22 Mar 2019

Walls UniCornetto Ice Cream

Assalamualaikum Readers
 
 
Walls UniCornetto Ice Cream | Aiskrim terbaru UniCornetto cute sangat. Musim panas siapa tak tolak kalau ada orang offer belanja aiskrim kan. Maceh bf sebab belanja. Aiskrim ni menjadi kegilaan di Thailand dan UK, sekarang melanda Malaysia. Buat korang yang menyukai aiskrim cornetto, boleh menikmati aiskrim yang bertemakan unicorn.


Comel packaging

Wall's UniCornetto
 
 
Aiskrim unicorn dilancarkan secara senyap dimana tak ada promosi besar-besaran pada 10 Disember tahun lepas. Aiskrim ni menarik kerana packaging halogram dengan unicorn di atasnya. Yang bestnya, aiskrim berwarna pastel dengan gabungan pink, ungu dan biru yang melambangkan warna unicorn. Gabungan rasa cornetto rainbow pop, classic vanilla, classic chocolate dan royal chocoluv nampak lain dari yang lain. Di bahagian atas aiskrim diletakkan gula-gula kapas dan marshmallow dihiasi dengan beberapa bola crispies berwarna-warni.
 

Agak manis bagi nina

 
Jem strawberi menjadi highlight kerana terletak di tengah-tengah ais krim. Seperti aiskrim Cornetto yang biasa, ia ada coklat susu di hujung kon. Yang belum cuba tu cepat-cepat cari.
 


5 comments:

  1. Cantik warnanya..belum mencuba lagi kak PC..

    ReplyDelete
  2. Sedap.. disukai Sha dan anak-anak.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. dia nye jem tengah2 tu yang sedap. tapi skali jele rasa.. sedap tapi biasa2 je.. hehe..
    buat syarat dah cuba benda viral =D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com