30 Apr 2019

Masakan Citarasa Malaysia Buffet Dinner Di Cititel Hotel Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Masakan Citarasa Malaysia Ramadhan Buffet Di Cititel Hotel Penang | Lagi beberapa hari nak menyambut bulan ramadhan. Mari sama-sama menyambut bulan ramadhan bersama keluarga yang tersayang, kawan-kawan di Cititel. Tema bagi tahun ini ialah 'Masakan Citarasa Malaysia' buffet dinner di Main Street Café, Cititel Penang. Di café menyediakan beberapa seleksi menu 'buka puasa' berkonsepkan hidangan Malaysia yang dimasak menggunakan rempah dan bahan segar. Buffet dinner bermula dari Ahad hingga Khamis dan akan dihidang dari 19 Mei ke 23 Mei dan 26 Mei ke 30 Mei 2019.
 
 
 
 








 



 
Kesedapan bau wangi aroma dari masakan Malaysia akan menarik minat sesiapa saja untuk berbuka puasa di Cititel Penang. Kata Executive Chef Kam, Sup Gearbox paling top disamping Lamb Leg Kuzi with Biryani rice dan Gulai Nangka Muda juga menjadi hidangan paling disukai bagi tetamu Cititel Penang semasa bulan ramadhan. Tambah pulak untuk sesi mouth-watering ada Ikan Masak Lemak, Rendang Ayam, Kari Kepala Salmon akan menambahkan selera korang.
 
 
 


 

 
 
 

 
 
Para tetamu juga boleh mencuba menikmati Satay di gerai aksi dan boleh melihat sendiri Satay berinti manis dan pedas bersama kuah kacang dan bahan sampingan, nasi impit, bawang dan hirisan timun. Sesiapa yang menyukai makanan grill, disediakan Grilled Lamb Chop with Mint Sauce. Bagi penggemar yang prefer berbuka dengan makanan panas boleh cuba Bubur Lambuk dan beraneka kuih muih traditional Melayu. Buat peminat tegar durian wajib cuba Durian Pengat. Pelbagai jenis hidangan seperti Sushi, Salad, Buah-buahan turut disediakan.
 
 
 




 








 





Citarasa Malaysia Buffet
 
 
Waktu : 6.30 pm - 9.45 pm
 
Dewasa : RM 85nett
 
Kanak-Kanak : RM 43nett (dari umur 6-12 tahun, bawah 6 tahun makan secara percuma)
 
Warga Emas : RM 60nett (umur 55 tahun ke atas)
 
 
 
Riang Ria Buffet Lunch
 
 
Waktu : 12.00 pm - 3.00 pm pada Hari Raya Pertama & Kedua
 
Dewasa : RM 63nett
 
Kanak-kanak : RM 31nett
 
Warga Emas : RM 44nett
 
 
 
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian +604-291 1128. Jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Cititel Penang. Boleh juga hubungi :
 
 
Mary Foong
 
Assistant Communications Manager
Cititel Penang, The Wembley, Penang & Cititel Express Penang
66, Jalan Penang, 10000 Penang.
Phone : 04-2911 030/04-259 8229
Fax : 604-370 1185
 
 

2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com