24 Apr 2019

Ramadhan Buffet Dinner @ Hotel Royal Penang

Assalamualaikum Readers 
 
 
Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Ramadhan Buffet Sedap Di Penang | Tak lama lagi bulan ramadhan bakal tiba, sekejap dah nak masuk bulan 5, sekejap dah nak puasa. Semua sekejap. Heee.. Dah get ready ke nak berpuasa selama sebulan, menahan lapar dan dahaga. Macam lirik lagu pulak. Time ini lah, masa yang sesuai nak survey menu-menu berbuka di hotel-hotel sekitar Penang. Kita mulakan dengan menu-menu pembuka selera oleh chef terbaik Hotel Royal.
 

 
PEMBUKA SELERA
 
 
 
Nasi Ulam, Makan bertambah

Aneka Keropok & Papadom

Ulam-Ulaman traditional bersama aneka sambal


Sambal


Daging Kerutup
 
Gado-Gado



Rojak Buah bersama kuah pekat



Kuah Rojak


Nasi Impit
 


Begedil







 
Jangan risau, Hotel Royal antara hotel yang tersenarai dalam menu buffet paling sedap dan unik setanding dengan harga. Memang berpatutan. Cayalah! Dalam perancangan nak berbuka dengan bf disini. Nampak menunya menyelerakan. Hotel Royal menyediakan menu-menu nasi yang tak ada di hotel lain. Meh nak share menu di ambang ramadhan 2019. Di Hotel Royal mereka menyediakan menu 'rotation menu' jadi setiap hari menu berbeza seperti Taukua Sumbat, Pasembur serta aneka Jeruk.




KERABU
 
 

Telur Kuah Kacang

Kerabu Taugeh dengan Kerang

Kerabu Sotong

Kerabu Mangga



Ikan Bilis Kacang dengan Tempe

 



Pertama kali dapat jemputan ke Hotel Royal Penang, sebelum ni memang perasan berderet-deret bas di sini. Rupanya ramai yang suka menginap di Hotel Royal dan semestinya masakan chef Rozairy sentiasa di hati. Makanan buffetnya sedap. Diberi peluang untuk review buffet makanan dan berkenalan dengan chef sambil mendengar review tentang makanan yang famous di Hotel Royal.




Menu rotation yang lain seperti Ayam Goreng, Udang Masak Lemak Belimbing Buluh, Ikan Masak Sambal, Gulai Perut Lembu, Kangkung Belacan, Kari Udang, Ikan Masak 3 Rasa, Lala Masak Lada Hitam, Sayur Campur, Daging Masak Hitam, Ayam Percik, Kari Ikan Masin, Ayam Kapitan, Udang Masak Madu, Kurma Kambing, Sambal Sotong, Gulai Pisang Ikan Bilis, Sayur Peria serta Ikan Masak Lemak. Wow! Menarik menu-menu berbuka di Hotel Royal. Sangat unik.



MAIN DISHES
 

Terung Masak Lada
 
Sayur Kacang Buncis dengan Telur

Ekor Lembu Masak Merah

Sotong Goreng Kunyit. Sedap!

Rendang Ayam. Pun sedap!

Kari Ikan Senangin dengan Bendi

Sambal Udang Petai

Bihun Goreng Merah

 
 
DESSERT






 



Aneka French Pastries, Brownies dan Crème Brulee





Bubur Kacang Hijau



Menu rotation untuk pencuci mulut seperti Pengat Pisang, Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Bubur Kacang Merah dan Bubur Jagung. Paling Nina suka lauk dan nasi. Yes, nasi ulam paling diminati. Lama tak makan dan susah nak jumpa orang jual. Hehe.. Sekejap dah habis. Menu kedua ialah Mee Kari. Makan bertambah-tambah, mee kari paling sedap pernah Nina makan. Kuahnya pekat betul. Boleh dikatakan setuju dengan pendapat tetamu yang lain, makanan menu buffet di sini lain yang lain.



GERAI AKSI
 
 
Kambing Golek bersama sos lada hitam dan mint
 
Satay Ayam ni sangat lembut. Bersama kuah kacang dan hirisan timun, bawang dan nasi impit

Roti Paratha dan Kuah Dhal
 
Dhalca Kambing bersama Nasi Briyani
 
Mee Kari

Kuah Mee Kari yang pekat memikat. Mee Kari kena buat sendiri tau

Mee Kari memikat hati


Bubur Lambuk dengan rasa yang unik. Sedap, keunikkan bubur lambuk yang asli, rasa macam ada udang kering tapi menjadi misteri sampai sekarang. Hehe
Daging Bakar dengan Air Asam dan Kicap Cili
 
Ikan Bakar

Ayam Bakar

Daging Bakar
 
 
 
 
Dessert juga best! Ada bermacam jenis menu masakan melayu traditional. Ada Ais Kacang, Aneka Puding dan Jeli. Seperti berada di bazar ramadhan pulak. Antara menu lain yang Nina suka mesti lah Bubur Lambuk, rasanya lain, tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Satay juga lembut. Rahsianya ialah chef buat sendiri, fresh from oven, jadi bila dibakar, ayam dan daging lembutnya. Senang nak makan, especially orang veteran, gigi bukan ada sangat. Hehe..
 
 
 
Terdapat juga rotation menu untuk gerai aksi seperti Sup Ayam, Mee Bakso, Nasi Hujan Panas, Kambing Vindalo, Roti John, Sup Kambing, Mee Jawa, Nasi Minyak, Kari Kambing, Kebab Ayam, Soto Ayam, Mee Udang, Nasi Arab, Kambing Stew, Bihun Sup Utara, Nasi Tomato, Daging Masak Cabai, Laksa, Nasi Kabsah dan Murtabak.
 
 
 
Jika berminat untuk berbuka di Hotel Royal, boleh hubungi no yang tertera untuk booking. Hotel Royal juga menyediakan buffet makan tengahari dan di Hari Raya, tunggu Nina update untuk buffet lunch pulak.  








1 comment:

  1. hari ni nk berbuka kat hotel ni lah...boleh tak? haha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com