21 Dec 2018

Review Filem : Sabrina (2018) - Luna Maya & Christian Sugiono


Assalamualaikum Readers 
 
 
Review Filem : Sabrina (2018) - Luna Maya & Christian Sugiono (2018) | Filem yang dikatakan seram dari negara seberang. Entah macam mana bf boleh ajak tengok, dah la tak berapa suka nak layan filem seram. Siapa dah tengok filem The Doll 2, mesti akan kenal dengan patung bernama Sabrina. Siapa yang tak tahan dengan darah, tak digalakkan tengok. Muntah nanti. Movie peram dari bulan 10. Hehe..
 
 
 

 
 
 
 
Sambungan dari kisah The Doll 2, Maira (Luna Maya) hidup bahagia selepas perkahwinan keduanya bersama Aiden (Christian Sugiono). Aiden mempunyai syarikat yang mengeluarkan permainan anak patung yang berjaya. Dia tak ingin melihat Maira sedih disebabkan kisah lalu ketika Maira kehilangan anak perempuannya dalam kemalangan dan menghancurkan perkahwinannya. Oleh itu, Aiden membuat patung baru bernama Sabrina untuk Maira. Membuktikan cintanya kepada Maira.
 
 
 
Patung Sabrina adalah patung kesayangan anak Maira yang telah meninggal dunia. Setelah Aiden memberi patung Sabrina, kejadian-kejadian aneh muncul kembali, bahkan lagi teruk gangguannya dari dahulu. Kebahagiannya mereka juga belum sempurna apabila anak saudara Aiden belum dapat menerima kehadiran Maira sebagai ibu saudaranya. Vanya tak dapat terima hakikat kematian ibu kandungnya, Andini.
 
 
 
Maira dirasuk untuk membunuh Bu Laras

 
 

Suatu hari, Vanya memanggil roh ibunya menggunakan permainan Pensil Charlie. Roh jahat mula memasuki patung Sabrina, Vanya mula bercakap dan bermain sendirian. Vanya nampak ibunya datang setiap hari. Aiden dan Maira tak mempercayai, sehingga Maira mengalami beberapa gangguan yang menakutkan dan mampu melihat Andini. Mereka memanggil sepasang paranormal yang pernah membantu dalam kes Andini.
 
 
 

 
 
 
Paranormal itu bernama Bu Laras memberitahu hantu di rumah Maira bukan Andini tetapi iblis yang menetap di patung Sabrina. Iblis bernama Baghiah, inginkan tubuh manusia dan menjadi sasarannya ialah keluarga Maira dan Aiden. Nak tahu kenapa iblis tu asyik cari keluarga Aiden, kena tengok dan baru dapat jawapannya, segalanya berpunca dari Aiden. Tahap seram boleh tahan juga bila part Maira, Vanya nak membunuh Bu Laras.
 
 
 
🌟🌟🌟🌟
 


5 comments:

  1. Adoi.. memang tak tengoklah.. Banyak tutup mata je nanti.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. huuurm memang kenot go la citer cenggini. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Kikikikiki... scaRy... teman tak gemar sangat cerita macam nie...

    ReplyDelete
  4. Ramai gak yang cakap ngan akak cite ni tak seram, tapi nina cakap seram pulak. Tapi akak ni memang penakut, so tak tengok la jawabnya. Hahaha

    ReplyDelete
  5. seram smpi terbawa2 dlm mimpi x?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com