikan diri bersama kapal angkasanya dan Venom bersama Brock cuba menghalang dan mereka berlawan bermatian sehingga Riot dan Drake mati dalam letupan kapal angkasa. Anne percaya Brock tak lagi terikat kepada Venom. Dalam diam mereka terikat dan ingin melidungi bandar dengan membunuh penjenayah.


Scary tak?

Venom makan manusia penyenayah sebagai makanannya

 
Brock kembali menjadi wartawan dan dijemput untuk interview pembunuh bersiri, Cletus, yang menjanjikan "pembunuhan beramai-ramai" jika dia berjaya melarikan diri dari penjara. The End. (Akan ada sambungannya, tunggu)


🌟🌟🌟🌟🌟

9 comments:

  1. semalam ingat nak tengok cerita ni tapi tak kena masa pulak

    ReplyDelete
  2. Enjoy betul tengok Venom.. Ini sha suka.. kikiki.. tak sabar nak tunggu next filem..

    ReplyDelete
  3. x tgk lg... tp billboard dia hari2 tgk ms nk pergi / balik kerja hehehhe

    ReplyDelete
  4. xsempat tonton, ada kekangan keadaan...

    ReplyDelete
  5. Haish!!! ada sambungan kerrr....
    geramlah tengok filem camne hahaha...

    ReplyDelete
  6. Ala hakak tak minat lah cite cite gini Nina...

    ReplyDelete
  7. best citer ni. tak sabar tunggu venom2!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com