10 Dec 2018

Fizzy Cafe Mee Udang Ketam @ Bayan Lepas, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Fizzy Café Bayan Lepas, Penang | Fizzy Café Mee Udang Ketam | Tak sah kalau dah keluar dating tak pi makan-makan. Hahaa. Dalam satu hari tu boleh buat kerja gila, food hunting sampai merata ceruk dalam Penang dan Seberang Perai. Hahaha.. Ok, kali ni kami terjah sini sebab dah lapaq sangat dan dekat area kampung Nina. Senang nak cari kedai ni, tepi jalan dan tempat park pun luas cuma kedai tak besar sangat, ala-ala warung tepi jalan gitu. Makan kat sini bertarikh 22 Sept 2018. Yaaa lama baru nak up story.
 
 
 
Nasi goreng udang, nampak nasi sikit tapi banyak. Harga dah lupa sebab bf belanja. Dalam belas ringgit
 
 
 
Apa yang best Fizzy Café ni? Famous nasi goreng udang dan shell out. Harga tak sure tapi berbaloi sebab udang-udang size besaq, puas makan. Bandung cincau pekat dan sekali minum terangkat meja. Hahaha.. Bukan terangkat meja tapi sampai lupa handbag, nasib tokey kedai tolong simpan. Kahkah.. Nanti kalau singgah atau plan nak menternak lemak di Penang, mai la cari dan singgah kedai ni. Recommended!
 
 
 
 
FIZZY CAFE MEE UDANG KETAM
 
 
Alamat : 935, Kampung Bukit 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
(pakai waze confirm jumpa)
 
 
 
 
  

7 comments:

  1. nnt kalu mkn, nk makan mn dulu? mi? udang? ketam? hehehe

    ReplyDelete
  2. p/s terima kasih bommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ;-)

    ReplyDelete
  3. lama tak pekena mee udang..mee ketam tak pernah makan lg..

    ReplyDelete
  4. Mengancam sungguh udang dia tu.. Berbaloi..

    ReplyDelete
  5. Hahaha sedap sangatlah tu sampai boleh tertinggal handbag 😅

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com