27 Feb 2019

Haagen Dazs @ Gurney Paragon Mall, Penang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Makan Haagen Dazs Di Gurney Paragon Mall, Penang | Sebenarnya dah lama teringin nak try coklat fondue Haagan Dazs ni. Alhamdulillah, sempena tahun baru 2019, bf bawa juga makan di sini, celebrate new year katanya. Dah macam orang mengidam, kalau nak makan kat mana-mana memang Nina suka screen shot gambar. Haaa senang nak list jjcm. Gigih cari tempat makan (macam mana tak gemok, eh gemok ke?). Harga aiskrim ni boleh tahan jugak mahalnya. Rasanya makan Baskin Robbins, Godiva pun murah lagi.

 
Haagan Dazs fondue. Sedapnyaaa. Yang problem tu lilin padam beberapa kali
 
Makan 2 orang pun tak habis cookies tu. Sesuai portion untuk 3 orang



Satu set fondue ni ada macam-macam selain aiskrim, brownies, biskut dan buah-buah. Bila dah makan habis, aiskrim Haagan Dazs ni dicicah dengan kepingan badan dan coklat cair rasanya sedap tapi Baskin Robbins tetap di hati! Baru tau aiskrim ni datang dari New York. Tau nakan saja. Makan sekali sekala Haagan Dazs ni boleh la, kalau tiap-tiap bulan koyak rabak purse. Kalau ada rezeki lebih nak try menu lain pulaaa.. Biasa lah hantu aiskrim, dimana-mana ada tempat viral mesti nak cari.



Boleh pilih 2 jenis chocolate dipping sauce. Kami pilih dark chocolate siap almond
 
4 jenis aiskrim kecik-kecik macam bebola api . Ada coklat, vanilla, strawberi dan cookies. Sekali ngap saja, nampak manis tak tak pun. Yang tak makan manis sesuai
 
Ada chispmore, brownies sedap! Balance bila makan dengan aiskrim. Boleh buat kat rumah pun best jugak ni

Total fondue :
 
 
1 Mineral water - RM 2.90
1 Fondue - RM 67.90
 
 
Subtotal - RM 70.80
Svc Charge 10% - RM 7.08
Svc Tax 6% - RM 4.25
 
 
TOTAL : RM 82.15
*harga tak mahal tapi sebab charge 2x terus mahal



Kalau rajin boleh buat sendiri fondue ni, antara rajin dan malas saja. Maybe akan lebih meriah sebab buat sendiri, boleh tambah ikut citarasa. Bila Nina dah buat nanti, boleh la tunjukkan dalam blog. Heee... 


12 comments:

  1. Kita sampai sekarang tak berani nak pergi kedai Haagen Dazs ni. Sebab rasa memang tak mampu nak beli.

    ReplyDelete
  2. Menariknya...berapa harga satu hidangan tu? lama SA x singgah sini

    ReplyDelete
  3. Kalau dah namanya ada coklat mesti sedap.

    Combination manis dan sejuk terasa ngilu pulak gigi aduiiii!!!

    ReplyDelete
  4. dah lama tingin nk try. ms mula2 blogging dulu ada seorg blogger tu hmpr tiap2 bln dia up entry psl mkn mende alah ni... la ni dia pun senyap je lps dpt ank ketiga

    ReplyDelete
  5. boleh tahan harga.. nina kayo.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. kalau i lah, bertiga pun belum tentu habis.
    org dah tua2 takut manis sangat.

    ReplyDelete
  7. Sesekali melayan tekak.. Memang nikmat.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. wow ! ade gak eyh macam ni. first time tengok.
    harga memang agak jugak arr.

    ReplyDelete
  9. Sementara anak dara penyakit lum hinggap makan ajelah Nina....hihi....
    Kadang kadang tak pernah terfikir rupanya ada gak menu desert gini ek...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com