25 Jan 2019

Lombong Cantik Guar Petai, Pulau Pinang

  Assalamualaikum Readers
 
 
 
Frog Hill Tasek Gelugor | Lombong Cantik Guar Petai | Tarikan Di Pulau Pinang | Pernah dengar Frog Hill? Bukit Katak? Tak pernah tau pun Pulau Pinang ada lombong. Hahaha.. Mula-mula dengar macam eh ada tasik lombong ke situ, ada yang cakap di Bukit Mertajam lah. Dah lama aim nak ke lombong cantik yang mempunyai air berwarna biru dan kehijauan, lepas viral tahun 2016. Viewnya sangat cantik, banyak juga orang dah explore dan jadi tempat photoshoot pengantin.
 
 
Lombong cantik Guar Petai atau Frog Hill Tasek Gelugor
 
Bukit Katak Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Periuk kera pun ada walaupun bukan tempat sejuk

 

Terletak dalam kawasan Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Sejak viral dalam Facebook, lombong yang terbiar ni dah jadi tarikan pelancong. Masa Nina pergi tu dalam tengahari jugak,berselisih dengan bas yang tengah tunggu penumpang. Rupanya jalan nak masuk hanya muat sebiji kereta / van dan jalan tak berturap, tanah merah. Nasib lah kereta kotor, kena redah selut dan lopak air. Bf guna waze dan Alhamdulillah tak sesat. Cari signboard Kg. Guar Petai dan nampak kilang batu bata warna tanah merah. Mula-mula sampai tu macam eh masuk dalam hutan ke? dah masuk separuh jalan, apek bas cakap kalau takut kereta kotor, tak payah masuk. And yes, kereta boleh cuci kan.



Panas baq hang janji sampai
 
Seakan-akan lombong tapi bukan
 
View dari atas, cantikkan.. Credit Penang Kini
 

 
Dah nama bukit mesti lah kena hiking, jadi bawak kasut yang sesuai. Hari tu unplanned aktiviti, pakai kasut sandal naik. Hehe.. Tak tinggi sangat pun tapi kena hati-hati. Ada beberapa tips yang Nina nak share, kalau ke tempat-tempat terbiar lama ni dan kita sebagai orang luar yang tak tau apa-apa : 
 
 
 
Jangan pergi seorang diri, jarak dari jalan utama ke kawasan lombong sangat jauh, kena redah hutan, semak dan ladang kepala sawit. Kalau jadi apa-apa yang tak diinggini, tiada siapa tau dan tak ada orang yang datang nak selamatkan kita. Kalau perempuan, pergi berkumpulan dan naik kereta.
 
 
 
Perbetulkan niat, jangan cakap besar. Mohon perlindungan dari Allah supaya kita tak terkena gangguan syaitan, tempat lombong dah lama terbiar dan ada kes mati lemas mesti kena berjaga-jaga. Pergi awal pagi, tak panas sangat. Kalau tengahari tu view cantik, air lombong terkena pancaran matahari tapi sun burn la. Kalau dah nak senja elok balik, orang kata tempat buang saka, segala macam.
 
 
Jangan mandi di lombong, mana-mana lombong sangat bahaya dan kita sendiri tak tau kedalaman air lombong dan setahu Nina, air lombong tak seperti air sungai, air panas, tasik, laut atau kolam renang. Banyak kes mati lemas di lombong. Kata penduduk, bukan bekas lombong pun kolam-kolam tu tapi bekas kilang bata korek tanah nak buat bata, bila korek makin dalam maka terhasil kesan kimia dalam air tu. So, rasanya air ni selamat mandi tak?
 

14 comments:

  1. menarik sangat ni, view yg sangat cantik. boleh duduk lama2 kat tempat macam ni ^_^

    ReplyDelete
  2. Hari tu baru nampak dekat FB kawan pasal tempat ni.

    ReplyDelete
  3. Zaf pi lama dahhh.. masa tu orang dok ramai lagii... tapi memang cantikkan

    ReplyDelete
  4. aritu nk pegi tp x tau nama hehehe tu yg terjah guar kepah

    ReplyDelete
  5. dekat saja tapi aku x pernah sampai lagi kat sana..

    ReplyDelete
  6. Baca post Nina baru tahu lebih lanjut tentang Bukit Katak ni.. Pemandangan cantik tapi macam scary lah Nina..

    ReplyDelete
  7. Cantik, tapi nak terjun mandi x sesuai kut. Yg pasti photoshoot onzzzzz

    ReplyDelete
  8. yang viral tu yang ni la kan ? hehe nak pi xdak geng.
    tapi cem seram jeee hehe..

    ReplyDelete
  9. SubhanAllah. cantik view dr atas..

    ReplyDelete
  10. SubhanAllah. cantik view dr atas..

    ReplyDelete
  11. SubhanAllah. cantik view dr atas..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com