31 October 2019

Maleficent : Mistress of Evil (2019)

Assalamualaikum Readers
 
 
Maleficent : Mistress of Evil | Review Filem Maleficent 2 | Filem yang ditunggu-tunggu selain Frozen. Akhirnya keluar jugak Maleficent kedua ni. Nak tengok wayang pun jadi unplanned dating sebab tak harap dapat tengok yelah masing-masing busy. Siapa yang tengok filem pertama mesti nak tahu apa kesudahan nasib Maleficent dan Aurorakan. 
 
 
Maleficent : Mistress of Evil (2019)

 
 
Maleficent Mistress of Evil ni terasa seperti filem epic fantasi yang baru, kerana filem kedua ni tak ada apa-apa hubungan dengan dongeng Sleeping Beauty lagi. Ia lebih kepada rasa seorang permaisuri yang ingin membalas dendam ke atas dunia Moors dan Maleficent. Sebab apa? Kena tengok okay. Paling Nina suka tengok cinematography memang ohsem. CGI pun cantik especially babak 'water bubble'. Weeee..
 
 
SINOPSIS :
 
 
 
Maleficent : Mistress of Evil adalah sambungan kepada filem pertama sebelum ini. Konflik timbul bila penyatuan dua kerajaan ni sebenarnya tidak di'restui' . Kisah bermula apabila puteri angkat Maleficent, Aurora (seorang manusia) diangkat menjadi Queen of The Moors (Ratu Moors), kerajaan magis yang dihuni oleh golongan pari-pari serta makhluk ajaib lain-lain. Aurora (Elle Fanning) berharap pernikahannya dengan Putera Philip (Harris Dickinson) akhirnya dapat menyatukan dua manusia dengan dunia pari-pari.
 
 
 
Di jemput ke istana untuk makan malam
 
Prince Philips bawa Aurora bertemu ibubapanya
 
Awkward scene
  
 
 
Walau bagaimanapun, mereka perlu bertemu ibubapa masing-masing sebelum mendapat restu bagi meneruskan majlis perkahwinan bersejarah ini. Di sini lah konflik bermula. Maleficent melakukan yang terbaik untuk tersenyum tanpa di lihat mengancam nyawa manusia (yang sedia takut padanya) di sekitarnya. Dia cuba sedaya upaya demi kebahagiaan kesayangannya, Aurora. Maleficent cuba beralah untuk menarik perhatian orang tua Philip, King John dan Queen Ingrith. Maleficent sanggup mengenakan selendang untuk menutup tanduknya. Salah satu babak lucu.
 
 
 
Mengajak Aurora pulang selepas King Stefan pengsan
 
Maleficent cedera ditembak peluru besi
 
Conall, ketua Dark Fae (bangsa makhluk bersayap) . Berlindung di tempat rahsia dari manusia
  
 
Bermulanya konflik apabila makan malam bertukar menjadi kecoh apabila King John tiba-tiba rebah dan menuduh Maleficent melakukan sumpahan oleh Queen Ingrith. Maleficent bersedia untuk pulang ke Moors bersama Aurora tetapi dia enggan sebelum Maleficent dikatakan tak pulang-pulang ke Moors dan disedari oleh Deval (si gagak yang setia). Jeng.. jeng
 
 
 
Borra dan Conall
 
Pari-pari dan makhluk Moors dijemput ke istana untuk majlis perkahwinan Aurora

 Maleficent is reborn as a Phoenix
 
 
------------------------------------------------------------------- 
 
 
Sementara filem pertama menggunakan bekas kekasih Maleficent, King Stefan sebagai watak yang bersifat maskulin toksik (dahagakan perang dan kekerasan) tapi Maleficent 2 mengakui watak jahat tidak hanya untuk golongan lelaki. Wanita juga boleh menusuk-nusuk Maleficent dengan provokasi sehingga Aurora, (boleh dikatakan bengap) berpihak padanya. 
 
 
 ---------------------------------------------------------------------
 
 
Apa yang menarik Maleficent 2 :

 
 
1. Watak protagonist si jahat yang ada tu sampai rasa nak hentak-hentak
    dengan batu.
 
 
2. Sayang, Prince Philip kurang menjiwai watak. Tak Nampak sebagai seorang
    bakal raja. Tunggu pak dia bangun sampai tak perasan Queen Ingrith pi
    mana. 
 
 
3. Maleficent 2 menggunakan modal peperangan antara makhluk pari-pari yang
    baik hati dengan kaum manusia yang punyai hati yang dingin (tentera King
    John kena pukau).
 
 
4. Maleficent 2 mengajar kita kerana cinta, boleh saja berubah dari baik
    ke jahat dan sebaliknya. 
 
 
5. Sebesar mana pun api kebencian, tetapi dapat bertukar menjadi kasih
    sayang.
 
 
6. Unconditional love does exist.
 
 
7. Baju Aurora semua cantik especially scenes terakhir. Dah macam lampu raya.
    Hahah
 
 
8. Yang penting, jangan ingkar perintah ibu. Aurora yang tak percayakan
    Maleficent sehingga dia melakukan kesalahan bodoh.
 
 
9. Bagaimana Maleficent dapat rasa bunga kubur dicabut dengan rakus oleh
    tentera Ulstead dan pulang ke Moors dengan perasaan sedih. Dari mana 
    asal usul Maleficent dan Dark Faes.       

 
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
 
 
 

29 October 2019

Butterworth Unicorn 5KM Fun Run 2019

Assalamualaikum Readers
 
 
Butterworth Unicorn 5KM Fun Run | Unicorn Fun Run 2019 | Event ni ialah yang pertama kali Nina join. Haha.. Kalau tak kerana blogger Anies, sampai ke sudah tak join fun run dan seangkatan sebab tak ada geng, banyak geng makan. Heee..  Event anjuran Jom Run yang berlangsung di setiap negeri bermula tahun ini sehingga tahun depan. Event Butterworth ini disertai hampir 1k orang. Jumlah sebenar tak pastilah. Yang penting banyak unicorn team. Nak join cepat-cepat tengok dalam apps Jom Run. Banyak fun run menanti untuk tahun 2020.


Collect baju dapat 3 benda ni. Cantikkan baju Unicorn Fun Run

Flag off selepas Zumba pukul 8.00 pagi
 
Larian Unicorn Fun Run di sekitar kawasan Bagan


Senang saja nak masuk fun run ni, dengan install app Jom Run di fonsetiap bulan ada fun run. Maka dengan itu kami cepat-cepat grab Super Early Bird yang berharga RM 28 (first 500 slot). Unicorn fun run ni pada 13 Oktober lepas di De'Garden Hotel Butterworth (tempat penginapan 1 malam blogger Anies), sementara tak masuk bulan 11 ni marilah hapdate dalam blog sebelum cerita menjadi pekasam. Hehehe..




Nama pun Unicorn Fun Run mesti ada yang pakai hairband kecuali Anies . Dia jadi Dato Vida

Kami exchanged hairband. Nampak tak budak tu?

Separuh jalan, lagi 2KM. Jalan ditutup sebelah sahaja
 
 
Sebelum flag off, macam biasa ada senaman zumba. Lepas tu barulah peserta larian dilepaskan kira-kira jam 8.00 pagi tapi kami turun dari hotel lewat, tengok jelah orang berzumba. Terkedek sana terkedek-kedek sini. Jarak larian cuma 5KM tapi Nina super excited, dah lari lepas tu stop tunggu puteri Elsa Frozen Dato Vida tertinggal kat belakang, yang penting lari dengan selamat dan berpeluh pagi tu. Meh layan sebahagian gambar yang kami snap, jalan tapi selfie. Boleh tukar nama dah Butterworth Unicorn Selfie Fun Run. Refreshment dapat roti coklat dan air mineral. Ok lah tu.   



Dato Nina bergaya bersama crown plastiknya


Larian sebelah hotel saja, tempat parking tu jangan harap nak ada, pukul 6 lebih pun orang dah sampai.
 
Omeynya finisher medal
 

28 October 2019

Review Filem - Rambo Last Blood (2019)

Assalamualaikum Readers

 
Filem Rambo : Last Blood (2019) | Movie first untuk bulan Oktober ni. Walaupun sibuk tetap luangkan masa. Ehh.. Sebenarnya tak plan pun nak tengok wayang dengan tunang movie ni. Yelah, siapa yang layan movie Rambo dari mula sehingga ke movie terakhir Rambo oleh Sylvester Stallone. Dah umur 70 tahun lebih tapi masih kuat berlakon. Filem ini dikatakan siri terakhir filem Rambo. Tak sesuai untuk kanak-kanak, pesakit jantung dan ibu mengandung sebab NGERI!!
 
 
Review Filem - Rambo Last Blood (2019)

 
 
SINOPSIS : 


Filem yang mengisahkan John Rambo yang merupakan seorang veteran Perang Vietnam. Kali ini, dia perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan anak angkatnya yang dijual kepada kartel dadah Mexico. Kisahnya dimana Rambo sudah menjalani kehidupan seharian dengan cara positif kemudian kembali diuji dimana dirinya terheret untuk berhadapan dengan kumpulan bapa ayam dari Mexico yang menjadikan anak angkatnya Gabrielle sebagai pelacur. Gabrielle memandu ke Mexico untuk berjumpa dengan ayahnya dan kemudian dijual kepada bapa ayam oleh kawannya.
 
 
John Rambo
 
Gabrielle sebagai anak angkatnya
 
Dating ke tu?
 
 
Apabila Rambo ke Mexico untuk menyelamatkan Gabrielle, maka bermula aksi-aksi memukul, konflik dan pelbagai jenis kejutan. Banyak babak-babak pertempuran, letupan dan adegan ngeri. Banyak darah sana sini terutama plot Rambo membalas dendam diatas kematian Gabrielle dan konco-konco dadah Mexico datang ke rumah ladangnya untuk membunuh Rambo.
 
 
Rambo diserbu konco-konco bapak ayam
 
Gabrielle diugut

Adik beradik bapak ayam


 Filem yang boleh berdiri sendiri walaupun tak pernah menonton filem-filem terdahulu tetapi Nina faham plot ceritanya. Filem ini penuh dengan mesej menarik salah satunya menghormati kasih sayang dan kepercayaan insan tua yang benar-benar menyayangi kita. Watak Gabrielle yang terlalu mengikut kata hati dan keinginannya sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan Rambo dan neneknya sehingga akhirnya menerima pembalasan yang menyayat hati.
 
 
Rambo menunggu konco kartel dadah
 
Teringin nak rambut tunang macam ni. Haha 
 
Matilah geng-geng dadah di tangan Rambo


Dari segi mesej pandangan penjenayah tahap atasan dimana mereka melihat wanita-wanita sebagai benda dan bukannya manusia. Itulah jiwa penyenayah tidak berhati perut ini berfikir. Kita sedia maklum, Mexico merupakan negara pengeluar dadah di benua Amerika Latin dan kerajaan mereka tak berupaya nak membasmi kartel-kartel dadah. Jangan lupa saksikan (kalau masih available lagi di pawagam).  


🌟🌟🌟🌟
 
 
 
 


24 October 2019

Rezeki Yang Tak Diminta

Assalamualaikum Readers
 
 
Rezeki Itu Dari Allah | Istilah rezeki perlu kita fahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya wang ringgit sebaliknya rezeki dari pelbagai aspek seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan. Semua datangnya dari Allah. Sesungguhnya dalam doa Nina tidak pernah sekali pun tertinggal mendoakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat diri dan kedua ibubapa. Entri ini untuk peringatan buat diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tak meminta.


29 Sept - Rezeki yang tak diminta, baru balik rumah lepas tengok movie Rambo: Last Blood dengan tunang dan keluar balik ke Design Village, rupanya abah tunang nak belanja kasut. Sampai sekarang taktau sebab.  
 
Shopping di Skechers 3 pasang kasut dapat 20%
 
After less RM 199.20 tetap rasa mahal sebab tak tau nak buat apa kasut ni


Semenjak dari hari bertunang, Allah berikan rezeki pada mereka yang Nina upah untuk menjayakan majlis disamping niat bersedekah bagi orang makan. Dari baju, hand bouquet, make up, catering makanan sehinggalah ke hantaran dalam masa yang sama saudara-mara juga sponsor makanan dan hantaran untuk Nina. Alhamdulillah, semoga murah rezeki mereka semua. Walaupun tak meminta tapi ada juga nak bagi itu, bagi ini sehingga timbul perasaan segan. (seorang yang pelik, tak suka orang belanja keterlaluan, takut tak terbalas budi dan termakan budi, Nina takut sangat kelak timbul isu mengungkit-ungkit pemberian).



Contohnya : di tangan kita ada nasi namun atas sebab tertentu nasi itu tak dapat dimasukkan ke dalam mulut akibat terjatuh ke tanah. Rezeki itu sudah berada dalam tangan, namun manusia tak mempunyai kuasa mengatakan nasi itu sememangnya rezeki miliknya.
 
 
Sama juga rezeki bila menjadi blogger, bukan semua dapat rezeki untuk dapat hasil dari blognya tapi ada rezeki untuknya dalam bentuk lain ❤❤ 
 
 
 
Balik dari Design Village diberikan sorang satu duit dan makanan untuk mak dan bapa
 
Rezeki orang tuaku. Ambil saja untuk menjaga hati orang lain
 
 
Dari kecil dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, apa yang diinginkan masih mampu disediakan mak dan bapa, diajar supaya jangan meminta-minta apa sekali pun pada orang kecuali usaha. Diajar supaya tidak hidup bermewah dan bermegah dengan harta benda dunia. 29 tahun hidup, tak pernah ada koleksi handbag atau jam berjenama seperti GUESS, TORY BURCH, KATE SPADE, COACH dan lain-lain. Mungkin sebab bukan sejenis perempuan yang suka pakai handbag. Not typical Malay girl. Masih mampu bekerja dan membeli apa yang Nina nak hasil titik peluh sendiri, dan still akan buat benda sama jika ada rezeki berkahwin. Semua di tangan Allah.
 

16 October 2019

KFC Zinger Double Down Sedap!

Assalamualaikum Readers
 
 
KFC Zinger Double Down Sedap! Kini Kembali | Keunikkan menikmati burger yang dihasilkan oleh KFC seperti Double Down ni membuatkan Nina ternanti-nanti kemunculannya setiap tahun. Ini kerana burger KFC Zinger Double Down merupakan burger yang unik tanpa roti diganti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy dan diapit kepingan keju dan ayam ranggup serta dicurah sos Cheezy Mayo KFC.



KFC Zinger Double Down (11 Okt)
 
Daging yang juicy dan ranggup
 
Kepingan keju dan ayam ranggup


Setelah 2 tahun menu ini tak dipasarkan, kini kembali atas permintaan ramai bermula 27 Ogos lepas. Hanya pada waktu terhad sahaja. Puas hati makan, bulan ni saja 2 kali Nina repeat. Hehe.. Tak muak makan ayam saja tanpa roti. Kena makan panas-panas baru laju masuk ke dalam mulut. Harga dari RM 12.90 untuk A'la Carte dan Zinger Double Down Box Meal hanya RM 19.90 selain set combo di bawah.


Zinger Double Down Combo RM 16.90 (burger + air + French fries) yang kedua pada 16 Okt.


Sedappp! 2 kali makan dalam bulan ni tetap tak puas


Jangan lepaskan peluang untuk cuba sementara masih ada. Kalau pi KFC memang takkan nampak iklan Double Down tapi kena tanya masih available atau belum. Kalau dah habis stok tu kempunan lah jawabnya sebab menu ini belum tentu KFC nak keluarkan setiap tahun. Huwaaa...


9 October 2019

Barastar Cafe @ Bandar Perda, Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers

 
Tempat Makan Di Barastar Café, Bandar Perda, Pulau Pinang | Tempat Makan Di Seberang Perai | Kalau singgah Penang, ada satu lagi port makanan barat, port santai lepak sambil ber-coffee selain Starbucks. Barastar Café ni ialah café gabungan western, Asia dan sesuai untuk coffee lover di bawah satu bumbung. Café yang diusahakan oleh orang kita. Barastar Café mula beroperasi pada tahun 2018. Ia menjadi lokasi pengunjung untuk menikmati hidangan minum petang, makan malam hingga ke lewat malam.


Tempat makan best Barastar Café, Bandar Perda, Penang

Kalau ikutkan pemilik Barastar Café, rasanya penuh lagi meja kami ni. Yang ini pun sampai tapau sebab ada tak muat perut dah. Memang pelbagai menu yang di tawarkan. Pemurah sungguh owner café. Semoga murah rezeki.
 
Sesuai untuk semua keraian
 
Ruang indoor yang luas dan berhawa dingin
 
Anena dan Boboy asyik bermain sambil mak-mak menyembang
Kesian Ecah tak ada orang nak main, nasib tunang suka budak-budak



Sudut meja disediakan mainan untuk kanak-kanak

 
Menariknya di Barastar Cafe menawarkan seleksi minuman 'Coffee' yang original dibrew dari kaunternya. Memang sedap! Kaunter coffee ada mesin proses kopi yang khas dan tersendiri, di café ini juga tersedia ruang outdoor yang lebih open manakala ruang indoor lebih privacy dan berair-cond. Ruang indoor menjadi lokasi yang digunakan untuk majlis khas (birthday party, anniversary, seminar atau workshop dan lain-lain).
 
 
 
Barastar Café juga mesra kanak-kanak. Amat sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil menikmati makanan di Barastar. Ibu bapa tidak perlu risau tentang anak-anak. Selain menyediakan ruang duduk yang selesa dan luas, pihak café juga menyediakan permainan untuk anak-anak mengisi masa sementara ibu bapa menjamu selera. Meh kita layan menu-menu yang kami cuba malam tu. Hehe..
 
 
 
Set Meriah Menimbun . Lamb grill, fettuccini al-fredo, meatball, fries, coleslaw + teh o ais (3-4 pax)
 
 
Tengok pada nama sahaja pun dah tertarik. Set ini untuk di kongsi bersama yang tersayang. Tapi kalau mampu habiskan sepinggan boleh order. Heheh.. Terdapat 3 jenis Set Meriah Menimbun : 1-2 pax, 3-4 pax dan 4-6 pax. 
 
 

Butter Rice + Chicken Chop
 
Minute Steak (kombinasi rasa asia dan barat)
 


Chicken Chop (signature dish Barastar Café. Ranggup dan juicy isinya.


Lamb Grill

Paling WIN menu ni. Sepakat mengundi menu ini. Hehe.. Perapan yang simple dan menyerlahkan rasa lemak manis isi daging serta kambing itu sendiri. Terbaik apabila dicicah bersama sos black pepper.   



Creamy Mushroom Soup + Garlic Bread

Sebagai pembuka selera, pasti nak makan ini dahulu. Memang pekat dan suka rasa lemak dan cendawannya. Setanding Pizza Hut.



Spaghetti Seafood Aglio Olio

 
Suka juga yang ini. Manis seafoods di dalam gravy spaghettinya. Ini kerana makanan laut (udang dan calamari) yang digunakan segar. Haruman bawang putih juga menaikkan selera. Menu pilihan blogger Akma.  

 

Aglio Olio Chicken Grill

 
Pilihan Nina. Ayamnya lembut dan juicy dan aglio olionya berminyak tak terlalu kering. Boleh tahan sedap. 

 

Spaghetti Tomyam Pedas Berdesing


Sangat unik dan rasa yang tersendiri. WAJIB cuba! Satu twist oleh pihak owner. Campuran ciri masakan barat dan asia di dalam satu pinggan. Pedas memikat rasa tomyam dan gravynya pekat di spaghetti.  
 

Spaghetti Bolognese Chicken


Fettucini Creamy Chicken Chop


Crispy Chicken Chop Burger

 
Selain menu-menu yang memikat selera di atas. Meh kita tengok barisan minuman sejuk dan panas yang kami dapat cuba. Semua minuman menepati selera kami. Kembung perut dibuatnya. Hehee.. Jangan tak percaya di Barastar Café juga ada boba. Memandangkan di Barastar Café mempunyai mesin coffee sendiri, boleh menghasilkan minuman coffee segar (freshly brew its own original coffee). Selain 2 menu, terdapat juga Americano, Mocha, Cappucino, Classic Latte, Vanilla Latte dan Caramel Macchiato. Jom tengok menu air di bawah :

 

Air minuman sejuk dan panas termasuk teh ais kaw, coffee ais kaw, teh o ais dan signature coffee dari Barastar Cafe  


Hazelnut Latte (paling sedap sebab rasa kacang hazelnutnya rasa banyak dan berlemak) 


Caramel Latte . Semerbak bau kopi
 

Chocolate Ice Blended

Ice Lemon Tea
 


Strawberry Mango Lemonade (sedap! pekat rasanya)
 

Infuse Drink with Herbs (ada serai)
 

Boba Brown Sugar Chocolate
 


Boba Brown Sugar Milk
 

Terima kasih kepada owner, Encik Mohammad Noor dan isteri kerana sudi menerima kunjungan kami dan tak jemu-jemu melayan kerenah dan keinginan kami disertakan dengan keriuhan anak-anak blogger yang membuatkan suasana meriah lagi ramai. Haha.. Semoga bisnes terus maju dan berkembang. Aminn..


Blogger Penang bersama owner Barastar Café, Encik Mohammad Noor dan isteri pada 5 Okt lepas


Barastar Café

No 32, Lorong Perda Utama 7,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam.

(lorong PETRONAS Bandar Perda)

Waktu : Setiap hari dari 4.00 pm - 1.00 am

FB : BarastarCafe

IG : @barastarcafe

 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com